| Mohd Sabri Said |
| KEPALA BATAS: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya mahu menyelamatkan kedudukan mereka dan tidak langsung memikirkan masalah rakyat di negara ini. Katanya, walaupun cuba menonjolkan Malaysia sebuah negara hebat di mata dunia, namun hakikatnya rakyat negara ini masih dibelenggu segala permasalahan. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada ceramah anjuran PAS Cawangan Permatang Keriang dengan kerjasama Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Aishah, Penaga, Kepala Batas semalam. Menurut beliau lagi, sebab itu BN memperkenalkan ahli gabungan dan bersekutu, semata-mata mahu menarik golongan muda yang masih tidak menyokong BN kerana marahkan Umno, MIC, MCA, Gerakan dan sebagainya. "Apa guna sokong cara yang BN sedang laksanakan sekarang kerana menyokong BN bererti tetap bersekongkol dengan Umno dan komponen lain yang nyata menyelewengkan wang rakyat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Kata beliau, cara demikian hanya mahu memastikan BN terus kerana yang penting bagi mereka adalah memenuhi kocek sendiri dan kroni terdekat. Perdana Menteri sepatutnya mengenal pasti kelemahan pentadbiran sendiri dan memperbetulkanya agar mampu memperkasakan negara kembali. Negara pada waktu ini sedang berdepan kehilangan kepercayaan rakyat kerana hancurnya demokrasi, sistem kehakiman, gejala rasuah, gejala sosial berterusan. "Nak ubah macam mana, mereka tetap naik perahu yang sama hanya pendayung sahaja yang bertukar tangan. Tambahan lagi kini perahu yang dinaiki bocor sana sini pasti keadaanya kelam kabut menyalahkan orang itu dan ini bahkan ada yang telah terjun ke laut bila mendapat tahu perahu nak tengelam," jelas beliau. Berceramah sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dan Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein. |
Halaman
▼
PR dilihat lebih banyak mengkritik BN sedangkan mereka sendiri pun sedang bermasalah.
BalasPadamBN dilihat sedang berusaha untuk memperbaiki diri sendiri demi kepentingan rakyat. PR pula kini sibuk mengambil tahu mengenai BN. lebih baik jika PR juga berusaha untuk memperbaiki kelemahan sendiri daripada asyik mengkritik orang lain.
BalasPadamBN byk membangunkan negara kita sehingga dikenali di mata dunia sebagai negara yang paling membangun.
BalasPadamSaya tengok PR memang suka mengkritik. Tetapi kalau BN mengkritik PR, PR pula yang merajuk berabis abisan.
BalasPadamSepatutnya PR menilai parti sendiri sebelum mengkritik BN. Sekarang ini pun PR mengalami banyak masalah dalaman. Oleh itu, lebih bagus kalau PR menyelesaikan masalah tersebut daripada membuang masa mengkritik parti lain.
BalasPadamPKR sendiri pun tegah memikirkan kemenangan dan bukan rakyat. Kepentingan rakyat mungkin tidak dipeduli hanya kemenangan saja yang PKR mahukan dari rakyat.
BalasPadamSiapa yang tidak mahu selamatkan kawan mereka.PKR tidak begitukah.Apa yang Anwar buat sekarang pun sama seperti BN. Anwar lagi lebih dari BN, berat sebelah. Membantu orang kesayangannya(AZMIN) untuk menang pemilihan PKR tersebut.Jadi mungkin PKR tidak perlu mahu memburukkan BN sedangkan parti sendiri dalam belenggu masalah sekarang.
BalasPadamhanya BN sahaja yang boleh membuat perubahan untuk terus maju ke hadapan.
BalasPadamJangan hanya fikirkan pasal parti, apa yang penting semua pemimpin harus bekerjasama dalam memastikan malaysia terus maju dan berjaya.
BalasPadamapa yang BN buat adalah inisiatif dan strategi sendiri untuk memastikan pembangkang terus kekal sebagai pembangkang. beginilah sikap pembangkang bila rasa terancam. apa sahaja yang terlintas difikiran akan dijadikan bahan untuk mengutuk dan menghina parti lawan sedangkan parti sendiri jauh lebih teruk.
BalasPadam"cara demikian hanya mahu memastikan BN terus kerana yang penting bagi mereka adalah memenuhi kocek sendiri dan kroni terdekat."
BalasPadamPAS juga tidak lari dari penyelewengan. cermin dulu diri sendiri sebelum mentertawakan pihak lain. patutlah media pembangkang disekat oleh kerajaan, lihat sahaja bagaimana mereka membuat kenyataan di media. fitnah dan tuduhan lebih banyak berbanding dengan bukti.
"Perdana Menteri sepatutnya mengenal pasti kelemahan pentadbiran sendiri dan memperbetulkanya agar mampu memperkasakan negara kembali."
BalasPadamsemua itu telah dan sedang dilakukan oleh PM, malah pembangkanglah yang sering menggagalkan usaha kerajaan. Mahfuz perlu lihat Kelantan sendiri, bagaimana nasib rakyat terutamanya orang asli serta bagaimana ekonomi di Kelantan terutamanya FDI.
jika BN hanya fikirkan parti, Negara Malaysia takkan membangun pesat seperti sekarang.
BalasPadamApa-apa pun, diharapkan kerajaan akan meletakkan kepentingan rakyat dan negara dahulu.
BalasPadamBN dan PKR juga perlulah menghadapi PRU-13. Tapi janganlah mengabaikan isu penting negara semasa menyelamatkan parti sendiri.
BalasPadamYa fazlin... PR ni tak habis2 kritik BN. huhuhu
BalasPadamYa ba kan Leo... Semoga PR mengurangkan sikap mereka yang suka sangat mengkritik. Kalau pengritik Akademi Fantasia. hahhahaha
BalasPadamInilah tanggapan terhadap watak BN yang tidak benar.
BalasPadamJanganlah terlalu mudah diperdaya.
Sejauh mana kenyataan ini boleh dipercayai? Rakyat ada fikiran tersendiri.
BalasPadamMungkin itu pandangan peribadi sesetengah pihak tapi apa yang saya lihat usaha yang dilakukan oleh BN adalah menyeluruh.
BalasPadamKita bukan orang yang sempurna. Kita memang akan mengecewakan orang. Janganlah simpan di hati.
BalasPadam