Tahun 2010 memang sarat sarat dengan pelbagai isu semasa yang berbangkit terutamanya apabila ianya melibatkan kepentingan rakyat Malaysia sendiri. Kalau nak dikira balik, boleh tahan juga bilangannya, sampaikan tak tersenarai kami. Kami hanya senaraikan yang utama sahaja. Mungkin ada yang terlepas pandang, anda pun boleh tambah di bawah nanti. Kalau dahulu, nak tahu sebarang berita samada dari televisyen atau akhbar yang jadi saluran untuk rakyat mendapatkan maklumat. Itu dahulu…….
Sekarang? Dunia sudah berubah, kebanyakan rakyat Malaysia dah beralih arah kepada media-media mainstream. Samada betul atau tidak, biarlah pembaca yang membuat keputusan. Yang penting jangan disekat-disekat maklumat kepada rakyat Malaysia. Dengan perubahan sebegini, akhirnya rakyat sudah ada pilihan dan mampu membuat analisis sebelum menerima bulat-bulat sebarang isu semasa yang berlaku dan berbangkit sepanjang 2010.
Rakyat Malaysia sekarang pun sudah semakin bijak belaka, terbuka, pemikiran mereka tidak mahu “dikongkong” dan dalam pada masa yang sama mereka berusaha keluar daripada kepompong biasa, tidak perlu disekat sebarang maklumat kepada mereka. Okey, cukuplah kami membebal sebagai mukadimahnya. Antara 10 isu semasa 2010 yang sempat kami kupas antaranya ialah :
Isu Semasa #1 : Isu melibatkan Kalimah Allah
Satu dunia sudah tahu mengenai isu semasa ini mengenai isu kalimah Allah yang menjadi perdebatan hebat pada awal tahun yang lalu. Semuanya bermula apabila Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan kalimah Allah terhadap penerbitan dalam Bahasa Malaysia bagi akhbar mingguan Herald Katolik 31 Disember 2007.
Isu Semasa #2 : Krisis Istana Kelantan
Sekitar pertengahan bulan tahun lepas, negara dihangatkan dengan isu semasa berkaitan dengan krisis yang berlaku “dalam istana Kelantan”. Setiap perkembangan yang berlaku melibatkan Istana Kelantan mendapat perhatian rakyat Malaysia mengikuti perkembangan krisis yang berlaku pada masa itu kerana ia melibatkan tampuk pemerintahan seterusnya seterusnya diangkat sebagai Sultan Kelantan yang baru
Isu Semasa #3 : Isu APCO Worldwide
Sejak APCO Worldwide memainkan peranan dalam kerajaan Malaysia, pelbagai kontroversi timbul. Perjanjian kerajaan bersama APCO juga telah dilanjutkan pada pertengahan tahun 2010. Yang pembangkang mendakwa 1Malaysia ada hubungkait dengan APCO Worldwide dan juga One Israel. Manakala pihak kerajaan telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan mengatakan pembangkang berniat jahat terhadap kerajaan. Isu semasa ini sedang hangat diperkatakan dan masih belum menemui jalan penghujungnya.
Isu Semasa #4 : Isu Krisis FELDA
Tahun 2010, merupakan tahun kebangkitan peneroka FELDA dengan pelbagai saman dan tuntutan yang dihantar kepada FELDA ditambah dengan laporan mendakwa rizab runai Felda menjunam daripada RM4.08 billion pada 2004 kepada hanya RM1.35 billion
Isu Semasa #5 : Isu Serangan Mavi Marmara
Rentetan serangan komando Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa 19 rakyat Malaysia dalam misi bantuan ke Semenanjung Gaza. Isu semasa melibatkan serangan kejam lagi zalim komando Israel mendapat perhatian dunia apabila kapal ini diserangan sekumpulan komando Israel awal pagi waktu Malaysia 31 Mei 2010.
