| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR: DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) pucuk pimpinan parti lebih cenderung untuk tidak membubarkan Dun bagi membolehkan pemusatan tenaga dan jentera dalam menghadapi Barisan Nasional. “Ia juga bertujuan memastikan usaha Pakatan Rakyat untuk memenangi semula Perak dapat ditumpukan sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Bagaimana pun, beliau menjelaskan, keputusan sama ada untuk sama-sama membubarkan Dun atau tidak, sekiranya PRU diadakan tahun ini, akan dibuat bersama oleh pucuk pimpinan Pakatan tidak lama lagi. Pakatan menguasai Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Perak dimenangi secara sah oleh Pakatan dalam PRU 2008 tetapi dirampas secara haram oleh Umno dan BN setahun kemudian. Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, kajian terbaru yang dibuat oleh Pakatan negeri itu menunjukkan PAS, DAP dan PKR mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi Dun Perak. “Dalam PRU 2008, kita menang 31 kerusi dan berjaya bentuk kerajaan. Selepas BN rampas Dun Perak, kajian yang kita buat menunjukkan jika pilihan raya negeri diadakan pada ketika itu, kita mampu menang sehingga 40 kerusi, iaitu menang dua pertiga majoriti,” katanya. Beliau menambah, keadaan pada masa itu menggambarkan kemarahan para pengundi Perak berikutan taktik kotor Umno dan BN. Beliau menjelaskan, walau pun kajian terbaru menunjukkan kemungkinan pengutan kerusi berkurangan, ia adalah lebih baik daripada keputusan yang Pakatan catatkan pada 8 Mac 2008 dan terus menjamin kemenangan. Sebelum itu, Guan Eng menyatakan pucuk pimpinan DAP mengulangi pendirian bahawa parti tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, kini dan sekiranya Pakatan kembali menguasai negeri itu. |
Halaman
▼
DAP and LGE should make the right decision regarding this.
BalasPadamAll the best during the next GE.
BalasPadamwow!!! Pakatan benar2 mahu menjadi kerajaan yang memerintah M'sia.
BalasPadamSemua parti bekerja keras untuk mencapai matlamat masing2.
BalasPadamRakyat perlu memilih dengan bijaksana bila pilihanraya itu tiba.
BalasPadamitu terserah kepada mereka sendiri untuk menentukannya.
BalasPadambagaimana pula jika PRU tidak dijalankan pada tahun ini? tapi apa yang penting, PR sudah bersedia dari segi tenaga dan jentera untuk menghadapi pilihan raya yang akan diumumkan pada bila-bila masa.
BalasPadamAmbillah tindakkan yang terbaik untuk parti anda sendiri.
BalasPadamrasanya PRU takkan diadakan pada tahun ini.
BalasPadamkononnya Pakatan yakin dapat memenangi semula Perak tapi takut mengadakan pilihanraya tahun ini.. bagi saya, kenyataan LGE itu menunjukkan bahawa pembangkang yang memerintah empat negeri dapat tahu dan membaca keadaan politik semasa bahawa mereka tidak yakin boleh menang pada pilihanraya umum akan datang. mereka sedar mereka semakin ditolak rakyat.. untuk menutup kelemahan mereka ini terpaksalah cakap yang kononnya mereka mampu memenangi semula Perak..
BalasPadamtindakan pakatan ini juga membuktikan mereka gemar melakukan pembaziran.. kan lebih baik jika pilihanraya dapat dilakukan secara serentak.. apa sebenarnya yang menjadi ketakutan kepada Pakatan sedangkan mereka mempunyai isu2 hangat seperti kenaikan harga petrol dan isu utusan??
BalasPadam