BERNAMA
KOTA BARU — Kerajaan Kelantan akan memperkenalkan program perkahwinan perdana peringkat negeri melibatkan pasangan remaja bagi mengatasi masalah perceraian yang kadarnya agak tinggi di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata program pertama yang dijangka dilancarkan tahun depan akan melibatkan 100 pasangan.
Beliau jjuga berkata kerajaan negeri akan meneruskan program membantu lelaki miskin yang ingin mendirikan rumah tangga dengan memberi bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan mengikut kadar yang ditetapkan.
“Kerajaan juga sentiasa mengadakan pelbagai kursus penghayatan keluarga bahagia bagi memantapkan lagi hubungan kekeluargaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.