SABAH KINI MERUJUK kepada laporan Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini yang memberitahu Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah melalui Menterinya, Datuk Hajiji Haji Noor akan mengemukakan kertas cadangan kepada kabinet tentang penyelarasan elaun yang melibatkan Ketua Kampung (KK) termasuklah Ketua Daerah (OKK), Ketua Anak Negeri (KAN) dan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) di Sabah amatlah wajar demi menghargai perkhidmatan pemimpin tempatan yang terlibat.
Meskipun demikian, elaun Ketua Kampung (KK) yang akan dinaikkan kepada RM800. sebulan bermula Januari tahun depan sebagaimana dalam Bajet 2011 bagi Kerajaan Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya juga melibatkan Ketua Kampung di Sabah yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM450 sebulan.
Sehubungan dengan perubahan elaun itu yang akan mengakibatkan pengunaan banyak wang rakyat, maka adalah dicadangkan kepada kerajaan melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri yang menyediakan kertas cadangan itu agar menentukan syarat-syarat dan kelayakan terhadap penjawat jawatan itu termasuklah menetapkan sebuah kampung untuk seorang Ketua Kampung termasuklah berapa bilangan penduduk yang layak mendapat khidmat Ketua Kampung (KK).
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya amat berdukacita dengan dakwaan seorang Ahli Jawatankuasa Umno Tuaran, Marsah Muyong yang menyatakan pada masa ini terdapatnya perlantikan Tiga (3) Ketua Kampung di sebuah Kampung di Kawasan Sulaman yang tidakpun mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan disebut juga di Sulaman tiada Kampung tetapi ada Ketua Kampung seperti Lok Rantis (Perumahan Laya-laya), Paka (Kg Sabandar), Bambangan (Kg Bolong Baru) dan lain-lain lagi
Jika dakwaan itu benar, maka dalam rangka menyediakan kertas cadangan dan penyelarasan elaun ini ianya akan dapat dikaji semula dan adalah wajar pengurangan Ketua Kampung berlebihan itu untuk menjimatkan wang kerajaan yang hanya untuk perlantikan seorang Ketua Kampung untuk sebuah kampung.
Sehubungan dengan pengubahsuaian elaun Ketua Kampung di Sabah, saya berharap Ketua Menteri, Datuk Musa Aman akan menyiasat dakwan serius perlantikan Ketua Kampung yang telah dilakukan menteri berkenaan dengan sesuka hati demi kepentingan politik yang juga dianggap telah melakukan salah kuasa.
ANAK BUAH KETUA KAMPUNG DI SULAMAN
elaun RM800 merupakan berita baik kepada KK...ini diharapkan akan meningkatkan lagi semangat para KK untuk menjalankan tugas mereka.
BalasPadamdiharapkan selepas ini KK akan menjalankan tugas mereka dengan lebih gigih dan prihatin.
BalasPadamTahniah kepada semua Ketua-ketua ini kerana mendapat kenaikan elaun.
BalasPadamSaya berharap semua ketua-ketua ini akan kuatkan usaha untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing selepas ini.
BalasPadamSatu berita yang baik untuk KK. Diharapkan selepas ini mereka akan meningkatkan lagi prestasi mereka.
BalasPadamkemaikan elaun kenalah selaras dgn kenaikan mutu kerja ketua kampung.
BalasPadamKetua kampung harus bersemangat untuk menjalankan kerja setelah kerajaan memberikan berita gembira kepada mereka dengan elaun kenaikan kepada RM800.
BalasPadamsemua ketua kampung yang telah melakukan tanggungjawab mereka dengan baik wajar menikmati penyelarasan elaun tersebut. isu penggunaan wang rakyat yang terlalu banyak tidak patut ditimbulkan di sini kerana tujuannya juga untuk rakyat.
BalasPadamsatu berita baik kepada ketua kampung, harap Ketua kampung akan melaksanakan tanggungjawab mereka dgn lebih baik.
BalasPadamSiapa ketua kampung yang Sah memang layak untuk menerima RM800 sebagai elaun mereka. Ketua kampung haruslah menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka.
BalasPadamSalam ar risalah..
BalasPadambagi sya, siasat dulu sama ada mereka2 ini benar2 ketua kampung atau cuma berpura2 menjadi ketua kampung...
tahu la sekarang ni orang boleh buat apa saja untuk mendapatkan wang...
satu tindakan yg baik oleh kerajaan negeri menaikkan elaun ketua kampung selaras dengan apa yg telah dibuat di Semenanjung...
Berita baik, tapi bila ada kenaikkan, jadikan ini sebagai batu loncatan untuk lebih bekerja keras demi untuk kebaikkan bersama.
BalasPadamSaya rasa ' sah ' itu merujuk kepada penyokong BN.
