Halaman

Ahad, 20 Februari 2011

Awang Adek: Pemilik, pewaris tak tuntut keuntungan RM4 bilion

BERNAMA

BACHOK — Sejumlah RM4 bilion hasil keuntungan yang diperoleh daripada simpanan di institusi-institusi kewangan dan dana persaraan di negara ini masih tidak dituntut pemilik dan waris, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau percaya sebilangan besar daripada mereka tidak mengetahui adanya wang tersebut, yang antaranya diperoleh daripada keuntungan wang simpanan individu di bank-bank konvensional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya wang yang tidak dituntut itu kini disimpan Akauntan Bank Negara Malaysia (BNM) dan beliau berharap pihak terbabit membuat semakan di cawangan-cawangan BNM berdekatan untuk mendapatkan kembali wang itu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah kepada 83 penduduk di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) kelolaan Risda di Kampung Lati, di sini hari ini, beliau berkata pemilik atau pewaris perlu mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan untuk dipertimbangkan bagi membuat tuntutan wang tersebut.

“Jika didapati wang itu masih lagi tidak dituntut dalam tempoh tertentu kerajaan mungkin akan meminjamnya bagi tujuan pembangunan bagi faedah rakyat,” katanya.

Mengenai PBR, Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata Umno Kelantan berharap kerajaan pusat sekurang-kurangnya dapat mengekalkan peruntukan RM18 juta sebagaimana yang diluluskan kepada Risda Kelantan sepanjang tahun lepas.

13 ulasan:

  1. Sepatutnya pemilik ataupun pewaris diminta untuk datang meuntut keuntungan tersebut dengan membawa dokumen yang diperlukan.

    BalasPadam
  2. para pewaris perlulah menuntuk keuntungan tersebut dan kena pastikan mereka adalah pewaris yang sah dan benar2 layak untuk membuat tuntutan.

    BalasPadam
  3. wang yng belum dituntut tersebut terlalu byk. sesiapa yang layak menuntuk perlu menuntut segera. itu adalah hak mereka.

    BalasPadam
  4. pemilik dan pewaris perlulah menuntut wang mereka. itu adalah hak mereka.

    BalasPadam
  5. Diharapkan mereka yang belum tuntut keuntungan segera menuntut keuntungan tersebut.

    BalasPadam
  6. Kalau betul pemilik tak tahu, sepatutnya mereka dikhabarkan akan perkara ini supaya mereka tahu dan membuat tuntutan segera.

    BalasPadam
  7. Pihak yang menyimpan wang ini harus berusaha cari jalan untuk kesan pemilik dan pastikan penerimanya adalah pemilik yang sah.

    BalasPadam
  8. Kepada orang ramai buatlah semakan segera. Manalah tahu ada nama tersenarai. hehe

    BalasPadam
  9. Kalau masih tak dituntut utk sekian lama, rasanya tak salahjuga jika kerajaan meminjamnya bagi tujuan pembangunan.. Lagipun semuanya utk faedah rakyat juga.

    BalasPadam
  10. sebelum ini KWSP telah memperkenalkan carian maklumat secara online melalui laman web myEPF sebagai usaha untuk mengesan ahli yang berusia 75 tahun dan ke atas atau waris terdekat yang masih belum menuntut baki simpanan KWSP mereka. adakah inisiatif ini tidak berkesan?

    BalasPadam
  11. Tuntutlah sekiranya itulah hak anda.

    BalasPadam
  12. Bnyknya. Kpd waris tuntut la dgn segera.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.