Halaman

Selasa, 7 Jun 2011

Akta Kg Baru: Pindaan masih bersifat kosmetik, kata MP Lo’ Lo’

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR, – Terdapat tiga bantahan asas dalam pindaan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru yang akan dibentang di Parlimen untuk bacaan kedua, kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali.

Wakil rakyat itu (gambar) berkata, kebanyakan bantahan dikemukakan pemilik dan pewaris telah diambil kira dan telah ditambah baik melalui pindaan yang dibuat.

Ekoran pindaan yang dipersetujui, pemansuhan MAS di bawah Seksyen 57 telah dipotong, kekebalan perbadanan itu dari segi perudangan dalam Seksyen 51 telah dipinda, dan nasihat Badan Penasihat telah diambil kira dan perkataan “tidak mengikat” telah dipotong.

Katanya, berikut beberapa perkara yang perlu perhatian dan pertimbangan dalam pindaan tersebut antaranya, Seksyen 15 (2)(h) yang berkaitan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah, telah dimansuhkan sepenuhnya.

“Makin kabur kaedah pelaksanaannya sebab bercanggah dengan apa yang dibentangkan di Dewan Rakyat dulu (Disember lalu),” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, persoalan sekarang ialah bagaimana mekanisme pengekalan hartanah.

“Adakah satu Badan Amanah akan dibentuk? Adakah MAS akan memainkan peranan sebagai ‘penjaga’ kepada hartanah?

“Jika ada pemilik yang hendak menjual hartanah mereka apa bentuk pampasan, jumlahnya dan apakah kerajaan akan ikut nilai semasa atau nilai kerajaan?

“Bagaimana kalau penduduk tidak berpuas hati, adakah boleh dicabar di mahkamah atau ada proses timbang tara?” kata beliau dipetik Harakah Daily hari ini.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana dengan proses pemindahan penduduk atau penempatan sementara jika tanah mereka diserahkan, yang masih kabur.

Dr Lo’ Lo’ turut menyentuh mengenai mekanisme pelantikan ahli-ahli Badan Penasihat.

“Apakah peranan wakil rakyat, bolehkah dijadikan ahli Perbadanan dalam maksud Seksyen 5(1) (h) itu atau setidak-tidaknya sebagai Ahli Badan Penasihat?” katanya lagi.

Katanya, kuasa masih mutlak di tangan menteri yang bertanggungjawab kepada soal Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar.

Soalnya lagi, apakah kedudukan MAS yang tidak jadi dimansuhkan itu lebih tinggi dari Badan Penasihat atau sama taraf.

“Apakah MAS boleh mengatasi mana-mana keputusan menteri yang tidak adil kepada penduduk Kampng Baru?

“Apakah keputusan MAS akan diberi keutamaan atau sama saja seperti Badan Penasihat, akan dikaji dan diteliti?

“Kita ke arah nak naikkan taraf MAS ni yang dah bersama sejak Kampng Baru ditubuhkan kerana menteri dan kerajaan boleh bertukar ganti,” katanya lagi.

Kata wakil rakyat ini, perjumpaan yang bermula sejak 3 Jun lepas, majlis penerangan itu adalah kosmetik kerana rang undang-undang sudah masuk ke Dewan Rakyat, melainkan rang undang-undang sedia ada ditarik semua sekali dan dibentangkan yang baru dengan pindaan kepada penduduk terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen.

Menurtnya, mana mungkin sempat berbuat apa-apa pindaan terhadap rang undang-undang pada sidang Parlimen yang bermula minggu ini.

Katanya, pindaan mesti melalui pejabat Peguam Negara sedangkan majlis penerangan beberapa hari sebelum sesi Parlimen bermula.

“Saya tak fikir akan dibuat lagi pindaan meskipun pemilik dan pewaris membantah.

“Apakah kriteria timbalan pengerusi yang sebenar, selain dari mesti penduduk Kampung Baru.

“Kita bimbang jawatan ini diwujudkan semata-mata atas faktor politik Umno sahaja,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.