PETRONAS, syarikat minyak negara, pada Sabtu diminta menyegerakan pembinaan satu sekolah teknikal di negeri ini yang khusus bagi melatih anak-anak negeri Sabah, khususnya dari golongan Bumiputera, di dalam bidang minyak dan gas.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang juga anggota Parlimen Kimanis, berkata langkah Petronas itu akan membuka peluang kepada tenaga kerja negeri ini untuk merebut peluang pekerjaan di dalam sektor itu yang dilaksanakan di Sabah kelak.
Di dalam hubungan ini, Petronas perlu juga memberi peluang kepada syarikat perniagaan Bumiputera Sabah sendiri untuk melaksanakan kerja yang berkaitan minyak dan gas di negeri ini, katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-13 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Sabah, beliau juga telah meminta Petronas membina loji di kawasan Kimanis minyak dan gas di sini.
Katanya sehingga ini tidak banyak yang dilakukan Petronas selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan DPMM Sabah berkaitan projek minyak dan gas di kawasan Kimanis.
Beliau juga melahirkan kekecewaannya apabila Petronas didakwanya tidak menepati syarat selepas penduduk Kpg Takis, Papar di dalam kawasan Kimanis, menyerahkan kawasan tanah adat seluas 100 hektar bagi pembangunan satu terminal minyak dan gas.
Sehubungan itu, beliau juga berharap Peronas tidak memberi keutamaan semata-mata kepada Bintulu di Sarawak bagi membina projek berkaitan minyak dan gas, malah untuk menyediakan projek di Sabah, agar kesan limpahannya dapat dirasai oleh semua penduduk negeri itu
Halaman
▼
Isnin, 2 Mei 2011
Anifah Bidas Petronas Kerana Gagal Tunai Janji
BERNAMA
Petronas must fulfill their promises to Sabah.
BalasPadamA promise is a promise and it must be fulfilled.
BalasPadamI hope Petronas will not delay in fulfilling the promises. The people is counting on Petronas.
BalasPadampembinaan sekolah teknikal khusus untuk melatih anak-anak negeri Sabah dalam bidang minyak dan gas harus dilaksanakan dengan segera agar peluang-peluang pekerjaan yang terbuka dalam sektor minyak dan gas kelak dapat diisi oleh rakyat Sabah sendiri.
BalasPadamPETRONAS harus berpegang kepada janji dan MoU yang telah dimeterai..
BalasPadampembinaan sekolah tersebut harus disegerakan..
BalasPadamsyarat yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi..jika PETRONAS tetap berdolak-dalik maka kredibiliti PETRONAS akan jatuh dan penduduk akan hilang keyakinan dan kepercayaan kepada syarikat minyak ini.
BalasPadamPetronas perlu menunaikan janji mereka. pembinaan sekolah teknikal untuk melatih anak-anak Sabah dalam bidang minyak dan gas perlulah dilaksanakan.
BalasPadamselain itu, petronas perlulah memberikan keutamaan kepada Sabah dan memberikan peluang kepada Sabah untuk terlibat dan industri minyak dan gas di negeri ini.
BalasPadamsekolah tersebut harus disegerakan. ia perlu bagi melatih bumiputera dalam bidang minyak dan gas.
BalasPadamMungkin ramai anak2 yang berminat memasuki sekolah tersebut.Jangan biarkan anak2 ni menunggu lama sangat.
BalasPadamdgn adanya sekolah tersebut, ramai tenaga mahir dalam bidang minyak dan gas akan dihasilkan.
BalasPadamDiharap Petronas juga memberikan projek-projek berkaitan minyak dan gas kepada Sabah sepertimana yang diberikan di negeri-negeri lain.
BalasPadambila lagi anak2 di negeri ini dilenagkapi dengan kemahiran mengendalikan industri minyak dan gas.. jangan tunggu sehingga wujud permintaan baru terhegeh2 merancang penawaran..
BalasPadamkepada pemimpin2 Sabah, jangan tunduk dan bertolak ansur dengan syarikat2 besar.. tuntut apa sahaja yang terbaik untuk negeri ini.
BalasPadamJanji yang telah ditabur haruslah dipenuhkan seadanya dan juangan biarkan ia menjadi cakap kosong.
BalasPadamApapun alasannya, Petronas harus cari jalan menanggani perkara ini dengan baik.
BalasPadamSemoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya demi kebaikan bersama.
BalasPadamSebaiknya terminal minyak dan gas itu nanti akan diberikan peluang lebih kepada para penduduk tempatan. Apa pun yang pasti berikan mereka pendidikan dan kemahiran dalam bidang minyak dan gas.
BalasPadamHarap janji yang diberikan akan ditunaikan. Ilmu minyak dan gas perlu diberikan kepada rakyat Sabah.
BalasPadamDuit Petronas duit rakyat. Duit rakyat harus diguna oakai demi manfaat rakyat.
BalasPadamSetakat ini cuma Dt Anifah yang berani membidas ketidakadilan yang dilakukan terhadap rakyat Sabah.
BalasPadamKita harap lebih ramai pemimpin Sabah berdepan meberi tekanan kepada Petronas suapya janji itu direalisasikan.
BalasPadamPetronas sepatutnya membuka peluang kepada anak2 muda di Sabah untuk bekerja namun apa yang terjadi memang satu tanda yang ketara.
BalasPadamI think Anifah has done the right thing.
BalasPadamJanji harus ditunaikan.
BalasPadam