Halaman
Jumaat, 31 Disember 2010
Pakar: Lantikan Khusrin tak boleh dihalang
KHUSRIN-INTEGRITI
PELANTIKAN KHUSRIN TIDAK PERLU DIRAGUI - PENGANALISIS POLITIK
Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu diragui oleh kerajaan negeri itu kerana penjawat awam sentiasa dituntut supaya berintegriti dan profesional dalam melaksanakan tugas mereka, menurut seorang penganalisis politik tempatan.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nizamuddin berkata dakwaan kerajaan Selangor kononnya pelantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu dibuat atas kepentingan politik Barisan Nasional (BN) hanyalah intepretasi yang tidak boleh dijadikan asas.
"Dakwaan tersebut kurang berasas kerana Mohd Khusrin belum memulakan tugas, malah lantikan tersebut juga hanya akan berkuat kuasa mulai 1 Jan ini. Tentunya andaian seperti itu tidak boleh digunakan," katanya ketika dihubungi.
Oleh itu, beliau berkata rasa tidak puas hati kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung perkara itu tidak berasas.
Katanya, kerajaan PKR Selangor sebenarnya berasa tercabar kerana lantikan itu dibuat di luar pengetahuan mereka.
Kerajaan PKR Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mendakwa pelantikan Mohd Khusrin, yang mendapat perkenan Sultan Selangor, tidak muktamad kerana tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.
Ahmad Nizamuddin berkata Abdul Khalid perlu sedar keadaan sebegini biasa berlaku apabila negeri dikuasai parti yang tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.
Katanya, pelantikan itu tidak akan membawa masalah kerana kerajaan Persekutuan semestinya telah terlebih dahulu memikirkan kesan baik dan buruk tindakan tersebut.
Beliau percaya sebagai penjawat awam yang berintegriti, Mohd Khusrin akan mengutamakan amalan profesional ketika menjalankan tugas.
"Jika berpegang kepada elemen profesional, bebas dan amalan pengasingan kuasa, sepatutnya pelantikan ini tidak menimbulkan masalah," katanya.
Fasal 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 menyebut jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri perlu diwujudkan, dan perlantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan, dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.
Pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pula berkata lantikan tersebut tidak boleh dihalang oleh kerajaan negeri, sekiranya ia dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata sekiranya kerajaan PKR Selangor tidak berpuas hati dengan calon lantikan kerajaan pusat, mereka harus sedar perkara itu hanya boleh diselesaikan di mahkamah.
Sementara itu, Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia berkata selepas 53 tahun kemerdekaan, penjawat awam begitu berkemampuan dalam soal pentadbiran sehingga menjadi contoh kepada negara membangun lain.
Presidennya, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh berkata walau apapun keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac, 2008, penjawat awam terus memastikan jentera kerajaan berjalan lancar, sedangkan pada masa sama, kebanyakan ahli politik resah dengan apa yang bakal berlaku apabila pentadbiran empat daripada 13 negeri bertukar tangan.
"Ketika pergolakan dan perebutan kuasa politik di Perak, penjawat awam tidak kisah dan meneruskan tugas mereka seperti biasa.
"Tidak dapat dibayangkan apa akan berlaku sekiranya penjawat awam menyokong permainan politik mana-mana parti dan menyertai usaha merebut kuasa," katanya.
Beliau berkata ahli politik silih berganti, sebaliknya penjawat awam mengekalkan taat setia mereka terhadap Yang di-Pertuan Agong dan negara.
Sehubungan itu, Wan Mahmood berharap penjawat awam tidak akan terpengaruh dengan 'umpan politik' mana-mana parti dan ahli politik juga perlu sedar bahawa adalah penting budaya perkhidmatan awam sedia ada tidak diganggu.
Raja diminta bersih kabinet dari menteri perogol
|
Laman web dedah gambar mangsa rogol menteri
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Kisah tentang menteri yang didakwa merogol pembantu rumahnya tidak boleh disembunyikan lagi apabila sebuah laman web menyiarkan gambar mangsa rogol tersebut semalam. Laman itu juga menyiarkan nama menteri berkenaan serta laporan bertulis yang dibuat oleh sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care yang menyiasat kes ini sejak Julai 2007 lalu. |
Melayu pun kena tutup aurat
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid. Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan. “Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. “Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini. Mengulas komitmen sesetengah masyarakat Cina terhadap rumah ibadah, beliau berkata walau pun kaum Cina, Orang Asli atau warga Afrika yang hitam, namun apabila mereka itu muslim dan muttaqin, maka adalah layak dilantik menjadi imam sembahyang. “Ini kerana hina atau tidaknya manusia itu bukan terletak kepada tubuhnya tetapi adalah terletak kepada taqwanya. “Walau pun dia hamba, tetapi apabila dia diangkat menjadi ketua (termasuk imam sembahyang) maka mesti diikuti. “Oleh demikian, di Kelantan sendiri, saya sudah membina masjid di Rantau Panjang. Saya meminta orang Cina menjadi imam sembahyang dan saya menjadi makmum pada bulan Ramadhan yang lalu,” katanya. |
Janji 100 Hari: Suatu Azam Dari Pakatan Rakyat
PETALING JAYA: Janji 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya adalah suatu azam yang benar dan menjanjikan suatu perubahan yang pasti buat pembentukan sebuah Malaysia yang lebih baik.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, "sorotan 2010 banyak memberi keinsafan kepada kita, namun nampaknya tidak kepada parti pemerintah, Umno-Barisan Nasional (BN).
"Kerakusan kerajaan Umno-BN menaikkan harga barang, menyalahgunakan kuasa, memporak-perandakan institusi kehakiman, menginjak-injak maruah dan terus menodai hak rakyat adalah sesuatu yang amat dikesali dan tidak boleh dimaafkan.
"Kronologi salah laku kerajaan Umno-BN seandainya dibukukan pun belum tentu entah berapa ribu muka surat dapat ditulis," katanya dalam satu kenyataan media hari ini bersempena menyambut Tahun Baru 2011.
Katanya, "fitnah demi fitnah, rasuah demi rasuah, pembaziran demi pembaziran yang terus tidak berkesudahan selama 53 tahun pemerintahan Umno-BN.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, "menyedari hakikat tahun baru yang tiba, setiap warga Malaysia haruslah terus menanamkan sikap keadilan dan senantiasa menjunjung tinggi prinsip Demokrasi Perlembagaan sebagai cara pilihan kehidupan yang adil dan sejahtera.
"Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang semakin hampir, saya yakin, semua pimpinan Pakatan Rakyat tidak gentar dan bersedia menghadapinya.
"Hatta, bersempena tahun baru 2011, dengan rendah hati dan penuh kesyukuran saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua warganegara yang dibela, yakni keseluruhan rakyat Malaysia umumnya, dan warga Parlimen Ampang khasnya," katanya.
Tiada masalah dengan pakaian MP Serdang, kata ketua masjid
KUALA LUMPUR — Pengurusan Masjid Taman Cheras Jaya berpendapat pihaknya tidak melihat adanya sebarang masalah dengan pakaian Ahli Parlimen Serdang
yang menyertai program senamrobik di pekarangan rumah ibadat itu meskipun pemimpin-pemimpin Umno menyifatkan tindakan itu telah mencemari kesucian Islam.“Kami tidak ada apa-apa masalah sama sekali dengan pakaian YB Teo,” kata pengerusi jawatankuasa Masjid Taman Cheras Jaya Azman Idris kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam kenyataan yang dilihat menolak kritikan disiarkan akhbar Umno yang dibawa sejak semalam, Azman menjelaskan, menutup aurat terpakai kepada umat Islam sahaja.
“Menutup aurat terpakai hanya kepada Muslim. Jadi, isu menutup aurat tidak terpakai kepada YB Yeo,” kata beliau.
Malah kata beliau, pihaknya hanya mengadakan aktiviti itu di tempat letak kereta, bukannya dalam masjid sebagaimana dijadikan isu semata-mata.
“Saya tidak melihat ada apa-apa masalah dalam isu ini,” tambah beliau sambil menjelaskan, sesetengah wanita Islam yang menghadiri karvinal Maal Hijrah pada 12 Disember lalu juga tidak menutup aurat. Program itu diadakan sempena karnival tersebut.
“Ada yang mengenakan jeans yang ketat. Tetapi kami tiada masalah,” katanya lagi.
“Kami ada meletakkan papan tanda mengatakan sila menutup aurat. Tetapi, kami tidak menguatkuasakan kerana ia tanggungjawab individu terbabit. Kami hanya boleh menggalakkan (mereka berbuat demikian),” kata beliau.
Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.
“Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadat orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik,” katanya.
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pula dikatakan mahu memanggil nazir Masjid Taman Cheras Jaya untuk menjelaskan kehadiran Teo dan menyertai senamrobik di pekarangan masjid itu.
