HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Mei 2011

43% pekerja enggan kembali ke Malaysia selagi amal dasar perkauman


KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Dasar bersifat perkauman yang diamal kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) antara punca jutaan rakyat meninggalkan Malaysia untuk mencari pekerjaan di luar negara, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Menurut laporan Bank Dunia minggu lalu, satu juta rakyat Malaysia berhijrah dan membina kerjaya di luar negara manakala 43 peratus enggan kembali ke negara ini selagi polisi ekonomi bersifat perkauman kekal diamalkan,” katanya.

Bercakap pada kenyataan media sempena Hari Pekerja, beliau berkata, dasar itu yang masih kekal diamal kerajaan Umno BN itu merugikan negara.

Justeru, katanya, KEADILAN dan Pakatan Rakyat menerusi Agenda 100 Hari komited untuk memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil sebagaimana dalam Buku Jingga.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat akan memperkenal gaji minimum untuk pekerja Malaysia sebaik diberi mandat sebagai kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

“Sebagai parti politik yang sentiasa berusaha mengangkat dan memperkasa keupayaan golongan pekerja, KEADILAN komited untuk mengupayakan hak pekerja dalam setiap aspek.

“KEADILAN akan memberi tumpuan menyeluruh kepada masalah kenaikan harga barang yang terus membelenggu rakyat di samping mengenal pasti langkah untuk meningkatkan ekonomi rakyat.

“Buat semua rakyat Malaysia, pimpinan dan anggota KEADILAN mengucapkan Selamat Hari Pekerja,” katanya.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The government must look at the factors why those who is working overseas are not willing to come back.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan perlu memandang serius masalah ini memandangkan ramai rakyat Malaysia berhijrah ke luar negara sedangkan warga asing pula berpusu-pusu masuk ke negara ini.

Tanpa Nama berkata...

polisi ekonomi bersifat perkauman seharusnya tidak diamalkan di negara ini kerana ia mengundang kepada ketidakpuasan hati rakyat berbilang kaum.

Jason berkata...

"43% pekerja enggan kembali ke Malaysia selagi amal dasar perkauman"
3 Ulasan - Tunjukkan Catatan Asal

Now, what are you waiting for government???

Jason berkata...

I hope the government will do whatever it takes to win back our malaysians back to MAlaysia.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan harus membaharui sistem ekonomi masa kini..MEb dilihat kurang berkesan untuk menarik rakyat malaysia di luar negara untuk berkhidmat di malaysia.

Tanpa Nama berkata...

sebarang polisi yang bersifat perkauman harus dihapuskan selaras dengan semangat 1malaysia.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan harus berusaha lebih gigih untuk memujuk rakyat malaysia di luar negara untuk berkhidmat kepada negara..

Tanpa Nama berkata...

Mereka ini yang terdiri dari golongan berpendidikan tinggi merupakan aset penting buat negara menuju arah mencapai status negara maju pada 2020.
Keajaan harus mencari jalan untuk memangil balik golongan ini.

Tanpa Nama berkata...

Dasar kerajaan yang berasaskan perkauman haruslah dikurangkan dan diubah secara beransur.

Paquin berkata...

Terpulanglah pada rakyat sendiri utk menilai hal ini. Jangan terus buat kesimpulan tanpa mengetahui hal sebenar.

Paquin berkata...

Harap pihak berkaitan dapat melakukan sesuatu dalama hal ini.

zam berkata...

sebenarnya, banyak foktor yang menyebabkan pekara ini.

zam berkata...

harap melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan akan dapat memujuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk kembali ke Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

perkara berkaitan perkauman perlu dielakkan.

Tiada Nama berkata...

Apa yang tidak disenangi sendiri oleh rakyat M'sia ialah dasar perkauman, tapi M'sian sendiri perkauman. 1M'sia diperkenalkan untuk meleraikan isu perkauman & mengeratkan perpaduan antara kaum tapi ada M'sian yang tidak senang dengan 1M'sia. Jadi, buat slogan & reliasasikan 1 bla blaaa.....

Isu berkauman berpanjangan & tiada penghujung. Inilah yang kita mahukan??????

mandau berkata...

jika kita bersatu, isu perkauman ini takkan wujud.

Tanpa Nama berkata...

pehh.. apa pula bukti Azizah bahawa punca jutaan rakyat meninggalkan Malaysia disebabkan oleh dasar perkauman umno?? adakah Azizah buat kajian?? beginikah contoh pemimpin yang mahu merampas kerajaan.. senang2 buat teori sendiri hanya untuk mendapatkan sokongan..

Tanpa Nama berkata...

setahu saya yang lebih terang dan jelas bersifat perkauman adalah tidak lain tidak bukan tiga komponen dalam Pakatan Rakyat. tidak cukup dengan itu, mereka tidak habis2 menimbulkan kekacauan dalam dan luar negara, mengamalkan politik ganas dan sering membuat tindakan atau keputusan yang boleh dipertikaikan tahap kewarasan mereka.

Bujang Senang berkata...

Saya tidak nampak dasar perkauman dalam pekerjaan. Apa guna 1 Malaysia yang telah dikatakan.