HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Mac 2011

Sairin saran lesen Kelas 'F' dibekukan perlu dibuka semula

KENIMGAU KINI

KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Hj. Karno berkata, lesen kelas ‘F’ yang dibekukan sejak beberapa tahun yang lalu perlu dibuka semula.

“Kita memberi peluang kepada lebih ramai penduduk di negeri ini untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Keningau Golf & Country Club.

Di Sandakan ketika merasmikan program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas, Sairin turut menyuarakan rasional lesen tersebut dibuka semula.

Beliau turut menyarankan supaya Pusat Khidmat Kontraktor atau PKK yang merupakan pihak berkuasa untuk mengeluarkan lesen tersebut, supaya memberi kelonggaran kepada lesen-lesen yang luput tempoh untuk diperbaharui.

Katanya, kebanyakan pemilik lesen kelas ‘F’ yang luput tempoh sah disebabkan mereka tidak berpeluang untuk memperolehi kontrak dalam tempoh-tempoh tertentu.

Sairin yang merupakan Ketua Umno Bahagian Keningau memberitahu, pembekuan gred kelas itu satu kekangan terhadap minat orang ramai untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

“Kelas F merupakan asas penglibatan dalam bidang perniagaan kontrak, dan kerajaan harus memikirkan kepentingan gred tersebut untuk dibuka semula,” katanya.

Pembantu Menteri itu memberitahu, pembekuan pemilikan kelas tersebut menyempitkan ruang penglibatan anak-anak muda dalam bidang perniagaan kontrak.

“Mereka tidak mampu untuk memiliki kelas yang lebih besar, kerana ia melibatkan jumlah modal yang besar disamping tawaran kerja bersaiz kecil lebih banyak berbanding yang lain,” jelasnya.

Menjawab satu soalan, Sairin menjelaskan kebanyakan tawaran kerja yang ada pada ketika ini, memerlukan lessen Kelas F yang dikeluarkan oleh PKK.

“Masih belum ada keselarasan di antara Kelas F – PKK dengan Kelas F yang dikeluarkan oleh Pokunso,” katanya.

Jesteru, beliau memohon kepada kerajaan supaya membuka semula pembekuan itu, dalam usaha menyokong hasrat supaya lebih ramai rakyat di negeri ini menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Tiada ulasan: