DARI -http://annasru.wordpress.com |
Itulah kesimpulan yang tak bermakna boleh saya gambarkan ketika berada dalam stadium sewaktu menguruskan sukarelawan Konsert Wali Band. Terlintas dalam hati saya mujurlah aku tidak pernah teruja untuk bawa anak isteri saya ke program seperti ini, walupun anak-anak saya juga fasih dengan lagu-lagu Wali Band. Saya pun kadang-kadang pelik juga di mana mereka dengar sedang saya tiada pun koleksi lagu Wali Band. Kereta saya tiada radio! Oh! Telefon Umi mereka agaknya! Kelantan di bawah PAS sekali lagi memecah tradisi 20 tahun pemerintahannya membawa datang sebuah band yang dikategorikan sebagai band rock. Satu langkah yang berani dan bisa mengundang kontroversi. Ternyata kedengaran suara-suara bingit kontra dari dalam dan luar. Itu sudah menjadi lumrah. Pemikiran kita tidak semestinya sentiasa sehaluan dan sealiran. Pandangan yang berbeza itu kadang-kadang menghasilkan suatu natijah yang baik, berhikmah dan keputusan yang berkat. Sungguh! Saya katakan bahawa ketika zaman kanak-kanak saya, kehidupan saya adalah di rumah. Saya seperti dikawal ketat oleh ibu saya walau pun saya selalu ikut ma dan ayah berniaga di dua permis perniagaan mereka. Kehidupan saya boleh dikatakan berlegar di rumah kecuali ketika tengok bola. Selalunya saya bersama ayah ke Stadium Sultan Mohamad Ke IV. Jarang-jarang sekali, saya akan berjalan kaki dengan rakan-rakan ke stadium ikut jalan short cut melalui Raja Dewa, tembus ke Jalan Sultan Yahya Petra, langsung sampai stadium. Saya nak beritahu bahawa berjalan kaki dari rumah ke stadium sampai. Kalau sekarang bayar sekali pun saya tak buat. Huhu.. Stadium tentu sahaja tidak putus-putus dengan acara dan keramian. Walau pun begitu ia seperti tidak menarik perhatian saya kecuali bola. Sebutlah apa sahaja konsert, hati saya tidak sekuat tarikan untuk tengok bola yang mana abang saya adalah sayap kiri skuad Kijang ketika itu. Kalau saya katakan tidak pernah tengok konsert mungkin saya berbohong kerana zaman Umno Barisan Nasional memerintah program maksiat seperti itu berleluasa. Tapi ia boleh dibilang dengan jari bila ada kalangan ahli keluarga (bukan adik beradik) saya yang bawa saya ke stadium. Sengoti! ketika itu, tiap kali berada dalam program yang agak bingit-bingitan, saya akan mendongak ke langit! Apa berlaku kalau Tuhan turunkan tanda-tanda pengajarannya ketika itu!!? Cuma suasana ketika dianjur oleh Umno dan PAS yang sangat berbeza. Apa yang boleh saya katakan jika dengan cara dan sistem keselamatan seperti hari ini dikendali oleh Umno, mahu hancur lebur Stadium Sultam Mohamad ke IV! Tetapi malam semalam suasana tetap terkawal walaupun hanya pagar musang yang dipasang 100 meter dari stage. Dulu, kawan-kawan sekampung pergi pun saya tidak join. Mungkin mereka juga rasa segan untuk ajak saya kerana walaupun saya berseluar jeans (rock la tu) sewaktu di Maahad Muhamadi, tetapi rakan-rakan sudah memanggil saya ustaz! Ustaz rock! Huhu… Namun hari ini siapa sangka, saya bukan sahaja sering berada dalam program konsert di stadium, malah saya dilibatkan sebagai urusetia kerana saya berkhidmat dalam kerajaan. Bawah exco kebudayaan pula. Soalan.. Adakah ustaz tidak layak mengurus budaya? Owh! Tok Guru minta ustaz pun berdikir barat! Bila berbicara dengan rakan-rakan sering saya luahkan “kalau tidak kerana tugas dan kerja, mungkin saya tak datang!” Saya