| Oleh Suara Keadilan |
| Beliau dalam sidang media di lobi Parlimen pagi tadi berkata keseluruhan jumlah saman ekor yang direkodkan itu berjumlah RM1.8 bilion. "Rang Undang-Undang Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 2010 yang baru dibentangkan telah memasukkan dan memperkenalkan beberapa peruntukkan baru yang jelas menunjukkan bahawa tindakan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini tidak wajar dan menyalahi peruntukan undang-undang sedia ada. "Kase telah menyemak dan meneliti Rang Undang-Undang Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 2010 dan mendapati pindaan yang dicadangkan dengan jelas membuktikan desakan Kase adalah benar dan berasas. Katanya lagi, pembentangan Rang Undang-Undang ini jelas menunjukkan tindakan PDRM mengeluarkan saman ekor selama ini adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang. “Malahan tindakan JPJ menyenarai hitamkan pemilik kenderaam kerana dikatakan mempunyai saman ekor tertunggak juga menyalahi undang-undang dan peraturan yang terpakai,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. "Pindaan Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Jalan 2010 telah memasukkan peruntukan iaitu takrif imej yang dirakamkan, takrif kesalahan berjadual dan takrif kesalahan yang dirakamkan melalui kamera. "Kemasukkan takrifan baru ini menunjukkan tindakan PDRM sebelum ini menggunakan alat pengesan had laju dan mengeluarkan saman ekor berdasarkan bukti alat pengesan adalah tidak sah. |
Halaman
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.