Halaman

Khamis, 5 Mei 2011

Polis belum dapat kesan lelaki akui ‘Sultan Sulu’

THE MALAYSIAN INSIDER

KOTA KINABALU – Siasatan mengenai kes seorang rakyat Malaysia yang menggelarkan dirinya “Sultan Sulu” belum selesai kerana polis tidak dapat mengesan dia untuk mendapatkan keterangan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis gagal mengesan Datu Mohd Akjan Ali Muhammad di Sabah melalui alamat terakhir beliau yang diketahui.

“Masalahnya kita masih nak mengesan dia, dia tidak ada di Sabah dan tidak ada di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan khas pegawai awam Polis Diraja Malaysia sempena Hari Polis Ke-204 di sini hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

Hamza berkata polis akan meneruskan usaha mengesan Datu Mohd Akjan melalui kerjasama Interpol dan juga pihak berkuasa di negara-negara Asean.

Dalam laporan Bernama hari ini, Akjan berkata, polis juga memerlukan keterangan daripada beberapa individu lagi untuk melengkapkan siasatan itu.

Khalid pula berkata lebih daripada 7,000 anggota polis telah dikeluarkan daripada tugas-tugas awam dan perkeranian dan diletakkan semula menjalankan tugas hakiki polis sejak tahun lalu.

Katanya ini merupakan usaha penempatan semula dalam pelbagai peringkat dan jabatan dalam PDRM untuk memastikan anggota polis dapat turun padang menjalankan tugas mereka manakala tugas-tugas awam diambil alih oleh pegawai-pegawai awam.

“Usaha yang kita panggil penempatan semula ini adalah berterusan, di mana pegawai-pegawai beruniform kita keluarkan daripada tugas-tugas pegawai awam dan ditempatkan di lapangan untuk menjalankan tugas kepolisan,” katanya.

24 ulasan:

  1. Banyak orang yang syok sendiri mengakui diri sebagai sultan sulu.

    BalasPadam
  2. Sabah tiada Sultan Sulu, jadi tak perlulah berpura-pura di sini lagi.

    BalasPadam
  3. mgkin dia dah larikan diri ke Sulu. dan jadi Sultan Sulu dgn 60 orang rakyat sahaja.

    BalasPadam
  4. harap polis akan dapat mengesan lelaki yang mengaku sebagai Sultan Sulu.

    BalasPadam
  5. apa pun biarlah polis melakukan apa yanng patut berhubung pekara ini.

    BalasPadam
  6. apa untungnya dia mengaku 'sultan sulu'.mahu merampas Sabah?

    BalasPadam
  7. kena usahakan untuk cari sampai dapat.biar polis buat siasatan

    BalasPadam
  8. naaa...sapa suru. sudah tangkap kasi lepas, patut ISA la trus. Sekarang ni alasan tidak dapat kesan.

    BalasPadam
  9. If I was Akjan, where would i be.....hmmmmmmm..

    BalasPadam
  10. Neway, hopefully he will get caught.

    BalasPadam
  11. nampaknya Akjan melarikan diri. Sultan palsu takut kerana kebenaran.

    BalasPadam
  12. Lelaki yang mengaku diri sebagai sultan sulu itu tidak dapat dikesan??Sungguh ajaib..Apa pun harap kebenaran dapat diketahui mengenai sultan sulu ini.

    BalasPadam
  13. Sultan sulu tu dah larikan diri tu, takut kena tahan. apapun, dia msti dikesan.

    BalasPadam
  14. belum dapat kesan?? bagaimana dengan syarikat2 perniagaannya di Sabah? jika syarikat perniagaannya masih beroperasi bermakna beliau masih di negeri ini..

    BalasPadam
  15. cara paling mudah untuk mendesak beliau menyerah diri adalah dengan menutup semua syarikatnya dinegara ini..

    BalasPadam
  16. Hilang??? tu la, dulu masa naik takhta tidak dicari, sekarang baru sibuk. huhu

    BalasPadam
  17. Apapn, semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya dan diselesaikan secepat mungkin.

    BalasPadam
  18. Jika 'Sultan Sulu' ini tidak bersalah, kenapa beliau hilangkan diri sampai tidak dapat dikesan polis?

    BalasPadam
  19. Jika 'Sultan Sulu' ini tidak bersalah, kenapa beliau hilangkan diri sampai tidak dapat dikesan polis?

    BalasPadam
  20. Saya percayai keupayaan polis Malaysia menjejaki kesan Akjan samada ia masih dalam Sabah atau dimana jua Akjan berada.

    BalasPadam
  21. Parameswara lari ke Melaka lalu tubuhnya sebuah empayer Melaka.
    Akjan lari entah ke mana barangkali ke sebuah pulau tunggu dinaik takta.

    BalasPadam
  22. Beliau tidak patut hilang diri sebelum siasatan selesai.
    Kecuali dia tahu dia itu bersalah.

    BalasPadam
  23. Betul kata ferlo, mungkin beliau sudah jadi sultan dengan 60 orang pengikut.

    BalasPadam
  24. Malaysia cuma ada Sultan-sultan Melayu. Filipin tiada lagi Sultan.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.