Isu Semasa #6 : Isu Pemberian 2 Blok Minyak kepada Brunei
Di saat pada masa itu Malaysia dikejutkan dengan kenyataan Menteri yang mana Malaysia bakal bankrap pada tahun 2019, rakyat Malaysia mendapat satu lagi perkhabaran buruk apabila Malaysia “dengan rela hati memberikan 2 blok minyak yang bernilai RM320 billion kepada Brunei. “Baiknya Malaysia, untungnya Brunei”
Isu Semasa #7 : Isu Indonesia VS Malaysia
Episod pertelingkahan rakyat Indonesia yang pendek akal dengan VS Malaysia tak pernah berkesudahan. Bagi kami sebenarnya hubungan Malaysia dengan Indonesa agak akrab cuma disebabkan segelintir penduduk Indonesia yang mencapai ratusan juta termakan dengan “hasutan” dan permainan media Indonesia sehinggakan timbul rasa benci kepada Malaysia telah menjadikan suasanan menjadi haru-biru. Isu ini bemrula apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.
Isu Semasa #8 : (Bongkar) Laporan Ketua Audit Negara Dedah Hutang Malaysia RM 362 Bilion!
Laporan Ketua Audit Negara membongkar segala masalah yang berlaku di dalam Malaysia. Dan kali ini, Tan Sri Ambrin Buang membuat kenyataan bahawa hutang sebenar negara adalah RM 362.39 bilion! Jauh dari kenyataan Perdana Menteri semasa ucapan Bajet 2011 tempohari iaitu RM 233.92 bilion.
Isu Semasa #9 : Isu Tanah KTMB Malaysia VS Singapore
Sejarah telah membuktikan kita banyak “dibuli” oleh negara jiran. Daripada perjanjian air sehinggalah terlepas Pulau Batu Putih kepada Singapura sedangkan itu hak Malaysia. Sekarang ini isu tanah KTMB di Singapura pula menjadi “perhitungan” di antara Malaysia Singapura.
Isu Semasa #10 : Menara Warisan 100 Tingkat Pemangkin Ekonomi Malaysia?
Menara Warisan,dengan ketinggian 100 tingkat merupakan satu lagi projek mega negara yang baru sahaja dibentangkan di dalam Bajet Belanjawan 2011 tempoh hari. Projek mega bersepadu yang bernilai RM 5 Billion itu akan dibina bersebelahan Stadium Negara dan Stadium Merdeka itu akan dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan dijangka siap pada tahun 2015 nanti.
Isu Semasa #11 : Peningkatan Harga 5 Dalam 1
Macam-macam usaha yang kerajaan lakukan untuk mengurangkan subsidi kerajaan yang semakin meningkat. Pada 15 Julai 2010, kerajaan mengumumkan kenaikan harga 5 barang termasuk minyak ron 95 & 97, diesel, gula dan gas
Isu Semasa #12 : Isu Iklan Raya TV3
Nampaknya iklan raya TV3 semasa sambutan raya sebelum ini yang telah dikaitkan dengan illuminati/freemason telah menimbulkan bantahan sebilangan besar rakyat Malaysia
Isu Semasa #13 : Projek Pusara Negara Peruntukan RM 70 Juta
Rasanya ramai di antara anda dah tahu pasal projek Pusara Negara yang diletakkan bersebelahan dengan Tugu Negara. Dan kos peruntukan yang diberikan untuk projek ini adalah sebanyak RM 70 juta.
P/S : Anda juga dijemput semak koleksi artikel Berita Semasa sepanjang tahun 2010. Kalau nak diikutkan banyak lagi isu semasa yang sempat diulas oleh kami sebelum ini
PP/S : Mana satu isu semasa yang menjadi pilihan anda sepanjang tahun 2010? Kalau ada di antara isu semasa lain yang tidak dimasukkan dalam artikel ini boleh kongsikan di ruangan komen bawah
Isu Semasa Tahun 2010 Pilihan Anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan