KUALA LUMPUR — Gerakan gelombang “1Melayu 1Bumi” yang akan dilancarkan oleh Perkasa Sabtu ini, dengan menyahut seruan Utusan Malaysia, akan menggugat matlamat gagasan 1 Malaysia yang sudah mula diterima ramai, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini berkata, beliau tidak melihat langkah menggerakkan gelombang itu berada dalam kedudukan yang betul memandangkan gagasan 1 Malaysia sudah pun diterima dengan baik menerusi pelbagai aktiviti diadakan ke arah itu.
“Oleh itu, tidak manfaat bagi mana-mana segmen (kaum) untuk menonjolkan diri mereka ke depan dan mengatakan 1Bumi, 1Bukan Bumi,” kata beliau selepas melancarkan “1 Malaysia Visibility Programme” di Menara TM di sini hari ini.
Ahli Parlimen Jelebu ini berkata sebarang idea yang bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia tidak seharusnya disokong.
“(Bagaimanapun) kita tidak seharusnya dengan cepat mengatakan bahawa ia akan menghakis gagasan 1 Malaysia. Malah, Dr Mahathir sendiri mengatakan ia bukan idea yang baik . . . harus melihat ke depan menerusi gagasan 1 Malaysia terlebih dahulu,” katanya.
Sebelum ini, Perkasa bertegas mahu meneruskan pelancaran gerakan “1Bumiputera” — menyahut idea “1Melayu, 1Bumi” disyorkan oleh editor Utusan Malaysia walaupun tidak disambut baik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pertubuhan bukan kerajaan pembela hak dan keistimewaan Melayu itu mahu melancarkan gerakan tersebut sebaik sahaja Dr Mahathir selesai berucap merasmikan perhimpunan nasional Perkasa di Alor Setar hujung bulan ini.
“Perkasa menghormati pandangan Tun Mahathir yang tidak setuju tentang cadangan Perkasa hendak lancar (gelombang) 1Bumiputera.
“Itu pandangan Tun M dan kami hormatinya. Tun M juga tidak setuju dengan 1 Malaysia. Banyak kali beliau sebut beliau tidak faham 1 Malaysia bila ramai bertanya kepada beliau,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataannya.
Jumaat lalu, Dr Mahathir berkata idea gelombang “1Melayu, 1Bumi” adalah tidak baik untuk negara jika diadakan dan akan membawa kepada malapetaka.
Ini mengugat keharmonian negara dan juga tidak selaras dengan konsep 1 Malaysia Najib. PM patut mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia dan juga Perkasa kerana membangkitkan cadangan ini.
BalasPadamUtusan Malaysia diberikan terlalu banyak kebebasan sehingga boleh mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menggugat keamanan antara rakyat yang berlainan bangsa. Mereka patut diberikan pengajaran sikit.
BalasPadamkempen tersebut tidak wajar dilaksanakan kerana ia tak melambangkan perpaduan kaum di negara kita.
BalasPadamkita seharusnya mengamalkan konsep 1Malaysia dan berusaha mengekalkan perpaduan yang ada.
BalasPadamkempen tersebut tidak patut diadakan. rata-rata masyarakat tidak bersetuju dengan kempen tersebut.
BalasPadamTidak perlu menggunakan pelbagai slogan lagi kerana ini hanya akan menimbulkan salah faham dan kekeliruan kepada rakyat.
BalasPadam1Malaysia sudah cukup untuk melambangkan kita adalah rakyat Malaysia yang mana tidak mengira bangsa dan agama, semuanya rakyat Malaysia.
BalasPadamDr.M tidak setuju,Rais tidak setuju,bagaimana pula dengan PM?
BalasPadam100% tidak sokong dengan kempen 1Melayu 1Bumi sebab ia dapat menggugat keamanan Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum.
BalasPadamKempen 1 Melayu 1 Bumi hanya akan menimbulkan pelbagai masalah perkauman di Malaysia.
BalasPadamPastikan semua rakyat mengamalkan konsep 1Malaysia.
BalasPadamNak cakap bodoh tapi berpelajaran. Kampen ni boleh mengugat kesejateraan rakyat M'sia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.
BalasPadamHarap2 sejarah 13 Mei 1969 tidak berulang. Rakyat & pemimpin2 dahulu telah bersusah payah mengekalkan perpadun di kalangan rakyat M'sia. Tetapi, segelintir rakyat & segelintir pemimpin2 sekarang begitu senang melihat perkauman & perpecahan.
jika 1Melayu, 1Bumi dilancarkan, eloklah kempen itu hanya dilancarkan di semenanjung. perpaduan dan keharmonian antara kaum di Sabah jauh lebih baik dan tidak perlu ada kempen seumpama itu untuk mengajar rakyat di negeri ini.. perpaduan yang telah lama diamalkan di negeri ini jauh lebih tulen dari kempen 1Melayu, 1Bumi yang hendak dilancarkan oleh perkasa.
BalasPadambagi saya, lebih baik kita lancarkan kempen '0Racist(Zero Racist)'... baik untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
BalasPadamlebih baik jgn terima kempen tesebut.
BalasPadamKenapa perlu 1 Melayu, 1 Malaysia lagi baik rasanya.
BalasPadamBukan saja gugat malah boleh hancurkan negara kita. huhu
BalasPadamCukuplah dengan konsep 1Malaysia. Fokusl pada konsep ini nescaya semuanya pasti OK.
BalasPadamMungkin kerana 1Malaysia yang dicanang Najib tu tak baik kot !
BalasPadam