SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini dalam perjalanan kembali ke tanah air selepas memendekkan lawatan beliau ke Amerika Syarikat susulan kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang mengorbankan nyawa 16 anak yatim termasuk seorang dewasa.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Khalid kini sudah dalam penerbangan.
" Beliau kini dalam perjalanan balik,"jawabnya ringkas.
Ujar beliau, urusan perjalanan pulang Khalid diuruskan oleh Tourism Selangor dan memberitahu tidak mempunyai maklumat lengkap setakat ini bila Khalid akan tiba di Malaysia.
Sebalik sahaja dimaklumkan tentang tragedi itu, Khalid telah mengumumkan peruntukan RM50 ribu yang disampaikan melalui Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail untuk membantu usaha mencari dan menyelamat serta pengkebumian jenazah mangsa.
Khalid juga turut mengarahkan agensi keselamatan di Selangor seperti Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) untuk turut serta membantu dalam misi menyelamat.
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.
Operasi bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.
Halaman
▼
Ahad, 22 Mei 2011
Khalid Kembali Ke Tanah Air Lawat Mangsa Tanah Runtuh
TVS NEWS

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.