Aidila Razak
Jenazah Johari Abu Bakar, yang akan berusia 17 tahun bulan depan sebelum ditembak mati oleh polis pada 13 Mei lalu dibiarkan tanpa diurus di sebuah van kerana kerana alasan birokrasi.Latheefa berkata mayat remaja itu dibiarkan terdedah selama sekurang-kurangnya dua jam, apabila dia dibawa dari Hospital Serdang di mana ia disimpan sebelum ini pada jam 3 petang.
Jenazah itu masih disimpan di van berkenaan sehingga berita ini ditulis.
Pada 6.40 petang, katanya terdapat bau yang kuat sehingga mengganggu pemandu van itu.
“Kakitangan itu meminta surat jaminan bahawa pihak hospital tidak akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kerosakan.
“Kami disuruh berhubungan dengan satu pegawai kepada pegawai yang lain, (pihak hospital) kini sedang menyediakan kertas kerja tetapi mereka enggan bawa jenazah ke rumah mayat,” katanya apabila dihubungi.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan bedah siasat kedua dijalankan di UMMC dengan kehadiran seorang pemerhati bebas.
Mereka juga mendakwa remaja berkenaan sedang bersembunyi di sebuah hotel bajet di Dengkil setelah mencuri Toyota Alphard di Kelana Jaya pada 7 Mei.
Keluarga mangsa bagaimanapun curiga dengan punca kematian anak mereka dan mendakwa tubuhnya penuh dengan kesan lebam serta lengannya patah.
Mereka berharap untuk mengkebumikan anak mereka pagi esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.