Timbalan Setiausaha Mais Abdul Halem Hapiz Salihin dipetik Utusan Malaysia berkata, pihaknya juga akan menyiasat mengapa tindakan wakil rakyat daripada DAP itu tidak ditegur oleh pihak pengurusan masjid.
Laporan akhbar itu semalam mendakwa Teo masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, yang terletak di Balakong, dengan mengenakan pakaian ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid.
Menurut Abdul Halem Hapiz, tidak salah melakukan aktiviti berfaedah seperti senamrobik di pekarangan masjid tetapi biarlah mematuhi adab seperti memakai pakaian yang sesuai.
Tambah beliau, sepatutnya wakil rakyat itu dinasihatkan memakai pakaian sukan yang lebih sopan seperti berlengan panjang dan menutup kepala serta senamrobik diasingkan antara lelaki dan wanita atau lelaki di hadapan dan wanita di belakang.
Ogos lalu Teo didakwa menyampaikan ‘tazkirah’ dalam sebuah surau di Kajang Sentral.
Bagaimanapun jawatankuasa surau itu juga menafikan wakil rakyat itu menyampaikan tazkirah sebagaimana dipertikaikan media milik Umno dan pemimpin-pemimpin mereka.
Kelakuannya itu dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Sharafuddin. Teo telah memohon maaf kepada baginda di atas perbuatannya itu.
Semalam, Teo memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau akan meneruskan pendekatannya menyertai aktiviti anjuran umat Islam meskipun akhbar Utusan Malaysia terus-menerus menyerangnya.
Meskipun mengakui tindakan menyertai aktiviti itu di Masjid Taman Cheras kemungkinan menjejaskan sokongan undi orang Melayu, Teo berkata, beliau akan terus menyertai aktiviti seumpama itu dalam usaha merapatkan hubungan dengan para pengundinya.
Menurut Teo dalam blognya di www.wretch.cc/blog/teonieching, acara tersebut adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.
“Apabila saya mendapat jemputan daripada masjid, saya akan pergi,” kata Teo.
Cara baru buang bayi?
SEREMBAN – Qurratnaini Amni Jamaludin, 20, sedang menunggu rakannya di Stesen KL Sentral bila tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.
Beliau lantas menoleh dan terlihat seorang wanita Melayu dalam lingkungan 20-an mendukung bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu.
Wanita bertudung serta berseluar jean dan berbaju warna hijau lumut itu meminta beliau menjaga bayinya seketika kerana katanya dia hendak ke tandas.
Qurratnaini menunggu seketika untuk wanita itu mengambil semula bayinya.
“Kemudian, saya tunggu, dan tunggu ... hingga kira-kira dua jam!, namun wanita itu tidak juga muncul.
“Saya mula panik, curiga dan bimbang ... Saya hubungi ibu bapa saya di Rantau (Negeri Sembilan).
“Mereka datang dengan kereta untuk mengambil saya dan membawa bayi itu ke Seremban,” katanya di sini hari ini.
Qurratnaini berkata, atas nasihat ibu bapanya, bayi seberat 3.5 kilogram dan berkulit sawo matang itu diserah kepada Hospital Tuanku Ja’afar di sini, sebelum mereka membuat laporan polis.
Sebelum itu, Qurratnaini, pelajar jurusan kejururawatan bersama seorang rakannya menaiki komuter dari stesen keretapi Seremban pada kira-kira pukul 9.15 pagi untuk ke KL Sentral.
Mereka tiba di stesen itu di Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 10.00 pagi.
Sebulan jadi hamba seks
Oleh Suraya Roslan
HULU SELANGOR: Tiga remaja perempuan dikurung dan dijadikan hamba seks selama sebulan oleh seorang guru yoga di Kuala Kubu Baru, di sini, sebelum diselamatkan polis, Rabu lalu.
Ketika serbuan di rumah guru yoga berusia 54 tahun terbabit, polis menemui beberapa peralatan seks dan dua peket dadah dipercayai syabu.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, berkata pihaknya percaya sepanjang sebulan dikurung, mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun dirogol berulang kali, selain didera secara seksual termasuk diikat dan dirantai pada katil.
Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dilaporkan oleh keluarga mereka tidak pulang selepas mengikuti kelas yoga di rumah guru terbabit pada hujung November lalu. “Seorang daripada ibu mangsa membuat laporan anaknya yang berusia 16 tahun keluar bersama suspek dan selepas itu tidak pulang ke rumah. Ibu mangsa memberitahu dia menghubungi suspek, tetapi suspek enggan memberitahu di mana anaknya berada,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Norel Azmi berkata, selepas menerima laporan ibu mangsa yang juga seorang penoreh getah berusia 38 tahun pada 30 November lalu, pihaknya menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes itu.
Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah dan dia kini direman empat hari sehingga 3 Januari ini.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Dalam kes berasingan, seorang wanita berusia 22 tahun membuat laporan mendakwa dirogol rakan teman lelakinya di Pangsapuri Putra Ria, Bangsar, di sini, pada 22 hingga 27 Disember lalu.
Sumber polis berkata, sepasukan anggota forensik pergi ke lokasi kejadian semalam bagi mencari bahan bukti dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. “Namun, polis menyiasat kemungkinan kejadian berlaku kerelaan wanita itu,” katanya.
Artis Malaysia di Anugerah Skrin 2010 Berbogel?
Staff Berita Semasa
Besok genap seminggu Anugerah Skrin 2010 yang telah dilangsungkan sebelum ini, banyak cakap-cakap mengatakan artis Malaysia terutamanya golongan wanita tiada adab ketika berpakaian, apatah lagi nak menurut apa yang disyariatkan jauh sekali. Adakah nak tunggu artis Malaysia berbogel baru nak melatah dan terhegeh-hegeh nak ambil tindakan?
Tempoh hari Datuk Seri Rais Yatim dah bersuara dan memberikan peringatan kepada Media Prima :
“Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis Malaysia yang hadir. “Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang,” katanya. UTUSAN
Kami memang setuju kenyataan daripada menteri, kerana dilihat sekarang dah makin keterlaluan artis Malaysia ini. Tetapi harap Menteri yang berkenaan tak cukup sahaja hanya cakap sahaja kena tegas, kalau perlu ambil tindakan, amat-amat dialu-alukan. Sepatutnya dah lama tegur dan kena ada guideline untuk artis Malaysia berpakaian apabila menghadiri majlis anugerah ini
Yang peliknya di Malaysia ini, kalau kepada artis lelaki buka baju terus kena gam, punyalah cepat tindakan (baguslah begitu). Tetapi artis Malaysia berbogel sana, berbogel sini dedah atas, dedah bawah, terbonjol sana, terbonjol sini, lepas pula?
Macammanatu? Garis panduan yang bagaimana kita gunakan sekarang di Malaysia? Mula-mula sekali pandang, barisan artis Malaysia yang hadir dalam Anugerah Skrin 2010 tempoh hari ingatkan di Hollywood. Dua kali pandang rupanya Malaywood sahaja.
- Artis Mat Saleh = Hollywood
- Artis Hindi/Tamil = Bollywood
- Artis Malaysia = Malaywood
Nah, ini kalau ditanya kepada artis Malaysia antara ayat-ayat yang cukup popular apabila ditanya tentang kritikan kepada gaya pemakaina mereka, ini mungkin jawapan mereka
- “Biarlah apa org nak cakap. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Yang penting saya tahu apa yang saya buat tu betul dan ikhlas. Biarlah Tuhan menilai saya. Kepada orang yang dengki tu, ingatlah Tuhan itu mahal adil. Hari ini berlaku kepada saya. Hari esok mungkin berlaku kepada anda. Ingatlah industri hiburan Malaysia kita ni kecil aje.”
- “Ingat yang bertudung litup tu baik sangat ker? Kadang-kadang yang seksi ni lagi baik daripada mereka, sekurang-kurangnya kami tak hipokrit..
- “Mak bapak saya pun tak kisah saya pakai macam ini, mereka lebih tahu siapa anak mereka”.
Nampak sangat gaya pemakaian dikalangan wanita hari ini terus mengalami zaman revolusinya :
- Zaman orang tua-tua kita dahulu : berkemban mandi sungai, basuah baju di tepi sungai dengan berkemban
- Zaman ikut cara Islam: Hanya berkemban di depan suami sahaja di dalam rumah
- Akhir zaman: Berkemban semasa menghadiri majlis anugerah
Inilah akibatnya apabila berpakaian tidak menggunakan akal. Dan kepada Media Prima harap jangan biarkan perkara sebegini berulang sekali lagi dan prihatin dalam isu-isu seperti ini. Nampak Media Prima ini kebaikan dan kejahatan disamaratakan. Apa tidaknya, rancangan di TV macam Bersamamu, baiklah membantu orang susah, Al-Kulliyah & Halaqah dan banyak lagi program berinformasi disajikan kepada penonton tetapi dalam masa yang sama memaparkan iklan mencari cinta, mengetahui nasib dan program-program hiburan yang merosakkan minda anak-anak muda.
