Halaman

Sabtu, 27 November 2010

MDT TIDAK SELENGGARA PEMBETUNG NAJIS

Oleh:HJ.WAHAB TIMPAI.

PEMBETUNGAN najis di jalan belakang perantaraan kedai Toko See Soon dan Shin Kuang mengeluarkan air berbau busuk dan berwarna hitam sehingga melimpah ke jalan raya sejak rabu lagi dan sehingga berita ini ditulis pada jumaat, 26 November 2010 belum ada tindakan diambil Majlis Daerah Tenom (MDT) atau Jabatan Kerja raya (JKR) Tenom meskipun aduan telah difailkan secara rasmi pada hari rabu.

“Saya amat kesal kerana walaupun kawasan pekan ini terdapat seramai enam orang dilantik menjawat Ahli Majlis Daerah Tenom, namun mereka hanya membisukan diri masing-masing meskipun melihat keadaan yang berlaku,” kata seorang penghuni kedai yang hanya dikenali namanya sebagai Lee Oon Oo kepada wartawan Sabahkini.net petang tadi.

Lee berkata, pihak berkuasa sepatutnya tidak melengah-lengahkan untuk bertindak selepas menerima aduan kerana keadaan itu boleh menjejaskan kesihatan sekiranya berlanjutan.

“Kami bimbang perniagaan terjejas pelanggan tidak mengunjungi kedai kerana melihat keadaan limpahan air najis bau busuk itu,” katanya

Lee mengharapkan agar pihak berkuasa tempatan menyelesaikan masalah ini segera kerana pengguna terpaksa berpatah balik kerana tidak dapat melalui jalan tersebut untuk ke pasar kerana limpahan air dari pembetung najis, di samping mengelakkan kereta masing-masing terkena air najis berkenaan.

30 ulasan:

  1. pihak yang berkaitan perlulah mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang sedang berlaku.

    BalasPadam
  2. peniaga di kawasan berkenaan bimbang perniagaan terjejas dan pelanggan tidak mengunjungi kedai kerana melihat keadaan limpahan air najis yang berbau busuk. harap pekara ini akan diselesaikan..

    BalasPadam
  3. Sekiranya laporan telah diterima, pastikan menjalankan siasatan atas laporan dan melakukan kerja dengan segera.

    BalasPadam
  4. Pihak berkuasa harus melakukan kerja mereka dengan segera setelah menerima laporan. Jangan menanguh laporan yang diterima sehinggakan beberapa hari kerja tidak dilaksanakan.

    BalasPadam
  5. "Saya amat kesal kerana walaupun kawasan pekan ini terdapat seramai enam orang dilantik menjawat Ahli Majlis Daerah Tenom, namun mereka hanya membisukan diri masing-masing meskipun melihat keadaan yang berlaku,”

    Mereka tidak layak untuk dilantik sebagai Ahli Majlis. Adakah patut mereka membisukan diri. Mereka sepatutnya membantu penduduk tersebut. Bukankah itu adalah tanggungjawab mereka?

    BalasPadam
  6. Diharapkan masalah ini diselesaikan secepat mungkin.

    BalasPadam
  7. saya harap MDT atau JKR telah sedia maklum dan menerima aduan ini. jangan tunggu masalah ini semakin kritikal baru ada tindakan..

    BalasPadam
  8. pembaikan perlu dilakukan terhadap pembetung tersebut.

    BalasPadam
  9. Ini menjejaskan nama baik MDT dan JKR kerana lambat mengambil tindakkan terhadap pembentungan Najis ini. Harap masalah ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

    BalasPadam
  10. sepatutnya MDT tidak perlu menunggu aduan dari penduduk atau menunggu sehingga penduduk menggunakan saluran media untuk menyokong aduan mereka. MDT perlu kerap memantau sekitar daerah Tenom dan melakukan kerja2 sesuai dengan fungsi utama MDT diwujudkan.

    BalasPadam
  11. pihak berkenaan harus menjalankan tanggungjawab mereka dengan segera.

    BalasPadam
  12. diharap perkara seumpama tidak akan berulang lagi.

    BalasPadam
  13. Masalah pembetungan najis yang tidak diselenggara dengan baik hanya akan menjejeskan kesihatan.

    BalasPadam
  14. Sepatutnya perkara ini sudah diambil tindakan, dan tidak perlulah menunggu sehingga menerima banyak aduan.

    BalasPadam
  15. Para peniaga juga akan terjejas sekiranya masalah pembetungan najis tidak diselenggara dengan baik.

    BalasPadam
  16. masalah pembentungan najis yang tidak terurus sebenarnya boleh mengundang pelbagai masalah termasuk penyakit kepada manusia seperti kolera / cirit birit selain pencemaran bau yang dashyat..

    BalasPadam
  17. siapa yang nak makan di kawasan yang berbau busuk dengan najis di sana sini?

    BalasPadam
  18. ayoo, menggelikan la.. Mcm mana la jualan nak laku kalau pembentung tak diselanggara. huhu

    BalasPadam
  19. Setuju azman. Pihak yang bertanggungjawab harus ambil tindkan segera. Jangan biarkan hal berlanjutan terlalu lama.

    BalasPadam
  20. Ya evan medhousky. Rasanya hal ni takkan berlanjutan kalau MDT selalu turun padang.

    BalasPadam
  21. Saya harap hal ni akan diberi perhatian sewajarnya sebelum masalah lain yang timbul.

    BalasPadam
  22. Apapun kpd pihak2 berkenaan pastikan hal sebegini tidak bverulang lagi. Klaaupun berulang tangganilah secepat yg mungkin.

    BalasPadam
  23. Ahli majlis daerah bertanggungjawab mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini. Baik menyambungkan paip najis itu ke rumah ahli-ahli majlis ini supaya mereka merasa apa yang rakyat merasa.

    BalasPadam
  24. Buat apa melantik mereka sebagai ahli majlis daerah jika mereka tidak ikhlas membantu rakyat menyelesaikan masalah mereka. Tidak bertanggungjawab langsung.

    BalasPadam
  25. MD merupakan barisan yang paling depan menghadapi rakyat, jika Majlis Daerah gagal menjalankan tugas, imej kerajaan terjejas teruk dan bakal memudaratkan kewibawaan kerajaan BN.

    BalasPadam
  26. Sekali lagi rakyat disusahkan. Segera baiki kerosakan.

    BalasPadam
  27. Jangan rosakan imej Sabah sebagai sebuah destinasi perlancongan.

    BalasPadam
  28. Kereta pun kena service setelah berjalan jarak tertentu.

    BalasPadam
  29. Hal ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Perlukan pihak bertanggungjawab untuk bertindak.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.