Pembangunan yang dirancang BN boleh memacu pertumbuhan sosial dan ekonomi rakyat.
MIRI: Projek pembangunan yang dirancang kerajaan negeri tidak sehebat pelan 100 hari yang dicanang pihak pembangkang, tetapi diyakini membawa Sarawak ke tahap status negeri maju menjelang sepuluh tahun akan datang.
Ketua Menteri Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata, pembangunan Barisan Nasional (BN) dirancang secara teliti disamping memberi keutamaan kepada projek pembangunan yang boleh memacu pertumbuhan sosial dan ekonomi rakyat.
Beliau berkata, janji itu mungkin tidak sehebat pelan 100 hari yang dicanang pihak pembangkang, namun ia sasaran yang realisitik berdasarkan prestasi semasa.
“Pembangkang yang membuat janji itu adalah mereka yang tidak tahu apa-apa tentang pembangunan,” kata Taib di majlis makan malam Tahun Baru Cina (TBC) Persatuan Cina Bersekutu (PCB) Bahagian Miri.
Taib berkata, segala kriteria yang boleh menjadikan Sarawak sebagai negeri maju dan antara yang terkaya sudah ada, cuma perlu diperhebat dan diekploit sepenuhnya.
“Kita cuma perlu bersedia menerima semua impak pembangunan yang dicetuskan oleh Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak
(SCORE), seperti peluang pekerjaan, perniagaan dan permintaan perkhidmatan yang meningkat dengan pertambahan populasi,” tegas Taib.
Katanya, kerancakan pembangunan SCORE seperti pemilihan Samalaju sebagai pusat industri berat akan menyokong pertumbuhan aktiviti hijau di Miri yang berada di landasan tepat sebagai penyedia produk tenaga hijau, pelancongan berteraskan alam sekitar dan rekreasi, selain menjadi pusat perubatan dan pendidikan popular di Asia.
Ini akan dirancakkan lagi dengan projek pembangunan di daerah-daerah kecil yang lain di seluruh Sarawak, yang juga bakal menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebagai hub penerbangan serantau ekoran kerjasama yang dijanjikan oleh syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.
“Semua yang kita perlukan untuk mencapai status negeri maju sudah dilaksanakan kerajaan BN, bukan seperti pelan 100 hari pembangkang yang boleh menjadikan negeri muflis,” tegasnya.
Namun dalam usaha menyuntik pembangunan, Taib memberi mencadangkan Miri dikekalkan sebagai kawasan hijau dengan mengelak sebarang projek besar dibuat di utara Sarawak.”
Miri dipilih kerana ia berada di landasan betul untuk muncul sebagai salah satu tempat yang bebas pencemaran dalam perancangan polisi pembangunan, ditambah pengiktirafan Taman Negara Mulu sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB),” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.