Halaman

Rabu, 3 November 2010

Ansari Perjuangkan Gaji Minima RM1,500 Bagi Rakyat Batu Sapi Jika Menang

Oleh Dzulkarnain Taib

CSC_1380SANDAKAN - Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam pilihan raya kecil Batu Sapi, Ansari Abdullah, akan menjadikan perjuangan menuntut gaji minima RM1,500 sebulan untuk setiap pekerja di kawasan tersebut sebagai salah satu agenda beliau sekiranya diberi mandat untuk menjadi wakil Di Dewan Rakyat.

Isu kemiskinan dijangkan akan menjadi salah satu isu penting yang bakal dibangkitkan dalam Parlimen jika Ansari dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi pada hari pengundian esok.

Sehubungan itu Ansari yang juga seorang peguam terkenal di Sabah juga akan mengusahakan program yang bersesuaian untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar rakyat di kawasan Batu Sapi.

Langkah ini terkandung dalam kerangka 10 tindakan segera beliau sebaik sahaja dipilih sebagai ahli parlimen.

Agenda beliau lain di Batu Sapi termasuk:

1. mengadakan kediaman tetap beliau di Sandakan.

2. mewujudkan Pusat Khidmat Masyarakat yang dibuka setiap hari dengan kemudahan telefon dan lain-lain kemudahan.

3. meneruskan khidmat rawatan doktor secara percuma di kawasan terpencil.

4. meneruskan khidmat guaman percuma kepada pengundi yang teraniaya dan terancam.

5. meneruskan lawatak ke semua kawasan penempatan dan kampung untukberjuma semua rakyat dan mengenalpasti masalah mereka.

6.mengumpul data anak-anak tercicir persekolahan dan mengusahakan mereka berpeluang meneruskan pelajaran dalam aliran perdana sehingga ke peringkat universiti.

7. menganjurkan program pembangunan masyarakat - keluarga, rumag d an pembaikan persekitaran.

8. memastikan Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan tanggungjawab dengan menyediakan tapak-tapak niaga yang sesuai, tersusun dan bersih.

"Sejak dari alam remaja saya telah ditanam dengan jiwa prihatin kepada kesusahan dan penderitaan orang lain oleh ahli keluarga dan NGO yang saya ceburi sehinggalah ke peringkat universiti.

"Saya percaya rekod saya dalam membela rakyat di kawasan ini sejak permulaan kerjaya saya sebagai majistret pada tahun 1978-79 lagi. Saya bersyukur kerana telah diberi kesempatan oleh Tuhan untuk membantu pelbagai lapisan masyarakat di sini termasuk menyelamatkan seorang insan dari dihukum mati di tali gantung," kata Ansari dalam mesej rayuannya kepada pengundi Batu Sapi.

Ansari berjanji beliau akan terus memperjuangkan matlamat Dasar Autonomi Untuk Sabah dan isu royalti minyak sebanyak 20 peratus menjadi kenyataan.

"Sesungguhnya perjuangan menegakkan keadilan di negara kita tanpa mengira kedudukan agama dan kaum adalah tugas yang amat berat. Ia hanya dapat dilaksanakan menerusi Pakatan Rakyat," tegas beliau lagi.

22 ulasan:

  1. setahu saya gaji minima sebenarnya sedang dipertimbangkan perlaksanaannya oleh kerajaan pusat.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya gaji minima yang dituntut selama ini masih lagi dalam pertimbangan oleh kerajaan.

    BalasPadam
  3. Gaji minima sebanyak RM1500 kenalah juga tengok apa pekerjaan dan apa kelayakan akademik seseorang. Sekarang kerani ofis hanya gaji Rm1200. Takkan semua pekerjaan diberikan gaji minima RM1,500? Gaji Kerani juga RM1500, gaji pengutip sampah juga sama RM1500?

    BalasPadam
  4. Kerajaan memang sedang mempertimbangkan polisi Gaji minima ini secara teliti yang melibatkan semua faktor-faktor ini.

    Jika Ansari mahu memperjuangkan polisi ini, kenalah menghurai dengan jelas.

    BalasPadam
  5. Semua pekerja warga malaysia layak mendapat gaji minima yang bersesuaian mengikut keadaan semasa. Ia juga disebabkan pengurangan subsidi kepada pelbagai keperluan rakyat dan ia amat membebankan terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

    BalasPadam
  6. Gaji minima yang dituntut ini sepatutnya sudah dikalsanakan dari awal2 lagi. Mungkin pekerja dari jabatan kerajaan boleh berasa gembira kerana kerajaan sedang pertimbangkan gaji minima untuk setiap pekerja, tetapi bagaimana pula bagi mereka yang bekerja di sektor2 swasta? adakah mereka juga akan mendapat kenaikan gaji?

