KOTA KINABALU – Siasatan mengenai kes seorang rakyat Malaysia yang menggelarkan dirinya “Sultan Sulu” belum selesai kerana polis tidak dapat mengesan dia untuk mendapatkan keterangan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis gagal mengesan Datu Mohd Akjan Ali Muhammad di Sabah melalui alamat terakhir beliau yang diketahui.
“Masalahnya kita masih nak mengesan dia, dia tidak ada di Sabah dan tidak ada di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan khas pegawai awam Polis Diraja Malaysia sempena Hari Polis Ke-204 di sini hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.
Hamza berkata polis akan meneruskan usaha mengesan Datu Mohd Akjan melalui kerjasama Interpol dan juga pihak berkuasa di negara-negara Asean.
Dalam laporan Bernama hari ini, Akjan berkata, polis juga memerlukan keterangan daripada beberapa individu lagi untuk melengkapkan siasatan itu.
Khalid pula berkata lebih daripada 7,000 anggota polis telah dikeluarkan daripada tugas-tugas awam dan perkeranian dan diletakkan semula menjalankan tugas hakiki polis sejak tahun lalu.
Katanya ini merupakan usaha penempatan semula dalam pelbagai peringkat dan jabatan dalam PDRM untuk memastikan anggota polis dapat turun padang menjalankan tugas mereka manakala tugas-tugas awam diambil alih oleh pegawai-pegawai awam.
“Usaha yang kita panggil penempatan semula ini adalah berterusan, di mana pegawai-pegawai beruniform kita keluarkan daripada tugas-tugas pegawai awam dan ditempatkan di lapangan untuk menjalankan tugas kepolisan,” katanya.
Banyak orang yang syok sendiri mengakui diri sebagai sultan sulu.
BalasPadamSabah tiada Sultan Sulu, jadi tak perlulah berpura-pura di sini lagi.
BalasPadammgkin dia dah larikan diri ke Sulu. dan jadi Sultan Sulu dgn 60 orang rakyat sahaja.
BalasPadamharap polis akan dapat mengesan lelaki yang mengaku sebagai Sultan Sulu.
BalasPadamapa pun biarlah polis melakukan apa yanng patut berhubung pekara ini.
BalasPadamapa untungnya dia mengaku 'sultan sulu'.mahu merampas Sabah?
BalasPadamkena usahakan untuk cari sampai dapat.biar polis buat siasatan
BalasPadamnaaa...sapa suru. sudah tangkap kasi lepas, patut ISA la trus. Sekarang ni alasan tidak dapat kesan.
BalasPadamIf I was Akjan, where would i be.....hmmmmmmm..
BalasPadamNeway, hopefully he will get caught.
BalasPadamnampaknya Akjan melarikan diri. Sultan palsu takut kerana kebenaran.
BalasPadamLelaki yang mengaku diri sebagai sultan sulu itu tidak dapat dikesan??Sungguh ajaib..Apa pun harap kebenaran dapat diketahui mengenai sultan sulu ini.
BalasPadamSultan sulu tu dah larikan diri tu, takut kena tahan. apapun, dia msti dikesan.
BalasPadambelum dapat kesan?? bagaimana dengan syarikat2 perniagaannya di Sabah? jika syarikat perniagaannya masih beroperasi bermakna beliau masih di negeri ini..
BalasPadamcara paling mudah untuk mendesak beliau menyerah diri adalah dengan menutup semua syarikatnya dinegara ini..
BalasPadamHilang??? tu la, dulu masa naik takhta tidak dicari, sekarang baru sibuk. huhu
BalasPadamApapn, semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya dan diselesaikan secepat mungkin.
BalasPadamJika 'Sultan Sulu' ini tidak bersalah, kenapa beliau hilangkan diri sampai tidak dapat dikesan polis?
BalasPadamJika 'Sultan Sulu' ini tidak bersalah, kenapa beliau hilangkan diri sampai tidak dapat dikesan polis?
BalasPadamSaya percayai keupayaan polis Malaysia menjejaki kesan Akjan samada ia masih dalam Sabah atau dimana jua Akjan berada.
BalasPadamParameswara lari ke Melaka lalu tubuhnya sebuah empayer Melaka.
BalasPadamAkjan lari entah ke mana barangkali ke sebuah pulau tunggu dinaik takta.
Beliau tidak patut hilang diri sebelum siasatan selesai.
BalasPadamKecuali dia tahu dia itu bersalah.
Betul kata ferlo, mungkin beliau sudah jadi sultan dengan 60 orang pengikut.
BalasPadamMalaysia cuma ada Sultan-sultan Melayu. Filipin tiada lagi Sultan.
BalasPadam