IPOH — Pencapaian ekonomi Malaysia tidak boleh diukur dengan membuat perbandingan pencapaian ekonomi negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata negara jiran seperti Singapura mampu mencapai peratusan yang lebih tinggi kerana mereka hanya menumpukan kepada peningkatan nilai rantaian ekonomi selain jumlah penduduknya yang kecil dalam lingkungan tiga juta orang.
“Struktur ekonomi Singapura berbeza kerana tumpuan pembangunan dapat dilakukan sepenuhnya kerana ia adalah sebuah negara bandar dan kerana itulah pencapaian mereka lebih tinggi iaitu pada 12 peratus.
“Kita harus sedar pencapaian ekonomi Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan negara-negara jiran ini kerana kedua-duanya mempunyai struktur berbeza,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah pintu gerbang Kampung Baru Tanah Hitam, Chemor di sini hari ini.
Ahmad Husni berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pembangkang yang menyifatkan pencapaian ekonomi Malaysia rendah berbanding negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, menunjukkan negara ini telah kehilangan daya saing.
Berbeza dengan Singapura, kata Ahmad Husni fokus pembangunan Malaysia tidak hanya tertumpu kepada bandar tetapi meliputi kawasan luar bandar.
Dalam konteks Indonesia, katanya negara itu mempunyai struktur ekonomi berbeza memandangkan ia mempunyai bilangan penduduk yang ramai seperti China dan India.
Katanya ketika krisis ekonomi melanda Amerika Syarikat dan Eropah, negara-negara berpopulasi tinggi seumpama itu tidak langsung terjejas kerana penduduk mereka sendiri berupaya menjadi pasaran kepada produk tempatan.
Katanya Malaysia menerima tempias krisis ekonomi dunia kerana eksport negara bergantung kepada pasaran antarabangsa disebabkan negara ini adalah antara 20 negara terbesar dalam industri perdagangan.
Bandingkanlah dengan prestasi negara sendiri sebelum ini dan bukan dibandingkan dengan negara yang lain.
BalasPadamtak perlulah nak banding dgn negara lain. lebih baik tumpukan perhatian untuk membangunkan ekonomi negara.
BalasPadamThere's no need to compare to other country.
BalasPadammembanding untuk merendahkan negara sendiri adalah tak baik, seharusnya menjadi kemajuan negara lain sebagai contoh untuk kita lebih maju dan berdaya saing.
BalasPadamsetiap negara mempunyai struktur ekonomi yang berbeza. lebih baik jika kita fokus terhadap membangunkan ekonomi negara agar pencapaian ekonomi negara menjadi lebih baik lagi.
BalasPadambanding dengan negara lain untuk berusaha ke arah yang lebih baik tu OK, tapi agak2 jugalah. hehe
BalasPadamJangan terlebih pula hingga terlupa kemampuan eko negara sendiri.
BalasPadamNamun ada baikknya jika tumpuan diberikan ke arah bagaimana nak mempertingkatkan lagi ekonomi negara dan bukannya sebaliknya.
BalasPadamTak dinafikan negar kita masih mempunya kelemahan, namun saya yakin suatu masa nanti ekonomi Malaysia pasti berkembang pesat.
BalasPadamapapun, sama2lah kita mengharapkan yang terbaik untuk Malaysia.
BalasPadamperbandingan itu penting supaya kita tahu setakat mana tahap ekonomi kita berbanding dengan negara2 lain. untuk terus maju setanding dengan negara2 lain, kita tidak perlu beralasan untuk menutup setiap kelemahan kita. banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi prestasi ekonomi negara selain dari alasan2 yang dikemukakan dalam artikel ini.
BalasPadamkerajaan perlu mengkaji kelemahan2 yang wujud dalam negara sebelum menyalahkan faktor luaran seperti sektor perkilangan Malaysia yang kian hilang daya saing, pengurusan fiskal dan kewangan negara yang jauh kurang cekap berbanding Indonesia dan Singapura, kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projek mega, perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara, mengenai FDI dimana Malaysia hanya memperoleh USD7 bilion, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat USD37.4 bilion manakala Indonesia USD12.8 bilion, iaitu kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Singapura.
BalasPadamItu sudah pasti. Singapura yang mempunyai kawasan kecil mudah untuk mengurus kawasan mereka yang jauh berbanding dengan Malaysia. Maka jangan ukur tanpa memikirkan kelebihan dan kekurangan sesuatu tempat..
BalasPadamMalaysia akan berkembang maju sejajar dengan peredaran masa dan zaman.
BalasPadam