    BalasPadam
  7. Harap perkara ini tidak dipolitikkan untuk mendapat tempat di Dewan Rakyat. Siapa pun yang menang pada pilihan raya kecil batu sapi harap perkara ini dapat dikemukakan di Dewan Parlimen untuk kebaikan semua rakyat di Malaysia.

    BalasPadam
  8. Memang tidak patutlah gaji minima RM1500. Memang Ansari ini tidal layak menjadi pemimpin. Tidakkan kerja buat roti dapat RM1500,kerja kerani akaun pun RM1500 juga. tengok jugalah gaji minima itu rm1500. Tengok dari kelayakan akedemi, sekolah tinggi kah tidak. Ini pandai2 meletakkan gaji minima RM1500.

    BalasPadam
  9. Fikir sebelum bercakap. Ansari ibarat seseoranga yang tidak ada fikiran berkata RM1500 gaji minimum. Tidak perlulah Ansari jadi pemimpin jika memperjuangkan sesuatu yang tidak masuk akal langsung. Memang boleh gaji RM1500 tapi tengok dengan keadaan ekonomi dunia sekarang.

    BalasPadam
  10. Ansari memperjuangkan gaji minima RM1500, mampukah dia melakukannya, PKR ni suka menaburkan janji2 yang tak masuk akal.

    BalasPadam
  11. penetapan upah minimun kini telah diusulkan dalam kabinet dalam proses untuk dilaksanakan. Ansarai tak perlu lagi nk membangkit hal ini, ia hnya mengelirukan rakyat.

    BalasPadam
  12. adakah semua majikan mampu membayar gaji minima RM1500??? Ansari sepatutnya memperjuangkan pekara yang rasional dan boleh dicapai..

    BalasPadam
  13. Kerajaan memang sedang dalam mempertimbangkan gaji minima untuk setiap pekerja, oleh itu penetapan gaji biarlah mengikut kelayakan dan jenis pekerjaan yang dilakukan. bagaimanapun pada masa sama pelbagai keperluan barangan telah dinaikkan dan ini sangat membebankan rakyat terutamanya bagi mereka yang bekerja sebagai pembuat roti, tukang sapi/buang sampah, kerani, juruteknik dan sebagainya walaupun ada diantara mereka memiliki Diploma atau Ijazah tetapi masih menerima gaji dibawah ---rm1,500 sbln.

    BalasPadam
  14. agenda yang beliau senaraikan sebenarnya amat baik dan berbisa dalam meraih undi. tapi dapatkah agenda2 itu diterjemahkan kedalam bentuk tindakan? itu persoalan yang patut dijawab oleh PKR dengan mendahulukan pelaksanaannya di negeri2 Pakatan Rakyat..

    BalasPadam
  15. Bagi seseorang yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tapi mendapat upah yang kecil, memang berita gembiralah. Tapi saya rasa pertimbangan Ansari ini tidak betul, sedangkan gaji minima di Kota Kinabalu pun lebih rendah daripada itu.

    BalasPadam
  16. mungkin agenda2 inilah menjadi point utama Ansari jika hasrat beliau mengadakan debat terlaksana. parti pemerintah perlu mencari pendekatan lain untuk menyaingi agenda2 pembangkang, atau merancang agenda yang jauh lebih baik dari ini.

    BalasPadam
  17. "Sesungguhnya perjuangan menegakkan keadilan di negara kita tanpa mengira kedudukan agama dan kaum adalah tugas yang amat berat. Ia hanya dapat dilaksanakan menerusi Pakatan Rakyat,"

    antara DAP, PKR dan PAS.. selari kah konsep perjuangan mereka? sejauhmana persefahaman ideologi politik mereka?.. sebenarnya tidak ada keadilan dalam Pakatan Rakyat..

    BalasPadam
  18. Bagaimana beliau boleh memastikan bahawa janji ini betul2 akan tertunai? Jangan cakap besar nanti sendiri merana.

    BalasPadam
  19. Rasanya gaji minima mmg dalam pertimbangan sudah.. RM1500, bestnya tapi praktikal ka hal ni. huhuhu

    BalasPadam
  20. Taniah juga pada Ansari sebab tetap bersaing hingga akhir walaupun dua kali jatuh di laut:) hehehe

    BalasPadam
  21. Semoga kemenangan BN di BS menjanjikan sesuatu yang amat bermakna pada pengundi kawasan BS.
    Taniah pada Datin Linda :)

    BalasPadam
  22. Inilah PKR. Suka betul menaburkan janji2 yang tidak masuk akal. Mampukah mereka tunaikan janji tersebut jika mereka menang? lol.Apapun, tahniah kepada Datin Linda.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.