BalasPadamELAUN RM800 UNTUK KK YANG SAH? Napa ada KK yang tak sah ka??? hehehe
BalasPadamBerita ni sememanganya berita yang mengembirakan KK :)
BalasPadamYa azman. Harap melalui elaun ini, KK akan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
BalasPadamKalau boleh pihak2 yang ada autoriti rajin2lah buat pemantauan bagi memastikan KK menjalankan kerja mereka selari dengan elaun yang diberi. hehe
BalasPadamSetuju Antanum. Jadikan hal ni sebagai batu loncatan utk menunjukkan prestasi yang cemerlang!
BalasPadamkenaikan elaun rm800 sepatutnya terpakai di seluruh m'sia. kenapa pulak sabah tidak dapat sedangkan SM dapat? pelantikan secara sah sebagai KK tidak kira kampung ada penduduk kecil atau besar sepatutnya layak mendapat elaun RM800 sebulan. adakah nak pecahkan pulak ke penolong ketua kampung dan KK? so bagilah pada yang layak dan sepatutnya agar tidak menimbulkan kemarahan rakyat!
BalasPadamrm800 elaun tu bukannya banyak besar dengan keadaan sekarang ni yang serba mahal. kenapa pula nak persoalkan? kan tu duit kerajaan dan ia sebagai tanda pihak kerajaan mengucapkan terima kasih kepada rakyat dengan kenaikan elaun tersebut. apa masalahnya dengan elaun rm800 tu? yang bayar cukai tu adalah semuanya orang yang berkemampuan dengan gaji tinggi...cukai tetap cukai...elaun KK biarlah diberikan kepada yang layak..
BalasPadamadalah lebih baik perkara ni dibincangkan dengan tidak menyinggung mana-mana pihak....dah diumumkan pun dan disahkan. kenapa nak pertikai lagi?
BalasPadamcuma pendapat saya, KK kenalah jalankan tanggungjawab dengan baik dan pantau-pantaulah orang asing yang cuba-cuba nak masuk kampung anda..jangan pula senang terbeli dengan rasuah dan pujuk rayu pendatang yang cuba nak beli kerakyatan. maksud saya, siapa boleh jamin anak mereka? saya dengar-dengar...ramai KK yang salah guna kuasa
BalasPadamKK harus laksanakan tugas dengan baik dan harap elaun rm800 tu terpakai di seluruh m'sia dan bukan di SM saja
BalasPadam"Sehubungan dengan pengubahsuaian elaun Ketua Kampung di Sabah, saya berharap Ketua Menteri, Datuk Musa Aman akan menyiasat dakwan serius perlantikan Ketua Kampung yang telah dilakukan menteri berkenaan dengan sesuka hati demi kepentingan politik yang juga dianggap telah melakukan salah kuasa".
BalasPadamharus disiasat siapa yang terlibat dalam isu ini..
memang wajar elaun KK diseragamkan dan diselaraskan..konsep gagasan 1Malaysia harus diterjemah dalam apa jua keputusan dan tindakan kerajaan dengan tidak membeza-bezakan antara kawasan dsbgnya..
BalasPadam"Sehubungan dengan perubahan elaun itu yang akan mengakibatkan pengunaan banyak wang rakyat, maka adalah dicadangkan kepada kerajaan melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri yang menyediakan kertas cadangan itu agar menentukan syarat-syarat dan kelayakan terhadap penjawat jawatan itu termasuklah menetapkan sebuah kampung untuk seorang Ketua Kampung termasuklah berapa bilangan penduduk yang layak mendapat khidmat Ketua Kampung (KK)".
BalasPadamcadangan yang baik..mungkin harus dipertimbangkan oleh kerajaan..cadangan dari akar umbi tidak bererti remeh..
diharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan penyeragaman elaun KK dan juga jawatan2 awam lain selaras dengan konsep gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
BalasPadamPenyelarasan elaun untuk ketua kampung di Sabah adalah wajar mengikut langkah Semenanjung.
BalasPadamHairan jika tiada kampung tetapi ada orang yang jadi ketua kampung.
BalasPadamKetua kampung layak diberi elaun yang sewajar dengan tugas yang mereka pikul.
BalasPadamBelanja harian melamgung tinggi, tidak adil jika elaun kk di Sabah tidak dinaikan mengikut apa yang dinikmati oleh rakan sejawat mereka di Semenanjung sana.
BalasPadamTahniah kepada ketua kampung yang dapat kenaikan elaun. Sebagai penghargaan terhadap kenaikan tersebut, jalankan tugas dengan sebaik yang mungkin.
BalasPadamSatu penipuan berlaku jika ada orang mendapat elaun kk malah bukan seorang kk.
BalasPadamBaguslah kalau macam tu. Tapi pastikan Ketua Kampung ini betul betul sah sebelum membayar elaun mereka.
BalasPadamKajian semula perlu kepada kampung yang mempunyai ketua kampung yang lebih dari 3 orang. Sekiranya KK ramai tapi penduduk kampung hanya sedikit, maka tidak sesuai dengan elaun rm800 itu.
BalasPadamWell,this is to minimize the risk of giving that amount of money in a wrong place.
BalasPadamKadang2 ada yang menyamar jadi JKKK jadi memang tidak hairan la RM800 itu hanya untuk yang sah.
BalasPadam