Tak susah sebenarnya nak sediakan garis panduan. Mereka-mereka ini bukannya orang lain, lawmaker. Teringat kami dahulu semasa Tok Mat (Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat) semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Penerangan begitu tegas tentang artis rock yang berambut panjang, begitu juga ban artis Malaysia yang terlibat dengan dadah. Sekarang ini mereka terlepas bebas dengan segala kemungkaran dan kesalahan yang dibuat. Dadah, khalwat, seksi , pergaulan tak terbatas, arak dah jadi asam garam yang semua orang telan sebagai sesuatu yang “biasa” dalam dunia artis Malaysia. yang bersalah dan berdosa.
P/S : Diharapkan sedarlah artis Malaysia secepat mungkin. Sebab kita hidup di dunia ini bukan menongkat langit, akhirnya nanti bertemu dengan Maha Pencipta.
PP/S : Dahulu Media Prima kena tindakan sebab iklan raya yang tak sesuai. Adakah Media Prima hanya mahu melakukan tindakan sewajarnya apabila rakyat Malaysia membuat petition supaya media prima kena tindakan sekali lagi sebab tak bagi arahan kod etika berpakaian pada artis Malaysia dan juga mereka yang hadir majlis anjurannya?
XPDC dakwah Gamis sambut 2011
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menjemput seluruh mahasiswa dan anak muda Malaysia bersama-sama menyertai XPDC Dakwah tahun baru 2011 di sekitar KLCC pada hari ini. “XPDC ini adalah sebagai salah satu usaha mahasiswa Islam yang sayangkan masysrakat Malaysia terutama golongan muda yang banyak terlibat dengan aktiviti tidak sihat dan gejala sosial ketika meraikan sambutan tahun baru seperti seks bebas, minum arak dan berpakaian tidak senonoh,” ujar timbalan pengarah program, Syahirah Zulkifli. Katanya, Gamis melalui Majlis Dakwah dan Kebajikan Nasional telah menjadikan XPDC itu sebagai acara tahunan mahasiswa sebagai usaha memberi khidmat kaunseling secara terus dari mahasiswa ke masyarakat dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan masalah buang bayi dan seks bebas. Dengan itu, pihaknya menjemput seluruh mahasiswa Malaysia sebagai mahasiswa yang prihatin untuk turun bersama-sama dalam program tersebut. Tambahnya, antara agenda utama pada malam nanti adalah solat hajat di Masjid As-Syakirin KLCC, mengedarkan risalah, ucapan umum mahasiswa, forum dan khidmat kaunseling. Mahasiswa, ujatnya diminta berkumpul di Masjid KLCC sekitar jam 6.30 petang untuk mengelakkan kesesakan untuk sampai di sana, diteruskan dengan solat Maghrib, solat hajat berjemaah sempena tahun baru, solat Isyak dan diteruskan dengan forum di masjid KLCC dan yang terakhir mengedarkan risalah. Untuk memudahkan mahasiswa ke sana, boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan LRT dan terus ke KLCC. Tambahnya, untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh rujuk di blog rasmi Gamis di www.mygamis.blogspot.com |
Nasrudin sokong Teo, tegur isteri pemimpin negara
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPURs: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan menyokong pendirian Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching yang mahu meneruskan amalan melawat masjid biarpun dikritik hebat media Umno BN. Dalam satu kenyataan hari ini, Nasrudin memberitahu bahawa beliau yakin, pendirian Teo itu dibuat kerana telah mula tertambat hati dengan rumah Allah di kala sebahagian umat Islam sendiri ada yang tidak lagi berminat ke masjid atau surau. "Saya mengalu-alukan ikrar sedemikian...Mudah-mudahan ikrar itu sebagai permulaan untuk beliau melihat dari dekat bagaimana akhlak dan cara hidup Islam yang murni serta menghakis saki baki rasa keliru terhadap agama Islam. "Wajarlah kita bersyukur kepada Allah SWT. Saya mengucapkan selamat datang kepada beliau," katanya. Ikrar sedemikian dinyatakan Teo ekoran kntroversi kedua menimpanya ekoran didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid. Sebelum ini, kontroversi sama menimpa Teo ekoran memasuki masjid di Kajang Ramadan lalu untuk menyampaikan bantuan membina pagar masjid. Bagaimanapun menurut Nasrudin lagi, imam dan ahli jawatankuasa masjid yang bakal dilawati oleh Teo nanti mestilah mengambil langkah pro aktif untuk memberi penjelasan dan gambaran yang tepat mengenai Islam kepada beliau. "Namun begitu suka saya tegaskan bahawa Teo Nie Ching pula wajarlah diberitahu beberapa perkara berkaitan adab dan akhlak atau moral yang perlu dipelihara sewaktu beliau melawat atau mengunjungi masjid. "Kerana mengunjungi masjid sebagai rumah ibadah dan tempat suci ummat Islam tentunya berbeza dengan lawatan beliau ke pasar atau rumah-rumah kediaman biasa," tambahnya lagi. Kepada pemimpin negara yang beragama islam pula, beliau mahu mereka menunjukkan contoh yang betul khususnya dalam tatacara berpakaian agar tidak mengelirukan orang lain khususnya bukan Islam. "Saya juga mahu menegur pemimpin-pemimpin ummat Islam, tidak kira dari mana parti dia wakili, agar tidak mendedahkan aurat atau menjaga isteri dan anak-anak mereka tidak mendedahkan aurat serta menjebakkan diri dalam kancah maksiat dan mungkar. "Barulah ia menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan orang ramai seperti Teo Nie Ching . Kalau isteri pemimpin negara sendiri tidak menutup aurat, maka bagaimanalah pemimpin itu mahu menegur Teo Nie Ching? tentu ia suatu yang sangat memalukan," katanya. |
SUK mula tugas angkat sumpah depan MB
Ismail Hashin |
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat. Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB). Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB. Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK. Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB. Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, ucapan dari MB dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat Isyak yang dipimpin oleh Ketua Penerangan KeAdilan, Dr Mohd Nor Manuty. "Dalam menjalankan amanah rakyat mentadbir negeri ini, membina satu pasukan terbaik adalah keperluan utama untuk sama-sama merancang dan bertukar fikiran. "Selain itu, SUK mestilah orang yang berpengalaman, dapat berucap dan difahami rakyat, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dengan pelabur. "Paling utama juga, beliau mestilah mempunyai rasa kemesraan tentang perjuangan rakyat, mampu menjana negeri terulung di negara ini, pembangunan dan perusahaan serta sebagai negeri maju," tegasnya. Meskipun bagi beliau, isu ini merupakan perkara kecil sahaja dalam pengurusan namun bimbang jika disalahgunakan bukan untuk membangun tetapi meruntuhkan Negeri Selangor. Sementara itu, Khalid di dalam ucapannya berkata, Sultan sewajarnya tidak dilibatkan di dalam politik jika ingin mendapat sokongan dari keseluruhan rakyat. Beliau juga berkata, sudah menjadi amalan sesiapa pun tidak hadir sesuatu majlis walimatul-urus jika tidak mendapat undangan hadiri kenduri berkenaan. "Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK," sindirnya akhiri ucapan. |
Isu senamrobik: Mais mahu panggil nazir masjid
KUALA LUMPUR — Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mahu memanggil nazir Masjid Taman Cheras Jaya untuk menjelaskan kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, dengan memakai pakaian ketat dan tidak menutup aurat semasa menyertai senamrobik di pekarangan masjid baru-baru ini.
Timbalan Setiausaha Mais Abdul Halem Hapiz Salihin berkata, pihaknya juga akan menyiasat mengapa tindakan wakil rakyat daripada DAP itu yang tidak menghormati adab ketika memasuki kawasan masjid tidak ditegur oleh pihak pengurusan masjid.
Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap Teo yang tidak mengambil iktibar daripada teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, terhadap kelakuannya sebelum ini, beliau menyifatkan wakil rakyat itu tidak menghormati baginda.
Kata beliau, tindakan selanjutnya mengenai perkara itu akan diketahui selepas mendapatkan penjelasan nazir dan melakukan siasatan.
“Sudah beberapa kali dijelaskan yang adab masuk ke masjid serta kawasan sekitarnya perlu memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
“Tetapi sebagai pemimpin kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di kawasannya, Teo Nie Ching seolah-olah tidak peka dengan adab dan peraturan sedangkan beliau pernah ditegur sebelum ini.
“Perkara yang lebih kita kesalkan mengapa pihak masjid atau orang Islam yang bersamanya ketika itu langsung tidak menegur kelakuan beliau,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Laporan akhbar itu semalam mendakwa Teo masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya di Balakong dengan mengenakan pakaian ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid.
Menurut Abdul Halem Hapiz, tidak salah melakukan aktiviti berfaedah seperti senamrobik di pekarangan masjid tetapi biarlah mematuhi adab seperti memakai pakaian yang sesuai.
