Halaman

Isnin, 2 Mei 2011

43% pekerja enggan kembali ke Malaysia selagi amal dasar perkauman


KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Dasar bersifat perkauman yang diamal kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) antara punca jutaan rakyat meninggalkan Malaysia untuk mencari pekerjaan di luar negara, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Menurut laporan Bank Dunia minggu lalu, satu juta rakyat Malaysia berhijrah dan membina kerjaya di luar negara manakala 43 peratus enggan kembali ke negara ini selagi polisi ekonomi bersifat perkauman kekal diamalkan,” katanya.

Bercakap pada kenyataan media sempena Hari Pekerja, beliau berkata, dasar itu yang masih kekal diamal kerajaan Umno BN itu merugikan negara.

Justeru, katanya, KEADILAN dan Pakatan Rakyat menerusi Agenda 100 Hari komited untuk memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil sebagaimana dalam Buku Jingga.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat akan memperkenal gaji minimum untuk pekerja Malaysia sebaik diberi mandat sebagai kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

“Sebagai parti politik yang sentiasa berusaha mengangkat dan memperkasa keupayaan golongan pekerja, KEADILAN komited untuk mengupayakan hak pekerja dalam setiap aspek.

“KEADILAN akan memberi tumpuan menyeluruh kepada masalah kenaikan harga barang yang terus membelenggu rakyat di samping mengenal pasti langkah untuk meningkatkan ekonomi rakyat.

“Buat semua rakyat Malaysia, pimpinan dan anggota KEADILAN mengucapkan Selamat Hari Pekerja,” katanya.

20 ulasan:

  1. The government must look at the factors why those who is working overseas are not willing to come back.

    BalasPadam
  2. kerajaan perlu memandang serius masalah ini memandangkan ramai rakyat Malaysia berhijrah ke luar negara sedangkan warga asing pula berpusu-pusu masuk ke negara ini.

    BalasPadam
  3. polisi ekonomi bersifat perkauman seharusnya tidak diamalkan di negara ini kerana ia mengundang kepada ketidakpuasan hati rakyat berbilang kaum.

    BalasPadam
  4. "43% pekerja enggan kembali ke Malaysia selagi amal dasar perkauman"
    3 Ulasan - Tunjukkan Catatan Asal

    Now, what are you waiting for government???

    BalasPadam
  5. I hope the government will do whatever it takes to win back our malaysians back to MAlaysia.

    BalasPadam
  6. kerajaan harus membaharui sistem ekonomi masa kini..MEb dilihat kurang berkesan untuk menarik rakyat malaysia di luar negara untuk berkhidmat di malaysia.

    BalasPadam
  7. sebarang polisi yang bersifat perkauman harus dihapuskan selaras dengan semangat 1malaysia.

    BalasPadam
  8. kerajaan harus berusaha lebih gigih untuk memujuk rakyat malaysia di luar negara untuk berkhidmat kepada negara..

    BalasPadam
  9. Mereka ini yang terdiri dari golongan berpendidikan tinggi merupakan aset penting buat negara menuju arah mencapai status negara maju pada 2020.
    Keajaan harus mencari jalan untuk memangil balik golongan ini.

    BalasPadam
  10. Dasar kerajaan yang berasaskan perkauman haruslah dikurangkan dan diubah secara beransur.

    BalasPadam
  11. Terpulanglah pada rakyat sendiri utk menilai hal ini. Jangan terus buat kesimpulan tanpa mengetahui hal sebenar.

    BalasPadam
  12. Harap pihak berkaitan dapat melakukan sesuatu dalama hal ini.

    BalasPadam
  13. sebenarnya, banyak foktor yang menyebabkan pekara ini.

    BalasPadam
  14. harap melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan akan dapat memujuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk kembali ke Malaysia.

    BalasPadam
  15. perkara berkaitan perkauman perlu dielakkan.

    BalasPadam
  16. Apa yang tidak disenangi sendiri oleh rakyat M'sia ialah dasar perkauman, tapi M'sian sendiri perkauman. 1M'sia diperkenalkan untuk meleraikan isu perkauman & mengeratkan perpaduan antara kaum tapi ada M'sian yang tidak senang dengan 1M'sia. Jadi, buat slogan & reliasasikan 1 bla blaaa.....

    Isu berkauman berpanjangan & tiada penghujung. Inilah yang kita mahukan??????

    BalasPadam
  17. jika kita bersatu, isu perkauman ini takkan wujud.

    BalasPadam
  18. pehh.. apa pula bukti Azizah bahawa punca jutaan rakyat meninggalkan Malaysia disebabkan oleh dasar perkauman umno?? adakah Azizah buat kajian?? beginikah contoh pemimpin yang mahu merampas kerajaan.. senang2 buat teori sendiri hanya untuk mendapatkan sokongan..

    BalasPadam
  19. setahu saya yang lebih terang dan jelas bersifat perkauman adalah tidak lain tidak bukan tiga komponen dalam Pakatan Rakyat. tidak cukup dengan itu, mereka tidak habis2 menimbulkan kekacauan dalam dan luar negara, mengamalkan politik ganas dan sering membuat tindakan atau keputusan yang boleh dipertikaikan tahap kewarasan mereka.

    BalasPadam
  20. Saya tidak nampak dasar perkauman dalam pekerjaan. Apa guna 1 Malaysia yang telah dikatakan.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.