Halaman

Isnin, 2 Mei 2011

Pendatang mudah menyelinap ke Sabah

BERNAMA

Keadaan muka bumi Sabah yang berbukit bukau dengan sempadan laut yang begitu panjang merupakan cabaran utama kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasa untuk mengawal pergerakan manusia antara negeri ini dan negara jiran, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman.

NONEBeliau berkata keadaan itu memudahkan pendatang menyelinap masuk ke Sabah secara tidak sah.

"Dalam hal ini terdapat pula pihak yang mengambil kesempatan untuk menyeludup masuk rakyat dari negara sempadan bagi tujuan pekerjaan dan kemudiannya memperdagangkan mereka atau mengeksploitasi mereka bagi tujuan buruh paksa atau pelacuran," katanya pada taklimat anti pemerdagangan orang dan anti penyeludupan migran di Kota Kinabalu hari ini.

"Manusia kini menjadi komoditi yang diperdagangkan dan isu pemerdagangan orang ini merupakan jenayah yang kian meningkat.

"Ia juga menjadi satu bentuk perdagangan hamba abdi moden yang tidak mengenal bangsa, agama dan keturunan, malah ia sudah menjadi isu global merentas sempadan membabitkan semua negara di dunia," kata Sukarti.

NONEBeliau berkata mangsa-mangsa menderita akibat penderaan mental, fizikal dan seksual selain tidak dibayar upah yang sewajarnya.

Katanya terdapat juga wanita dan gadis yang dijual ke rumah pelacuran atau ejen pemerdagangan seks.

Selain itu, ada kecenderungan menggunakan wanita hamil dengan menjual anak yang dikandung terutama kepada pasangan yang tidak mempunyai anak, kata Sukarti.

"Begitu juga sindiket yang mengeksploitasi wanita negara ini untuk tujuan membawa dadah ke luar negara. Mereka dijanjikan dengan pendapatan lumayan atau diumpan dengan pakej percutian yang menarik tanpa mereka sedari bahawa mereka diperalatkan untuk menjadi keldai dadah," katanya.


23 ulasan:

  1. Hope that more efforts are made to prevent illegal immigrants from entering.

    BalasPadam
  2. Why is it always easy for this illegal immigrants to enter sabah?????

    BalasPadam
  3. Whatever it is, I hope the rate of illegal immigrants entering sabah will decrease.

    BalasPadam
  4. pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasa perlu memperkukuhkan lagi kawalan mereka di semua kawasan2 yang menjadi laluan pendatang.

    BalasPadam
  5. yang penting adalah kerjasama di antara semua pihak untuk membanteras kemasukkan PATI di negeri sabah.

    BalasPadam
  6. pihak2 bertanggungjawab menangani isu ini juga harus bersikap proaktif..gandakan usaha dan berikan peruntukkan yang lebih besar agar segala usaha yang dirancang dapat dilaksanakan.

    BalasPadam
  7. diharapkan agar isu PATI di sabah dapat diselesaikan.

    BalasPadam
  8. kawalan ketat haru dipertingkatkan lagi bagi membendung perkara ini daripada berterusan.

    BalasPadam
  9. Semoga perkara ini diberi perhatian sewajarnya demi kebaikan bersama.

    BalasPadam
  10. usaha perlu dipertingkatkan untuk mengawal kawasan sempadan agar pendatang asing tanpa izin tidak mudah menyelinap masuk ke negara kita.

    BalasPadam
  11. harap isu yang berkaitan dengan pendatang asing tanpa izin akan dapat diatasi dengan komitmen daripada semua pihak.

    BalasPadam
  12. kawalan ke sempadan negera perlu dipertingkatkan bagi memastikan ia tak ditembusi oleh pendatang2 asing.

    BalasPadam
  13. Geografi Sabah yang berbukit bukau dan perairan yang panjang jangan dijadikan alasan, tugas & tanggungjawab perlu dipikul untuk meyakatkan kemasukan PATI.

    BalasPadam
  14. ya.. PATI mmg mudah masuk ke Sabah kerana muka bumi Sabah yang luas dan berbukit bukau. apapun, usaha untuk menghalang kemasukan mereka kena jg diteruskan.

    BalasPadam
  15. jika bentuk muka bumi yang berbukit bukau serta sempadan laut yang panjang menjadi punca kepada masalah ini, mungkin kerajaan perlu meningkatkan lagi jumlah pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasa untuk negeri ini..

    BalasPadam
  16. kita tidak boleh meratakan bukit bukau serta memendekkan sempadan laut.. oleh itu jika sedar itu puncanya, cari lah inisiatif lain untuk menyelesaikan masalah ini. mungkin rakyat juga perlu berkerjasama kerana masalah ini turut memberi kesan kepada rakyat..

    BalasPadam
  17. kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana2 pegawai yang rasuah. sudah banyak pendedahan media berkenaan dengan salahguna kuasa oleh pihak2 tertentu.

    BalasPadam
  18. warga asing semakin membanjiri Sabah dan tidak hairan keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika terdapat pihak yang masih enggan untuk bekerjasama.

    BalasPadam
  19. Apa pun, rondaan dan kawalan perlulah selalu dibuat. Maklumat dari penduduk juga perlu bagi memastikan kawasan kerap berlaku kemasukkan para pendatang.

    BalasPadam
  20. Tidak dapat dinafikan semapdan Sabah terlalu panjang. Penguatkuasa mesti ditingkatkan supaya pendatang haram dikurangkan hingga minima.

    BalasPadam
  21. Ini hakikat yang sukar diterima terpaksa ditelan olah rakyat Sabah selamam ini.

    BalasPadam
  22. Sempadan yang merupakan hutan beratara berbukit bukau dengan Indonesia dan sempadan air yang luas dengan Filipin memang bukan mudah dijaga.
    Pembangunan penanaman kelapa sawit di Kalimantan Timur secara lansung telah mengurangkan kemasukan warga Indonesia ke Sabah.
    Selatan Filipin yang tidak stabil politiknya dan kurang pembanguna masih belum nampak perubahan.

    BalasPadam
  23. Tingkatkan keselamatan & kawalan di sempadan2. Usaha menghalang PATI ni perlu berterusan.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.