Tambah beliau, sepatutnya wakil rakyat itu dinasihatkan memakai pakaian sukan yang lebih sopan seperti berlengan panjang dan menutup kepala serta senamrobik diasingkan antara lelaki dan wanita atau lelaki di hadapan dan wanita di belakang.
Ogos lalu Teo didakwa menyampaikan “tazkirah” di dalam sebuah surau di Kajang Sentral.
Bagaimanapun jawatankuasa surau menafikan wakil rakyat itu menyampaikan tazkirah sebagaimana dipertikaikan media milik Umno dan pemimpin-pemimpin mereka.
Kelakuannya itu dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Sharafuddin.
Teo telah memohon maaf kepada baginda di atas perbuatannya itu.
Semalam, Teo memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau akan meneruskan pendekatannya menyertai aktiviti anjuran umat Islam meskipun akhbar Utusan Malaysia milik Umno terus-menerus menyerangnya termasuk yang terbaru kerana mengambil bahagian dalam senamrobik di pekarangan sebuah masjid di Balakong.
Meskipun mengakui tindakan menyertai aktiviti itu di Masjid Taman Cheras kemungkinan menjejaskan sokongan undi orang Melayu, Teo berkata, beliau akan terus menyertai aktiviti seumpama itu dalam usaha merapatkan hubungan dengan para pengundinya.
Menurut Teo dalam blognya di www.wretch.cc/blog/teonieching, acara tersebut adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.
“Apabila saya mendapat jemputan daripada masjid, saya akan pergi,” kata Teo kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Jika mereka (Utusan Malaysia) terus menyerang saya tanpa asas, saya tidak akan putus asa. Ia majlis komuniti yang kecil. Ini peluang untuk merapatkan hubungan dengan pengundi-pengundi saya,” kata beliau.
Teo berkata, beliau dijemput oleh Masjid Taman Cheras Jaya untuk mengambil bahagian dalam senamrobik.
“Jika mereka merasakan okey bagi bukan Islam untuk hadir, mengapa mesti saya tutup pintu,” soal Teo lagi.
“Ia majlis dianjurkan oleh (pengurusan masjid), di pekarangan masjid,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.
KP Jakim: Kami tiada kuasa bertindak ke atas lelaki mengaku ‘gay’
KUALA LUMPUR — Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menjelaskan pihaknya tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki Melayu beragama Islam yang membuat pendedahan berani dalam laman YouTube bahawa dirinya seorang “gay”.
Lelaki tersebut, berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Awan Ismail dan bekerja sebagai jurutera selain penyair dan penulis, dalam pengakuannya mendakwa dia rela membuat pengakuan terbuka seumpama itu kerana percaya seseorang itu perlu mengenali siapa dirinya yang sebenar dan berhak memberitahunya kepada orang lain.
Wan Mohamad berkata, Jakim hanya boleh mengambil langkah-langkah pencegahan bagi membendung budaya “gay” dan tidak mempunyai kuasa mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap lelaki itu.
Sebaliknya, Wan Mohamad berkata agensi-agensi penguat kuasa lain mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas individu-individu berkenaan.
“Untuk ambil tindakan undang-undang Jakim tiada kuasa, yang boleh ambil tindakan undang-undang adalah agensi penguatkuasaan seperti pihak berkuasa agama negeri dan juga polis.
“Jakim bukan agensi penguat kuasa dalam kes ini, kita hanya boleh ambil langkah untuk menyekat budaya ini dengan bekerjasama kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dan agensi-agensi lain yang berkaitan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Baru-baru laporan media tempatan menyebut Jakim akan mengambil tindakan ke atas lelaki berkenaan ekoran pengakuannya.
Bagaimanapun Wan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya akan menyusun langkah bagi membendung budaya “gay” yang didakwa semakin berleluasa.
“Tindakan yang kita nak ambil tidak semestinya tindakan undang-undang, kita akan ambil langkah untuk menyekat budaya ‘gay’ di negara ini.
“Kita juga mengambil langkah lain dengan menyediakan program pemulihan kepada mereka yang terjebak dengan budaya ‘gay’ ini,” katanya.
Dalam video klip sepanjang dua minit 41 saat itu lelaki terbabit juga mendakwa dia mengambil masa yang lama untuk mengenali dirinya sebelum yakin dengan apa yang diamalkan itu serta masa depan kehidupannya menyebabkan ia mendorongnya membuat pengakuan terbuka berkenaan.
Pengakuan lelaki itu turut boleh dilawati melalui pautan laman sesawang “ohbulan” yang turut menyebut jurutera itu terpilih sebagai seorang daripada peserta kempen Seksualiti Merdeka yang mendapat sokongan pergerakan It’s Get Better Project.
Keberanian lelaki itu membuat pengakuan terbuka turut mengundang pelbagai kecaman orang ramai yang turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan itu yang melanggar norma manusia dan ajaran Islam.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, mengarahkan Jakim memantau kegiatan kumpulan pengamal seks songsang, termasuk gay yang kini semakin berani mempromosikan gaya hidup itu secara terbuka di alam siber.
Beliau berkata, kegiatan tidak sihat itu perlu dipantau dan diambil tindakan tegas kerana perbuatan kumpulan terbabit boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan dikhuatiri ramai yang lemah pegangan agama mudah terpengaruh.
Selain itu, Dewan Pemuda PAS pusat turut menggesa semua pihak berkuasa agama setiap negeri supaya memantau kegiatan “gay” secara keseluruhan kegiatannya yang didakwa semakin berleluasa.
S'gor mohon keadilan, kuasa lantik SUK
Kerajaan Selangor kini menyerahkan kepada Ilahi untuk "mencari keadilan dan kebenaran" dalam kemelut yang timbul rentetan dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri (SUK) baru negeri itu.
Usaha itu dilakukan melalui satu majlis solat hajat yang dihadiri kira-kira 100 orang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam malam semalam setelah cubaan mengadakan perbincangan dengan Sultan Selangor sebelum ini menemui jalan buntu.
Bercakap dalam majlis ringkas itu, menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim berkata solat hajat berkenaan bertujuan untuk mengembalikan kuasa pemilihan SUK kepada kerajaan negeri.
"Kita mahu kuasa diberikan kepada kerajaan negeri (dan kita juga mahu) perubahan supaya Selangor telus dalam usaha mentadbir rakyat di negeri ini," katanya ketika berucap di hadapan hadirin dalam majlis berkenaan.
Tambahnya, kerajaan Selangor telah membuat persediaan untuk memastikan pemilihan pegawai SUK itu akan dapat bersama-sama memperjuangkan hasrat pentadbiran negeri tersebut.
"Calon itu mesti mengikut tatacara dan enakmen kerajaan negeri dan saya telah meminta pegawai kerajaan negeri memberi nama calon.
"Akhirnya saya telah menerima lapan nama yang layak untuk proses pemilihan jawatan itu," katanya.
'Tak tahu kena bersaing hantar nama'
Khalid berkata panel jawatankuasa temuduga itu antaranya terdiri daripada exco kerajaan Selangor Dr Hassan Ali dan Dr Xavier Jayakumar yang telah mengemukakan tiga nama kepada Sultan Selangor.
"Yang kita pilih adalah mereka yang berpengalaman dan kepakaran khususnya bidang ekonomi serta menyesuaikan diri dengan jawatan dilantik.
"Saya tak diberitahu kena bersaing untuk hantar nama," katanya yang mengulas satu kenyataan daripada Istana Selangor sebelum ini yang mengakui menerima tiga nama calon untuk mengisi kekosongan itu tetapi "sudah terlewat."
Kenyataan daripada setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani itu juga menyebut, Sultan Sharafuddin Idris Shah telahpun memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru, seperti dilaporkan.
Turut hadir dalam program solat hajat itu ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, exco kebajikan dan hal ehwal wanita Selangor Rodziah Ismail, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan pengarah komunikasi pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Baharom.
Baju ketat: Keluarkan senarai 'OK tak OK', kata Teo
Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu.
Wakil rakyat DAP itu berkata, ini kerana, hampir 30 tahun tinggal di Malaysia, berdasarkan pelbagai persoalan sekitar umat Islam dan bukan Islam, beliau menjadi semakin keliru.
"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.
"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, selepas kontroversi memasuki surau di Kajang Ramadan lalu, Teo didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid.
Memetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina.
Blog tersebut, Ruang Bicara Faisal juga dilaporkan menyindir sama ada tahun depan mungkin masjid itu boleh menganjurkan pesta tari-menari dalam kawasannya sebagai sebahagian acara sambutan Maal Hijrah.
Teo: Utusan tak layak beri ajaran agama
Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Teo berkata, walaupun Najib memberikan pelbagai saranan kepada media dalam sebuah konvensyen akhbar Cina pada 20 Disember, dalam masa yang sama, Utusan "memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya."
"Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme, tetapi adakah perdana menteri ataupun menteri dalam negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?" katanya.
