Bagi penganalisis politik Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, tidak banyak kelebihan ataupun manfaat kepada BN jika Najib membubarkan parlimen tahun ini.
“Situasi kali ini hampir menyerupai apa yang berlaku pada tahun 2008, isu utama adalah mengenai 'periuk nasi' rakyat dan mungkin juga hubungan antara kaum.
“Perbezaan sekarang cumanya ada persepsi bahawa pengundi Melayu dan India telah kembali kepada BN. Selain itu, tidak banyak kelebihan kepada BN,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.
Umno semakin kukuh
Meskipun MIC dilihat mempunyai kelebihan berikutan pengunduran bekas presiden paling lama parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu, Tunku Mohar percaya satu-satu parti yang bertambah kukuh adalah hanya Umno.
“Tetapi kekuatan Umno akan dapat membantu MCA dan Gerakan di kerusi yang mempunyai pengundi Melayu yang besar,” katanya.
Pengulas politik dan ketua eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor Tang Ah Chai berkongsi pendapat dengan Tunku Mohar.
Katanya, Umno sejak akhir-akhir ini secara konsisten berjaya menjadi ofensif berbanding Pakatan.
Sentimen ultra Melayu
Tunku Mohar berkata bagi pengundi Cina yang sebahagaian besar mereka menolak BN pada 2008 dan juga pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, sentimen ultra Melayu yang dimainkan Umno bagi memikat undi Melayu amat tidak disukai.
“Ini tidak bagus untuk BN ataupun untuk politik Malaysia kerana ia akan menyebabkan politik itu menjadi isu perkauman. Malah, ia juga bermakna MCA tidak lagi dapat mempertahankan alasan kedudukannya sebagai rakan kongsi kanan dalam BN,” katanya.
Lemparan bertubi-tubi dakwaan ke atas Anwar juga boleh menyaksikan undi bertambah mahu berkurangan kepada Umno, kata ketua jabatan sains politik UIAM itu.“(Dakwaan berkenaan) belum lagi memberi kelebihan kepada BN dan mungkin ada juga pukulannya, terutama (kontroversi) video seks kerana sehingga sekarang, masih tidak ada bukti kukuh. Jika terbukti Anwar adalah pelakunya, maka kami jangkakan undi Melayu akan berpihak kepada BN,” katanya.
Di bahagian Pakatan Rakyat, Tang berkata parti yang akan bertambah kuat jika pilihan raya umum mengejut diadakan adalah DAP yang telah menyaksikan prestasi cemerlang pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.