KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk memenangi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Galas dan kawasan Parlimen Batu Sapi berikutan masalah dalaman yang dihadapi pembangkang, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya fikir BN mempunyai peluang cerah kerana prestasi pembangkang tidak berapa baik sangat. Kini mereka berkelahi sesama sendiri dan sebagainya. Jika mereka menang dan menjadi kerajaan, ia akan menjadi bencana kepada negara,” katanya kepada pemberita di Persidangan Sedunia Mengenai Riba di sini hari ini.
Ditanya tentang kritikan terhadap calon PAS di Galas, Dr Zulkefli Mohamed yang dikatakan tidak dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat kerana gemuk, Dr Mahathir berkata keadaan fizikal bukan perkaranya.
“Saya tidak fikir berat badannya sesuatu yang perlu kita ambil kira. Perkara yang lebih penting ialah dia mewakili parti yang tidak mempunyai kredibiliti,” kata beliau.
Calon BN, Abdul Aziz Yusoff akan menentang Dr Zulkefli sementara di Batu Sapi, calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin akan menentang calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR, Ansari Abdullah.
Kedua-dua pilihan raya diadakan serentak Khamis ini
14 ulasan:
Mantan perdana menteri sendiri menyokong bahawa BN akan memenangi kerusi Batu Sapi dan Galas. Apa pun harapan kita BN akan buat yang terbaik untuk Rakyat. Janganlah menghampakan mereka ini. Semoga berjaya untuk rakyat.
BN memang mempunyai peluang yang cerah untuk menang. Itu adalah ditangan rakyat. Apa pun mantan PM sendiri mengakui bahawa BN mempunyai peluang yang cerah dikeuda tempat ini. Inilah peluang BN untuk membuktikan bahawa kerajaan pasti boleh melakukannya.
BN mmg aberpotensi untuk menang, namun BN kena terus berusaha untuk pastikan rkyat memilih BN.
sememangnya BN mempunyai peluang untuk menang dalam kedua-dua PRK tersebut. namun mereka perlu bekerja keras jika ingin mencapai kemenangan.
If BN is working hard to get the ppl support, then it's not impossible for BN to win.
But it's fully up to the voters whether they will vote for that particular candidates. For now, let's just hope that the best man will win this by-election.
ditambah dengan isu rampasan tanah orang asli oleh kerajaan PAS dan isu pemberian sijil geran tanah palsu oleh Nik Aziz, akan memberi peluang yang lebih besar kepada BN untuk merampas Galas.
walau setinggi mana keyakinan, undi penduduk Galas masih rahsia. teruskan kempen2 politik dan usahakan untuk capai matlamat PRK.
Ini hanya andaian. Tiada apa yang pasti lagi sehingga undian dikira. BN perlu berusaha lagi.
Baik kita tunggu dan lihat bagaimanan keputusan PRK itu nanti.
teruskan usaha jika ingin menang. BN perlu terus peka dan mendekati rakyat bagi mendengar permasalahan rakyat.
Keyakinan ini membakar semangat para calon dan juga rakyat!
Keyakinan itu berasas kerana BN banyak mencurahkan usaha di Galas untuk meraih sokongan pengundi.
Tunggu sajalah keputusannya.
Catat Ulasan