Mempertahankan tindakannya, Teo yang juga pembantu setiausaha publisiti DAP menjelaskan, tindakannya menyertai program masjid itu bertujuan merapatkan hubungan antara komuniti.
"Sudah banyak kali saya lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?"
"Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?" soalnya.
Mengambil peluang itu, beliau mengkritik Utusan yang didakwanya hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama.
"Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam," kata anggota parlimen muda itu.
Khusrin mungkin ‘ganggu’ mesyuarat exco
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diyakini akan mengalami masalah besar dalam pentadbiran dengan perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiuasaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru. Ini kemungkinan berlaku apabila Khusrin memainkan peranannya dengan ‘mengganggu’ mesyuarat exco seperti yang diarahkan kerajaan pusat. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, perlantikan Datuk Khusrin itu sendiri mempunyai agenda khusus dari kerajaan pusat untuk membolehkan Datuk Khusrin campur tangan bagi pihak kerajaan pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor. "Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat. "Ini tidak, apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat Exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan daripada mesyuarat Exco," katanya dalam satu kenyataan media. Kejadian seperti itu, menurut beliau, tidak mustahil akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika perlantikan Khusrin diteruskan sehingga akhirnya akan menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya digulingkan oleh kerajaan pusat. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut melahirkan kebimbangannya berhubung perkara itu, berdasarkan pengalamannya sendiri sebelum ini yang pernah mengetuai sebuah kerajaan yang sah yang diberikan mandat oleh rakyat pada PRU Ke-12 lalu, tetapi digulingkan oleh pihak Umno BN menerusi rampasan kuasa. Umno BN sebelum ini telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya bertindak lompat parti dan menjadi Adun Bebas. Mereka terdiri daripada Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Kelayakan ketiga-tiga Adun itu juga masih dipertikai kerana ketiga-tiga kerusi Dun itu telah diumumkan kosong oleh Speaker Dun Perak, V. Sivakumar. Nizar yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak turut mempertikaikan perlantikan Khusrin kerana ia merupakan satu tindakan yang jelas membelakangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana keputusan tersebut dibuat tanpa meminta pandangan Khalid terlebih dahulu. Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai jelas tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, walaupun semua pihak tahu, Khalid patut diberikan peluang untuk membuat keputusan untuk memilih orang yang boleh berkerja sebagai setiausaha sulitnya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan sidang mesyuarat tergempar di Majlis Undangan Negeri, bagi menolak Setiausaha Kerajaan Negeri lantikan Kerajaan Pusat. Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail, dalam kenyataan medianya berkata, langkah itu perlu bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang melaporkan pihak Istana telah meluluskan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Khusrin ke jawatan kanan itu bermula 1 Januari depan. “Saya mencadangkan persidangan tergempar menolak perlantikan Khusrin. Kita tidak mahu Khusrin menjadi gunting dalam lipatan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat,” katanya. Beliau menegaskan, terdapat bukti manipulasi istana oleh BN berhubung perlantikan Khusrin, apabila Istana digunakan untuk menghalalkan cara oleh Umno dan BN yang mahu merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. |
Kelantan terkilan cuti hari Jumaat
Rizal Tahir |
KOTA BAHRU- Kelantan melahirkan rasa terkilan berikutan kerajaan pusat memutuskan esok, (Jumaat) sebagai cuti umum berikutan pasukan bolasepak Malaysia berjaya merangkul Piala AFF Suzuki 2010. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan DakwahNegeri, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah, berkata tindakan kerajaan berkenaan akan merugikan beberapa buah negeri yang telah bercuti hari Jumaat. “Mereka juga ingin merayakan skuad negara yang menang pada perlawananitu, apa lagi pemain pasukan negara juga ada orang Kelantan,” ujarnya lagi. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung keputusan Kerajaan Pusat yang mengisytiharkan hari Jumaat iaitu esok sebagai cuti umum. Menurutnya lagi, sepatutnya kerajaan pusat pertimbangkan untuk mengistiharkan cuti umum pada hari-hari lain. “Kelantan tidak boleh membawa ke hadapan cuti umum berkenaan keranaianya jatuh pada hari Jumaat. “Lainlah andainya ia jatuh pada hari Sabtu, boleh dibawa pada hariesoknya,” ujarnya lagi. Malam tadi Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki buat pertama kalinya setelah berjaya menewaskan Indonesia walaupun perlawanan akhir kedua malam tadi, Indonesia berjaya mengalahkan 'Harimau Malaya' 2-1. Bagaimanapun Malaysia berjaya menggungguli kejuaraan edisi ke-14, dengan agregat 4-2. Dalam perlawanan akhir pertama Malaysia berjaya membelasah Indonesia 3-0, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember lalu |
"Jangan harap kepada pemimpin Semenanjung" – Marajin
KOTA BELUD: Seorang peguam tempatan terkemuka menggesa penduduk Sabah dan Sarawak agar tidak mengharapkan pemimpin dari Semenanjung memperjuangkan hak mereka.
Penduduk Sabah dan Sarawak patut bersatu kembali di bawah payung parti politik negeri masing-masing dan menyokong mana-mana kumpulan yang akan memenuhi permintaan mereka," kata Peter Marajin yang bertanding atas tiket bebas dalam pilihanraya umum 2008 dan memperoleh 1,700 undi.
"Kita di Sabah dan Sarawak tidak patut mengharapkan mereka untuk menyokong permintaan dan kemahuan kita walaupun ia hak negeri kita.
"Mereka akan berjuang demi hak mereka. Kita tidak boleh mengharapkan mereka dari Semenanjung untuk berjuang untuk kita di Sabah dan Sarawak," katanya kepada sekumpulan pemimpin di Dewan Mayang Sari di sini semalam.
Beliau berucap mengenai politik semasa dan senario politik masa depan Malaysia dan memberi komen mengenai parti baru, Barisan Borneo Bersatu (UBF).
Meskipun percubaan beliau untuk mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri Kadamaian gagal, undi yang diperolehnya meyakinkan beliau bahawa pengundi di negeri ini mahu menentukan sendiri masa depan negeri mereka.
Beliau berkata rekod masa lalu dan dewasa ini menunjukkan hampir keseluruhan pemimpin dari Semenanjung tidak boleh diharap untuk mendapatkan sokongan dalam isu hak Sabah dan Sarawak.
Kegagalan pemimpin pusat
Marajin 56, yang mempunyai firma guamannya sendiri di Kota Kinabalu berkata hujahnya adalah berdasarkan kepada kegagalan pemimpin pusat selama 47 tahun untuk menghormati dan memahami keperluan penduduk di kedua-dua buah negeri ini.
Marajin berkata tidak ada kefahaman dan rasa hormat menyebabkan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia hari ini.
Walau bagaimanapun beliau percaya masih ada peluang untuk memperbetulkan perkara ini kerana pilihanraya umum ke 13 akan datang tidak lama lagi.
"Tedapat 222 kerusi parlimen di Malaysia: 57 di Sabah dan Sarawak, termasuk satu di Labuan. Ini bermakna ada 165 kerusi untuk direbut oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
"Jika Pakatan mengekalkan kuasa di 83 kerusi, parlimen akan tergantung kerana BN hanya ada 82 kerusi. Sejumlah 57 kerusi dari Sabah dan Sarawak akan menentukan siapa yang akan memerintah negara ini.
Parti sendiri diperingkat negeri
"Kini sudah tiba masanya untuk kita di Sabah dan Sarawak untuk mempunyai parti sendiri di peringkat negeri, yang benar-benar berjuang untuk mewakili kita di peringkat persekutuan.
Dengan permintaan kita yang sah, kita boleh mendapatkan perjanjian bertulis dari parti bersekutu di Semenanjung (PR atau BN) untuk memenuhi permintaan kita.
"Kita tidak boleh menggunakan perjanjian secara mulut sahaja," kata beliau. Marajin, seorang bekas anggota PKR kini merupakan ahli majlis tertinggi Parti Progresif Sabah (SAPP) berkata pengundi di Sabah dan Sarawak mesti menyedari akan kuasa yang mereka miliki untuk membentuk atau menghancurkan kerajaan.
Beliau menambah parti politik negeri di bawah BN atau PR sudahpun menggadaikan hak negeri mereka.
"Jika kita terpedaya kepada janji dan kata-kata manis pemimpin Semenanjung dalam pilihanraya umum ini, kesusahan kita akan berterusan… kita akan kekal menjadi penduduk paling miskin di negara ini," kata beliau.
Tubuh Majlis Penasihat hanya gimik politik – Dr Lo’ Lo’
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ Ghazali tetap bertegas membantah penubuhan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru sambil menyifatkan cadangan penubuhan Majlis Penasihat di bawah undang-undang itu sebagai gimik politik.
Menurut beliau, melalui penubuhan Majlis Penasihat itu jelas menampakan kerajaan tidak jujur memandangkan tidak terikat dengan apa-apa nasihat daripada wakil-wakil penduduk Kampung Baru.
