| Harakahdaily |
| KAJANG: Sehingga jam 11 malam tadi, angka korban dalam tagedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat meningkat kepada 10 orang. Dalam perkembangan terbaru juga, sembilan orang yang berjaya ditemui dengan keadaan cedera dibawa untuk dirwat di Hospital Ampang. Pasukan penyelamat kini sedang berusaha mengesan enam lagi mangsa yang masih tertimbus. Kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 25 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat. Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui. |
Halaman
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.