KUALA LUMPUR: Pengakuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bahawa beliau tidak mempunyai sebarang impian peribadi dengan perlantikannya sebagai Pengerusi Felda yang baru, menimbulkan persoalan. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Mohd Isa tidak sepatutnya mengeluarkan pengakuan sebegitu, sebaliknya perlu tampil dengan kenyataan yang lebih berwibawa.
"Pada hal pengakuan seperti itu bukanlah sesuatu yang penting kepada orang lain, melainkan bagi orang sepertinya yang sudah terpalit dengan rasuah sehingga pernah dikenakan tindakan berat oleh partinya sendiri," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, pelantikan Mohd Isa yang berkuatkuasa 1 Januari tahun hadapan dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuannya memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.
Mohd Isa, 61, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.
Mohd Isa pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail.
Beliau telah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun selepas disabitkan bersalah atas 5 daripada 9 pertuduhan.
Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.
Perbuatan rasuah itu telah dilakukan oleh Mohd Isa melalui agennya merangkap setiausaha politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan September tahun 2004.
Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Dzulkefly berkata, dengan rekod buruk Mohd Isa yang sebegitu rupa, beliau bukanlah orang yang selayaknya dilantik oleh kerajaan untuk mengetuai Felda.
Perlantikan Mohd Isa itu, katanya, diyakini akan lebih memburukkan lagi masalah rasuah di kalangan para pemimpin Umno BN yang kini sedang bermaharajela.
"Orang yang sepatutnya dilantik menjadi Pengerusi Felda adalah orang yang mempunyai idea besar, wawasan yang jauh untuk memperkembangkan lagi badan itu, di samping mempunyai rekod bersih. Tetapi jika diberikan kepada orang yang mempunyai rekod buruk, bolehkah beliau membuktikan pengakuannya itu?" soalnya.
Sedangkan katanya lagi, orang yang mempunyai rekod bersih seperti CEO Sime Darby, Tan Sri Ahmad Zubir yang tidak disangka-sangka boleh terlibat dengan lambaian rasuah pun turut diheret ke mahkamah kerana terbabit dengan rasuah berjumlah RM388 juta, apatah lagi orang seperti Mohd Isa yang telah terbukti mempunyai rekod buruk seperti itu.
"Dalam dunia pengurusan kewangan, orang seperti Mohd Isa sebenarnya sudah tiada tempatnya lagi. Jadi, perlantikan beliau tentunya menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada orang ramai," katanya. |
pemilihan pengerusi harus benar2 tepat dan biarlah calon tersebut benar2 layak.
BalasPadamapa yang penting adalah selepas ini felda akan menjadi lebih maju dan berdaya saing.
BalasPadamharap felda akan dapat melaksanakan peranannya seperti yang diharapkan oelh semua pihak.
BalasPadamkena pastikan FELDA terus maju dan membangun.
BalasPadamhai..kenapalah manusia ni...sudah kaya nak kaya lagi. sehingga sanggup ambil rasuah dan...fikirkanlah orang-orang miskin dan papa kedana yang amat memerlukan sokongan anda untuk teruskan hidup?
BalasPadamcuma adakah Isa benar telah dibuktikan terbabit rasuah? atau setakat fitnah untuk menjejaskan nama beliau?
BalasPadamspekulasi felda bankrap tu ada kaitan dengan pelantikan Isa sebagai pengerusi FELDA baru? entahlah..
BalasPadamIni memang akan memberikan ramai orang pandangan yang pelik. Saya harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini sebelum menentukan perkara ini dengan senang sahaja.
BalasPadamLets just hope Isa can do a good job in Felda after this.
BalasPadam"sebaliknya perlu tampil dengan kenyataan yang lebih berwibawa."
BalasPadamjadi apa kenyataan yang lebih berwibawa? menolak pelantikkan? dikalangan pemimpin2 PAS juga tidak ada yang berwibawa. mungkin Dr Dzulkefly cemburu kerana tidak berpeluang menjadi pengerusi syarikat2 besar seperti Isa...
Jangan lihat hanya keburukan yang ada pada diri seseorang itu sahaja, kita kena lihat dalaman dan kebaikkan dalam diri seseorang itu, kadang2 kebaiikan seseorang itu melebihi kesalahan yang pernah beliau lakukan.
BalasPadamApapun kita mengharapkan pelantikkan beliau ini akan dapat membersihkan nama baik beliau.
BalasPadamJika pun betuk pengakuan isa hanya mahu menutup rekod rasuahnya, itu terpulang kepada beliau. Yang akan menjadi isu di sini, adakah beliau dapat memikul tanggungjawab yang telah diberikan kepada beliau?
BalasPadam