"Cadangan penubuhan Majlis Penasihat di bawah rang undang-undang tersebut adalah bersifat kosmetik dan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
"Oleh itu, peranan Majlis Penasihat tersebut hanya sebagai gimik politik semata-mata dan jelas tidak relevan langsung di kacamata kerajaan," katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Beliau yang mewakili penduduk termasuklah pewaris tanah Kampung Baru membantah penubuhan rang undang-undang itu yang dijangka dilaksanakan pertengahan tahun depan.
Cadang Badan Amanah ditubuhkan
"Saya mewakili penduduk-penduduk Kampung Baru membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu tersebut dan menyarankan supaya kerajaan menubuhkan Badan Amanah yang diwakili oleh wakil-wakil penduduk Kampung Baru dan mereka yang berkepentingan secara langsung dalam pembangunan Kampung Baru."
"Sudahlah penduduk Kampung Baru tidak dibawa berbincang terlebih dahulu sebelum rang undang-undang tersebut dibentangkan di Parlimen, kini suara dan nasihat mereka yang kononnya dijamin di bawah rang undang-undang tersebut langsung tidak berharga dan tidak mempunyai sebarang makna.
Ketika memberikan penerangan kepada kira-kira 300 penduduk yang terdiri daripada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru pertengahan bulan ini, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik berkata, Majlis Penasihat akan ditubuhkan yang mana akan bertindak sebagai penasihat kepada perbadanan itu.
Raja Nong Chik juga berkata Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru akan dilantik sebagai Majlis Penasihat perbadanan itu yang akan dilaksanakan Julai depan.
Rang undang-undang baru itu telah dibaca kali pertama di Dewan Rakyat 14 Disember lalu dan pada hari yang sama diberikan taklimat kepada sebahagian pemilik dan pewaris Kampung Baru.
Semalam Dr Lo’ Lo’ berkata langkah kerajaan pusat membubarkan MAS akan menyebabkan tanah di kawasan itu secara automatik boleh dimiliki bukan Melayu.
Nasib orang Melayu terjejas
Menurut Dr Lo’ Lo’, pembubaran MAS akan menyebabkan nasib orang Melayu di Kampung Baru akan terjejas memandangkan tiada badan yang akan bertindak melindungi hak mereka.
Beliau juga mencadangkan supaya MAS dinaik taraf menjadi Badan Amanah Kampung Baru yang bertindak sebagai penjaga pegangan hartanah dan bukan hak pemilik-pemilik dimansuhkan.
Kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur yang berusia 110 tahun dan meliputi tujuh buah kampung terletak di atas tanah seluas 90.2 hektar.
Kawasan itu kini didiami sekitar 35,000 penduduk. Kampung Baru mempunyai tujuh buah kampung iaitu Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Atas A, Kampung Atas B, Kampung Hujung Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah.
Pelantikan Khusrin pasti undang pelbagai masalah
FREE MALAYSIA TOSAY
KOMENTAR FMT: Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Khusrin Munawi muncul sebagai tokoh kontroversi dewasa ini apabila dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Pastinya pelantikan beliau bakal mengundang pelbagai masalah kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.
Sejak dahulu lagi, ketika Selangor ditadbir oleh Umno-Barisan Nasional, gerak geri Khusrin seperti "budak suruhan" kepada parti pemerintah di peringkat pusat hingga banyak mendatangkan masalah kepada pentadbiran hal ehwal agama Islam.
Khusrin, yang dianggap sebagai "agen" telah menghalang Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Aziz dan Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang berceramah di negeri Selangor.
Malahan apabila Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat, Khusrin menjadi "duri dalam daging" dan dipercayai menjadi alat untuk menjatuhkan kerajaan negeri dengan menjalankan kerja-kerja yang bercanggah dengan dasar kerajaan negeri.
Atas kapasitinya sebagai Pengarah Jais, beliau bertindak menahan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah rumah di Hulu Klang walaupun mendapat bantahan keras daripada pemimpin Pakatan Rakyat.
Khusrin juga mengkritik keras tindakan Ahli Parlimen Teo Nie Ching yang berucap di sebuah surau di Ampang walaupun ahli-ahli jawatankuasa surau itu yang menjemput Teo atas alasan orang-orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam surau.
Terbaru, Khusrinlah yang mengeluarkan arahan untuk menyerbu markas Syiah di Taman Sri Gombak atas dakwaan para pengikut mazhab itu merupakan komuniti yang sesat dari ajaran Islam.
Macam-macam tohmahan dan fitnah yang beliau lemparkan seperti pengikut Syiah mempercayai darah ahli Sunnah (Wal Jamaah) adalah halal, mengkafirkan para sahabat dan berlebih-lebihan dalam mencintai keluarga Rasulullah saw.
Khusrin ialah lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau bukanlah ahli dalam bidang agama.
Pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Januari ini dilihat sebagai ganjaran atas sumbangan beliau yang sedikit sebanyak berjaya mengucar-kacirkan kerajaan negeri dalam hal ehwal pentadbiran tentang agama Islam.
Sumber menyebut wakil rakyat Pakatan Rakyat bimbang dengan pelantikan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu dan mereka percaya ada agenda tertentu di sebalik pelantikan itu.
Sidek Hassan sendiri dipercayai merupakan salah seorang tokoh yang merancang untuk menjatuhkan semua negeri yang berada di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan mendapat peruntukan khas dari kerajaan persekutuan.
Menurut sumber itu lagi, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan satu jawatan yang kuat dan berpengaruh. Beliau mempunyai pengaruh dan kuasa ke atas pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Walaupun Sidek Hassan mendakwa pelantikan beliau telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tetapi beliau tidak boleh mengenepikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sama sekali.
Beliau harus berunding dengan Khalid terlebih dahulu dan menurut laporan media, Khalid sendiri telah mencadangkan tiga nama untuk mengisi jawatan itu.
Hasrat Khalid untuk memohon mengadap Sultan Selangor hari ini tidak kesampaian kerana baginda sedang bercuti di luar negeri dan hanya pulang pada 3 Januari depan.
Pelantikan beliau pasti mengundang pelbagai masalah kepada kerajaan negeri, terutama menjelang pilihan raya umum yang dijangka berlangsung seawal bulan Mac atau Jun tahun depan.
Ibu bapa tukar status anak kepada Sino-Kadazan
KOTA KINABALU: Kontroversi status anak-anak hasil dari perkahwinan campur menyebabkan peningkatan dalam bilangan ibu bapa dan anak-anak yang membuat akuan bersumpah kepada Pesuruhjaya Sumpah bahawa mereka terdiri daripada ‘Sino-Kadazan’ dan bukannya ‘Sino-Pribumi’.
DAP Sabah berkata mereka mengetahui perkara ini lanjutan dari perasmian Persatuan Sino-Pribumi Sabah (SSNA).
"Kontroversi ini menyebabkan ramai ibu bapa dan anak-anak ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membetulkan keturunan mereka," kata setiausaha parti Dr Edwin Bosi.
Saya mendapat tahu dari beberapa Pesuruhjaya Sumpah bahawa anak-anak yang mempunyai ibu berketurunan Sino-Kadazan menukar keturunan mereka daripada Cina kepada Sino-Kadazan.
"Malang sekali JPN yang menukarkan keturunan mereka kepada Sino-Pribumi," kata beliau.
"DAP Sabah mahu mengingatkan kerajaan dan JPN bahawa Sino-Pribumi bukan satu keturunan. Ia cuma satu kumpulan. Dasar perlu diubah untuk mencerminkan identiti sebenar anak-anak ini. Ibu mereka Sino-Kadazan jadi mereka perlu didaftar sebagai Sino Kadazan juga.
Tidak bekerjasama
"Johnny (Mositun, ketua penerangan PBS) perlu ingat bahawa PBS ialah parti komponen Barisan Nasional. Persoalannya, mengapa PBS, parti kedua yang berpengaruh di Sabah tidak bekerjasama dengan Umno dan kerajaan BN untuk membatalkan pembekuan serta-merta?
"PBS sebagai parti komponen BN mesti meminta kerajaan berhenti menggunakan Sino-Pribumi sebagai keturunan dalam sijil kelahiran.
SSNA patut risau dengan perkembangan ini.
"Ini adalah perkara asas (pembatalan pembekuan ke atas pengeluaran sijil pribumi). Ia tidak perlu difikir panjang atau dirancang.
"Kerajaan boleh memberi kenyataan bahawa pembekuan tersebut itu dibatalkan dan membenarkan Mahkamah Pribumi menguruskan segala hal berkaitan hal-ehwal pribumi," kata Bosi.
Beliau menambah bahawa mereka yang tidak gembira mempunyai sijil pribumi "perlu membenarkan Mahkamah Pribumi mengesahkannya".
Beliau berkata DAP Sabah juga kesal dengan kenyataan negatif Mositun, timbalan speaker Dun Sabah terhadap hasrat pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong yang ingin menyertai SSNA.
Memandang rendah Mahkamah Pribumi
Bosi juga menyatakan pengiktirafan Adun PBS Inanam Johnny Goh sebagai presiden SSNA merupakan usaha PBS untuk pecah dan perintah masyarakat mereka sendiri.
Beliau yakin Goh, sebagai ahli PBS akan akur kepada kemahuan tuan politik mereka dalam Umno dan bukannya berusaha demi kebaikan Sino-Pribumi.
"Agak sukar untuk Wong kini untuk mendapatkan bantuan dari SSNA," beliau mengulas berkenaan ketuanya yang menerima notis kerajaan bahawa statusnya sebagai Sino-Pribumi akan ditarik balik.
Bosi turut menempelak Mositun kerana menmandang rendah terhadap peranan Mahkamah Pribumi yang mengisytiharkan Wong seorang pribumi dan memberikannya sijil pribumi.
Beliau berkata timbalan speaker tersebut mempunyai kuasa untuk mencegah wakil rakyat Sekong dan Sulaiman dari Umno yang mahu Mahkamah Pribumi membatalkan sijil pribumi Wong.
"Mositun, sebagai timbalan speaker boleh menghentikan usul tersebut kerana ia tidak relevan memandangkan sidang tersebut adalah sidang belanjawan.
Syak wasangka
Kedua, Mositun sepatutnya menghentikannya kerana menurutnya sendiri, ia bersifat menghasut, syak wasangka boleh menimbulkan permusuhan di antara kaum.
"Ramai orang menghubungi saya untuk membangkitkan isu ini agar pembekuan pengeluaran sijil pribumi dibatalkan serta-merta."
Bosi menegaskan DAP mempunyai keyakinan terhadap Mahkamah Pribumi. Beliau berkata bahawa beliau telah membangkitkan isu rakyat Sabah yang tidak diberi status pribumi dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember lalu di Pulau Pinang kerana isu ini serius.
Beliau berkata Pakatan akan menyelesaikan masalah ini serta-merta sekiranya diberi peluang memerintah.
"Apabila rakyat memutuskan untuk mengubah kerajaan BN, Pakatan akan menyelesaikan masalah ini. Saya boleh beri jaminan kepada Mositun bahawa Pakatan akan mengotakan janjinya."
Tiada tempoh tertentu lantik Setiausaha Kerajaan Negeri
FREE MALAYSIAN TODAY
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menyangkal kenyataan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Dato’ Munir Bani yang mendakwa kononnya Kerajaan Negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, "kami menegaskan bahawa tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.
"Tambahan pula, jawatan Dato’ Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya hanya tamat pada 20 Mac 2011," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, perlu ditegaskan di sini, Kerajaan Negeri telah menjalankan proses pemilihan pada 27 November 2010 dengan menubuhkan Panel Pemilihan yang sejajar dengan Nota Amalan Perkhidmatan Awam.
"Panel yang diketuai oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato’ Teng Chang Khim serta dianggotai oleh dua Ahli Majlis Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Xavier Jayakumar, telah menemuramah enam calon dari lapan nama yang telah dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia," terang beliau.
Panel Pemilihan
Menurut beliau, Panel Pemilihan telah menyenarai pendek calon-calon dan Dato’ Menteri Besar telah pada 17 Disember 2010, mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan.
Meskipun penubuhan panel ini bukanlan satu kemestian, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mahu menyemai satu tatacara yang baik yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab. Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan.
Pakatan Rakyat Selangor katanya, kesal dengan perkembangan mutakhir ini dan merasakan ia adalah tindakan yang didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik mereka.
"Isu Dato’ Khusrin Munawi ini timbul sejurus sebelum Umno mengumumkan Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor," jelas beliau.
Justeru itu katanya, Pakatan Rakyat Selangor memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari jalan penyelesaian terbaik.
"Pentadbiran ini menggalakkan persatuan dan pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada Sultan Selangor dan pemimpin Negeri dalam menangani salah faham ini (miscommunication)."
"Begitu juga kepada masyarakat bukan Islam digalakkan menjalankan upacara keagamaan menurut kepercayaan masing-masing," katanya.
MP Teo: Saya akan terus layan jemputan masjid, tak kisah Utusan serang
KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching akan meneruskan pendekatannya menyertai aktiviti anjuran umat Islam meskipun akhbar Utusan Malaysia milik Umno terus-menerus menyerangnya termasuk yang terbaru kerana mengambil bahagian dalam senamrobik di pekarangan sebuah masjid di Balakong.
Meskipun mengakui tindakan menyertai aktiviti itu di Masjid Taman Cheras kemungkinan menjejaskan sokongan undi orang Melayu, Teo berkata, beliau akan terus menyertai aktiviti seumpama itu dalam usaha merapatkan hubungan dengan para pengundinya.
Hari ini Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan bertajuk “Ahli Parlimen Serdang buat hal lagi?”.
Ogos lalu akhbar itu menyiarkan laporan mempersoalkan Teo masuk ruang solat Surau Al-Huda Kajang Sentral tanpa menutup aurat.
Beliau juga dituduh menyampaikan takzirah ketika kunjungan ketika itu.
Kini ia mendakwa Teo berada di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya dengan memakai baju ketat melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid tersebut.
Menurut Teo dalam blognya di www.wretch.cc/blog/teonieching, acara tersebut adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.
“Apabila saya mendapat jemputan daripada masjid, saya akan pergi,” kata Teo kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Jika mereka (Utusan Malaysia) terus menyerang saya tanpa asas, saya tidak akan putus asa. Ia majlis komuniti yang kecil. Ini peluang untuk merapatkan hubungan dengan pengundi-pengundi saya,” kata beliau.
Bagaimanapun pengerusi jawatankuasa surau Azemi Ahmad berkata, Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan Selangor ketika mengunjungi surau tersebut.
Hari ini Teo berkata, beliau dijemput oleh Masjid Taman Cheras Jaya untuk mengambil bahagian dalam senamrobik.
“Jika mereka merasakan okey bagi bukan Islam untuk hadir, mengapa mesti saya tutup pintu,” soal Teo lagi.
“Ia majlis dianjurkan oleh (pengurusan masjid), di pekarangan masjid,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.
Sehubungan itu kata Teo, beliau percaya tindakan Utusan Malaysia sedemikian akan menyebabkan jumlah pembacanya akan terus jatuh ekoran laporan-laporan yang tidak berasas dan bias.
“Kami mungkin hilang beberapa undi. Tetapi, saya percaya dalam jangka panjang, Utusan Malaysia akan hilang kredibiliti,” kata Teo.
“Ia akhbar bias yang sentiasa menyiarkan isu-isu perkauman dan agama,” katanya.
Teo yang baru-baru ini dipilih sebagai ahli jawatankuasa DAP Selangor juga memberitahu, ramai kalangan orang Melayu menyokong beliau ketika menjadi sasaran serangan berhubung isu lawatan ke surau Ogos lalu.
“Respons daripada orang ramai sangat bagus. Mereka menyambut saya dengan baik, saya merasakan saya melakukan yang terbaik,” katanya.
Kit Siang: Lantikan SUK langgar semangat perlembagaan Selangor
Penasihat DAP menyangkal hujah pegawai Istana Selangor bahawa tiada peruntukan yang mengatakan persetujuan Menteri Besar mesti diperlukan apabila pelantikan seumpama itu dibuat.
Justeru kata Lim (gambar), hujah-hujah sedemikian “sangat lemah dan tidak boleh diterima.”
Dari segi tafsiran literal, kata beliau, Putrajaya tidak harus melibatkan Sultan dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri memandangkan tidak ada peruntukan dalam perlembagaan negeri yang mengatakan Sultan mesti dipersembahkan mengenai pelantikan ataupun sebarang perkenan diraja diperlukan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, meskipun tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri Selangor mengenai peranan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan sewajarnya perlu “amat berhati-hati” dalam melantik “pegawai yang sangat tidak popular” untuk berkhidmat sebagai pegawai tertinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.
“Ketua Setiausaha Negara yang diberikan tanggungjawab perlembagaan untuk membuat pelantikan ini, seharusnya memikirkan bahawa perikatan yang berbeza memerintah kerajaan negeri persekutuan dan Selangor dan (oleh itu) penting untuk memastikan penyandang jawatan boleh bekerja sebagai penghubung ataupun sekurang-kurangnya tidak dilihat sebagai mudarat kepada kepentingan kerajaan negeri Selangor dan begitulah sebaliknya kepada kerajaan persekutuan,” kata Lim dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kata beliau, konvensyen perlembagaan agar diadakan perundingan dengan Menteri Besar berhubung soal pelantikan seharusnya diberi perhatian dengan mengambil kira hubungan persekutuan-kerajaan negeri yang sihat boleh terjejas dengan siri perkembangan seperti ini.
“Artikel 55 Perlembagaan Negeri Selangor mengenai Sultan bertindak atas nasihat menyediakan peruntukan bahawa Sultan seharusnya bertindak atas nasihat Majlis Eksekutif Negeri kecuali dalam keadaan-keadaan spesifik - dan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri bukan salah satu kes yang terkecuali di mana Sultan boleh bertindak berdasarkan budi bicara baginda.
“Sidek seharusnya membetulkan pelanggaran semangat ini,” kata beliau sambil menambah, Ketua Setiausaha Negara sewajarnya mengadakan perundingan bermakna dengan Menteri Besar dalam soal pelantikan ini dan mengelakkan krisis perlembagaan.
Semalam, kerajaan negeri Selangor menyangkal dakwaan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa ia lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, berkata tidak ada peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh masa tertentu.
Beliau berkata kerajaan negeri mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut pada 27 November lepas dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan.
Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan,” kata Faekah dalam satu kenyataan.
Kelmarin, Munir dilaporkan berkata Menteri Besar lewat menghantar senarai nama tiga calon yang disenarai pendek bagi mengisi kekosongan jawatan itu.
Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pelantikan Khusrin, yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.
MB Kedah: Pulau Tuba dibangun sebagai pusat ilmu
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata sehubungan itu sebuah sekolah tahfiz dan sains akan dibina di pulau tersebut.
Jabatan Agama Islam negeri dan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Kedah akan menyediakan kertas kerja yang akan dibentang kepada kerajaan negeri, katanya pada sidang media selepas lawatanya di sini semalam.
Azizan berkata sebuah pertubuhan telah bersetuju untuk mewakafkan sebidang tanah seluas 1.6 hektar bagi pembinaan sekolah itu.
Pembinaan sekolah ini juga adalah bagi memenuhi permintaan penduduk setempat, katanya.
Selain itu, Azizan berkata kerajaan negeri juga bercadang menaik taraf jeti di pulau tersebut selain menyediakan kemudahan chalet apabila sekolah berkenaan siap.
Selasa, 28 Disember 2010
Singapura lebih banyak manafaat melalui BN
Subky Latif |
APA yang tersirat di sebalik ingatan Menteri Perdagangan Antarabangsa tentang kewujudan DAP dalam Pakatan Rakyat betapa parti itu asalnya tajaan PAP yang memerintah Singapura? Adalah benar DAP itu asalnya PAP yang beroperasi di Semenanjung Malaysia semasa Singapura adalah satu wilayah Malaysia. Apakah PAP ada di semua wilayah Malaysia ketika itu tidak berbangkit sangat tetapi yang jelas Lee Kuan Yewlah Setiausaha Agung PAP baik di mana-mana saja. Tetapi selepas terpisah Singapura dari Malaysia tahun 1965, PAP telah menjadi DAP. Sudah 35 tahun ia tegak sendiri. Sekali pun ia ada sejak mula dengan Singapura, tetapi usaha menakutkan orang Malaysia dengan pengaruh dan ancaman PAP Singapura sudah jadi lali dan tidak menakjubkan lagi. Sama dengan ancaman komunis. Tidak siapa takut lagi dengan komunis. Bahkan Umno yang 100 peratus anti komunis ketika ISA digubal tahun 1960 dulu mengudang parti komunis dari banyak negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno sejak beberapa tahun lampau. Maka apa takjubnya memperingatkan tentang DAP tajaan Singapura dulu menjadi kerabat penting dalam Pakatan Rakyat? Saya tidak nampak apa takjubnya selain hendak menakutkan pengundi Melayu tentang bayang-bayang Lee KuanYew. Saya tidak bercadang untuk mengatakan apa eloknya DAP dan apa hikmatnya berkawan dengan DAP. Tetapi jika sekadar hendak menakutkan pengundi Melayu tentang Pakatan Rakyat, ia adalah tahun 60an dan70an. Modal itu telah tenggelam mengikut sejarah. Kalau hendak mengingatkan ia ancaman dari kaum Cina yang berpusat di Singapura, apakah meningatkan tentang Cina itu tidak mengetuk pintu hati rakyat Malaysia berketurunan Cina? Mungkin tujuannya untuk menggerunkan orang tentang Lee Kuan Yew. Tetapi ia boleh terbalik menjadikannya sebagai dewa dan ikon pula. Lee itu politiknya bersih. Tidak rasuah, anti penyelewengan, anti jenayah, seorang puritan iaitu tidak kaki betina, tidak merokok dan tidak alkoholik. Kalau Islam tahapnya takwa yang tinggi. Dia menjadi Cina yang dulunya suka berjudi, mengisap candu dan berbagai kepincangan lagi kepada Cina Singapura sebagai Cina contoh di dunia. Dari sebuah Singapura yang kacau bilau dijadikannya Singapura yang berjaya maju, negara dinamik dan pusat kewangan dan dagangan terpenting di Asia Tenggara. Mana Cina Malaysia yang tidak tertarik dengan pimpinan Cina yang seperti ini? Kalau ada orang Melayu cuba hendak menakutkan rakyat dengan bayang Lee Kuan Yew itu, saya bimbang ia akan bertambah pujaan Cina kepadanya. Bertambah tinggi ingin Cina berpemimpinkan Lee Kuan Yew dan orang-orang dipercayai Lee Kuan Yew. Jika kita ingatkan orang bahawa DAP itu parti yang dipasang oleh Lee Kuan Yew, apakah ia tidak mendorongkan Cina lebih tertarik kepada DAP kerana DAP mengembang politik dan cara kepimpinan Lee KuanYew. Mana orang Cina Malaysia tidak mahu Malaysia ditadbir seperti Singapura? Saya percaya ingatan Anggota Parlimen dari Jeli boleh menyebabkan lebih ramai pengundi Cina meninggalkan Barisan Nasional kerana pemimpin Cina dalam BN tak ada sedikit pun imbasan Kuan Yew. Tetapi dalam Pakatan ada DAP yang dikatakan berikonkan Lee Kuan Yew. Lee dan Singapura lebih berminatkan apa yang mereka boleh dapat dari Malaysia dari menjaga politik DAP dan Lim Kit Siang. Sekalipun ada sayangnya pada Kit Siang dan DAP, tetapi dia tahu kerajaan Malaysia di bawah Umno menyekat apa saja yang boleh menyenangkan DAP dan Kit Siang. Lee tahu dia tidak boleh lagi menguasai Malaysia seperti yang dibayangkannya ketika menyertai Malaysia dulu. Cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hancur. Dan peluang DAP untuk berkuasa tidak semudah yang disangka. Setelah 35 tahun wujud baru dapat berkuasa di Pulau Pinang. Ketika DAP mendapat kejayaan bersama Pakatan Rakyat tahun 2008, Lim Kit Siang sudah tua. Lee lagilah lebih tua. Untuk melihat DAP berkuasa di Malaysia, Lee Kuan Yew dan Lim Kit Siang mati dulu. Maka tidak banyak yang Lee boleh dapat dari memberi perhatian dan sokongan padu kepada DAP. Bahkan ia boleh mengurangkan peluang melabor dan melagang pembangunan Malaysia. Yang utama bagi Lew Kuan Yew ia mendapat sebanyak harta dan kekayaan dari bumi Malaysia. Penguasaan ekonomi adalah lebih menguntungkan Singapura dan penduduk Cina dari menjaga kepentingan politik DAP dan Kit Siang. Untuk menguasai Malaysia dan politiknya Lee tidak perlu datang melalui DAP tetapi ia sudah dapat banyak dari pelaburannya. Berapa banyak dia dapat dari pembangunan Iskandar Johor? Berapa banyak modalnya di Langkawi? Lebih senang dia masuk Malaysia melalui Khairy Jamaluddin, Muhyidin Yassin dan orang-orang yang disenangi Najib dan Rosmah. Apabila WikiLeaks menyebarkan petikan kata Lee Kuan Yew tentang Anwar Ibrahim, maka ia bukan sekadar menyusahkan Anwar dan Pakatan Rakyat. Ia menyusahkan DAP sekali dan pengundi DAP yang menyokong Anwar. Tidak benar Lee ke Malaysia melalui DAP saja. Selama ini ia dapat banyak dari kerajaan BN yang pantang melihat duit. |
Bekas pelajar bantah kemasukan pelajar perempuan
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Sekumpulan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (SMKAF), Kelantan, membantah kemasukan pelajar perempuan ke sekolah itu pada sesi persekolahan tahun hadapan. |
Pengakuan Isa, hanya mahu tutup rekod rasuah
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR: Pengakuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bahawa beliau tidak mempunyai sebarang impian peribadi dengan perlantikannya sebagai Pengerusi Felda yang baru, menimbulkan persoalan. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Mohd Isa tidak sepatutnya mengeluarkan pengakuan sebegitu, sebaliknya perlu tampil dengan kenyataan yang lebih berwibawa. |
FREE MALAYSIA TODAY