ingin menzahirkan bahawa saya tidak biasa sangat dengan majlis seperti ini walaupun zaman remaja saya, boleh berkira juga lagu –lagu rock saya ingat. Tapi bukanlah yang bingit-bingit sangat! Huah! Wali Band! Itulah yang masih bingit diperkatakan. Kumpulan tersohor dari Seberang yang dikatakan membawa unsur-unsur dakwah dan nasihat dalam lirik lagu mereka. Muzik tetap bingit, bingit bangat! Tapi liriknya ada yang positif. Ada kritik dari band bingit lain yang mengatakan Wali Band hipokrit. Saya bukan hendak bincangkan itu. Menyorot pengalaman saya berada dalam Konsert Jom Heboh di Kota Bharu awal tahun lalu. Saya bukan sekadar hadir kerana tugas, tetapi saya melihat bagaimana ragam dan reaksi anak muda yang sememangnya fanatik dengan muzik bingit. Antara artis yang diundang Raihan, Lan Typewritter, Jamal dan Jay jay. Saya melihat bagaimana reaksi berbeza remaja yang gilakan muzik itu apabila aliran muzik aliran pop dan rock bingit dipersembahkan dan aliran nasyid mengambil tempat di pentas. Bila sahaja Raihan mengambil tempat di pentas mereka mula mengundur, duduk, bercakap-cakap, isyarat tidak minat dengan aliran itu. Tetapi apabila sahaja Lan keluar, mereka kembali merapat. Nasyid sebenarnya punya kumpulan peminat tersendiri. Selalunya pelajar aliran agama dan pelajar IPT. Nasyid hanya menjadi hiburan aliran perdana di saat kemunculan awal Raihan. Selepas itu ia kembali menjadi milik kelompok tersendiri. Taksub nasyid pun wujud. Makan nasyid, tidur nasyid, bangun nasyid. Dalam bilik air pun bernasyid. Apa jaminan bahawa nasyid tidak membawa kelekaan! Nasyid tak bingitkah? Tak kut! Hehe.. Soalnya adakah suatu yang terlalu negatif apabila kumpulan rock seperti Wali Band diundang ke Kelantan. Saya bukan bermaksud untuk mempertahankan, atas dasar kerana saya berada dalam kerajaan. Kita bincangkan atas asas bahawa bagaimana kelak situasi kita bila Putrajaya menjadi milik kita dalam suasana politik, sosial, pemikiran rakyat dan sebagainya yang telah dirosakkan oleh Umno dan Barisan Nasional. Program malam itu adalah anjuran sebuah konsultant sebagai memberi sokongan usaha pihak Cakna Palestin yang mengadakan program mereka. Kerajaan dilibatkan sebagai pihak yang bekerjasama. Yalah, apabila dilibatkan kerajaan, maka banyak perkara yang melibatkan kerajaan menjadi mudah. Tempat, pelbagai kemudahan, bajet lebih kurang dan sebagainya. Berbalik kepada persoalan waqi’e dakwah. Kenapa Datuk Seri Ustaz Azizan yang menerajui kerajaan PAS Kedah tidak menutup semua kedai arak terutama di Langkawi yang bukan setakat merata, bahkan berlambak wak. Adakah Tuan Guru itu tidak patuh pada ajaran syariat yang tidak ada kompromi lansung tentang haramnya arak. Kerja jaga di kedai arak pun haram, apatah lagi menjadi cashernya. Tidak lain kerana berhikmah dalam berdakwah. Bukan mudah untuk membenteras 1001 tahi-tahi kemungkaran yang ditinggalkan oleh pemerintah sebelumnya. Saya bersependapat dengan sahabat guru saya, Ustaz Nik Abduh lewat pertanyaan saya kepadanya, bagaimana kedudukan seni seperti ini kelak bila Islam yang memerintah. Ringkas sahaja beliau menjawab “dengan sendiri rakyat tak akan mahu..” Ternyata 20 tahun PAS memerintah Kelantan, masyarakat yang tidak mahukan program seperti konsert wujud tetapi masa seiring dengan itu lahir remaja yang hidup dalam dunia yang direka oleh Yahudi. Muzik adalah kegilaan remaja yang