HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Mei 2011

LPPKN pandang serius trend wanita lewat kahwin

THE MALAYSIAN INSIDER

KUCHING— Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Laporan media memetik Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN Dr Anjli Doshi Gandhi berkata fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan.

Beliau berkata data terkini menunjukkan 30 peratus wanita antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

“Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Beliau berkata bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Tiada ulasan: