Halaman

Ahad, 6 Februari 2011

Kerajaan Najib tidak mahu ambil pengajaran dari krisis Mesir?

WarkahDaily

Ramai pemimpin yang menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur. Boleh dikatakan rakyat seluruh negara yang cintakan kepimpinan yang bersih bangun mengutuk pemimpin diktator Mesir yang banyak mengorbankan nyawa ulamak dan pemimpin Ikhwan Muslimin negara berkenaan.

Di Malaysia semalam, satu serahan memorandum kepada kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah negara itu mengambil kesempatan untuk campurtangan kemelut yang berlaku di Mesir.

Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Namun, perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan padu terhadap rakyat Mesir yang mahukan kerajaan yang bersih di negara mereka telah mendapat isyarat tidak bagus dari kerajaan Malaysia.

Bukan sahaja tidak mendapat isyarat positif daripada kerajaan yang dipimpin Najib, tiada kutukan daripada pihak BN yang turut menunjukkan sokongan kepada rakyat Mesir, bahkan dalam perhimpunan semalam, berlakunya tangkapan dan semburan water canon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Menurut laporan Harakahdaily, beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Jelas, kerajaan BN tidak mahu mengambil satu pengajaran berguna dari kejadian yang berlaku di Mesir, padahal apa yang dialami di negara ini pun taklah jauh bezanya.

Mungkin kerajaan BN pun perlu kepada pengajaran dari rakyatnya sendiri yang masih degil untuk mengutamakan rakyat sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.