HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Februari 2011

Umno, Gaps lapor MBI kepada SPRM

MBI didakwa membiayai 100 bilik penginapan hotel perwakilan PKR ketika Kongres Nasional 2010.


SHAH ALAM: Umno dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan oleh kerajaan negeri Selangor.

Dakwaan penyelewengan itu membabitkan pembiayaan 100 bilik hotel di Petaling Jaya menerusi Selangor Menteri Besar Incorporated (MBI) pada 25-29 November 2010.

Menurut Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Md Salleh Abd Jamal, pihaknya turut mengemukakan bukti pembayaran berupa resit kepada SPRM.

Md Salleh berkata, pembiayaan penginapan perwakilan PKR ketika Kongres Nasional parti itu didakwa satu jenayah penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Ini merupakan salah guna wang rakyat oleh kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid.

“Khalid wajar membezakan peranan sebagai Menteri Basar dan pemimpin parti. Harta negeri merupakan harta rakyat dan bukannya milik parti PKR yang boleh dibelanjakan sesuka hati,” katanya ketika ditemui pemberita di luar bangunan SPRM di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Gaps Hamidzun pula mahu SPRM menyiasat perkara ini dengan lebih teliti.

Katanya, Ketua Umum PKR dan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim turut didakwa terlibat dalam skandal penyelewengan ini.

“Kami seru Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi meletakkan jawatan kerana gagal tunaikan tanggungjawab dan amanah oleh rakyat kepada mereka,” katanya.

Tiada ulasan: