Halaman

Ahad, 2 Januari 2011

Lagi Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Tanda

KELAB GREENBOC

B
ayi Baru Lahir Ditemui Lemas Dalam Tandas

SERIAN -- Seorang pencuci tandas di Hospital Serian di sini menjumpai mayat seorang bayi perempuan dalam sebuah tangki simburan tandas kira-kira jam 5.00 petang, Sabtu. Gambar fail

Pekerja terbabit Masitah Laden berkata bayi tersebut yang beratnya sekitar satu kilogram dan cukup sifatnya dipercayai baru saja dilahirkan berdasarkan kepada keadaan tali pusatnya.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Jemali Umi yang mengesahkan laporan tersebut berkata polis telahpun menghantar mayat bayi terbabit ke Hospital Umum Kuching untuk bedah siasat.

Beliau berkata polis masih menyiasat kes tersebut dan setakat ini belum ada sebarang suspek ditahan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu diminta tampil membuat laporan di balai polis berdekatan. -- BERNAMA

Polis buru suspek buang mayat bayi

BACHOK - Polis sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes pembuangan mayat seorang bayi perempuan di tapak pelupusan sampah di Beris Lalang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Yahya Salleh berkata, pihaknya percaya suspek dari Kota Baharu berdasarkan siasatan daripada keterangan beberapa saksi kejadian.

“Siasatan awal kita mendapati mayat berkenaan dijumpai bersama longgokan sampah yang dibuang lori dari Majlis Daerah Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) ke tapak pelupusan sampah di sini, justeru kita percaya perkara itu dilakukan individu di daerah berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Yahya turut tidak menolak kemungkinan suspek terlibat mungkin juga dari daerah-daerah lain yang cuba membawa mayat berkenaan lebih jauh dari kawasan kediaman mereka. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.