sukar dibendung. Apabila kita memerintah adakah dalam tempoh 24 jam kita akan mengharamkan terus muzik? Buat masa ini saya tidak fikir begitu. Remaja perlu dilayan mengikut citra mereka, tanpa membiarkan mereka hanyut tanpa kawalan. Kita di Kelantan memperkenalkan Enakmen Kawal Hiburan tanpa menyekatnya. Kawal, bukan sekat. Jika enakmen tidak dipatuhi, maka ia tidak dibenarkan. Itu adalah usaha kita. Namun buat masa ini, sebagai jalan dan cara untuk kita mencari puncak kemenangan, kita perlu memenangi hati dan citarasa masyarakat yang pelbagai. Asasnya Islam bukan agama regid sebagaimana yang digambar oleh barat. Walaupun tidak rigid tetapi bukan bermakna kita boleh bermudah-mudah. Dasar tetap menjadi dasar yang perlu dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir. Prinsip dan methodogi yang boleh berubah mengikut masa dan keadaan. Cukup mudahkah kita ingain mendakwah remaja untuk join program kita seperti memetik jari? Jom gi masjid, jom dengar nasyid, mari pergi ceramah, jom join usrah! Begitu mudah sekali? Malangnya kita hanya tahu mengkritik, menghentam dan memberi komen yang emosional tanpa menghulur tangan untuk bersama menanganinya. Lagi malang memerhati dari jauh, kemudian menunggu peluang untuk menghentam dan terus menghentam. Bila diajak untuk berdakwah, paling kurang edar risalah seperti yang dilakukan oleh Sukarelawan malam itu pun, masing-masing mula bergeliat. Baik minum air di kedai katanya, atau main futsal lagi menyihatkan badan sendiri. Sendiri!!. Biarlah puak-puak itu punah dengan kepunahan akhlak mereka. Tetapi sungguh! Semalam hati saya agar berdebar. Bukan berdebar kerana muzik bingit yang bisa mencopot jantung saya, tetapi terkilan dengan pihak pengurus konsert, Anjung Tulus yang tidak secukupnya tulus. Kerajaan positif bila mereka juga tidak bersetuju jika ada countdown. Katanya mengapa harus mengikut budaya barat. Saya mungkin boleh berkompromi dengan muzik bingit Wali Band tetapi tidak dengan pihak yang gagal mematuhi enakmen kawalan hiburan. Atas kertas panganjur bersetuju membuat halangan pemisah antara penonton, tetapi mereka hanya membuat halangan antara pentas dan penonton. Ternyata mereka hanya jaga Wali Band dan tidak jaga pengasingan penonton. Alasan mereka pihak stadium yang mensyaratkan saat akhir padang tidak boleh dipijak tidak boleh diterima. Padanlah muka mereka rugi kerana jualan tiket yang lembab. RM 20 besar bagi orang Kelantan besar. Lebih mahal dari tiket bola kata bos saya. Yang jadi mangsa Sukarelawan. “ aku beli tiket mahal-mahal duduk jauh.” “ Ikut kawe nok duk mano pun.” Itu pula herdikan mereka bila Sukarelawan menegur tempat duduk. Itu orang lain tak rasa kecuali Sukarelawan kami. Khabarnya selepas ini Maher Zain pula akan datang. Pastinya saya juga akan terlibat walaupun sekadar jong gi mari gi mari. Bos saya adalah orang yang bertanggungjawab akan membawa Maher Zain. Saya cukup yakin dengan cara dan pengurusan bos saya. Walau pun saya juga minat lirik lagu Maher Zain, tetapi kalaulah majlis ini diserahkan kepada pihak yang tidak cakna dan tak menghayati aspirasi pihak kerajaan, saya rasa tak payahlah dianjurkan, walaupun Maher Zain dikategorikan sebagai penasyid. Nasyid yang pastinya bingit cara nasyid! |
HALAMAN SANTAI
Ahad, 2 Januari 2011
Muzik bingit jadi kegilaan remaja! Gila!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan