Agaknya, memang dan jadi trend sejak dua menjak ni, akan berlaku banyak “pelarasan harga”.Penggunaan ayat “pelarasan harga” ini pun sudah popular untuk memberitahu rakyat dengan cara paling sopan untuk terma “kenaikan harga”.Kali ini, ASTRO pula akan buat pelarasan pada harga pakej yang ditawarkannya.
KUALA LUMPUR: ASTRO, pengendali tunggal perkhidmatan televisyen berbayar membuat beberapa pelarasan kepada pakej yang ditawarkannya berkuat kuasa 11 Julai ini, seiring dengan usahanya menawarkan pilihan serta perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya.
Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan, berkata ASTRO terus komited mengekalkan harga Pakej Famili pada kadar RM37.95 sebulan atau hanya RM1.30 sehari untuk mengakses 38 saluran.
“Bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, segelintir (pelanggan) mungkin mengalami kenaikan harga sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan daripada RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka.“Aspirasi kami untuk terus memberi pengalaman menonton dan tiada bandingnya kepada pelanggan. ASTRO membuat pelaburan memperluaskan pilihan kandungan bagi memenuhi keperluan menonton dan kemampuan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Tan berkata, pelanggan ASTRO mempunyai pilihan 146 saluran membabitkan pelbagai bahasa dan genre program antarabangsa dan tempatan termasuk acara sukan global serta tempatan 24 jam sehari.
“Kami komited meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi ASTRO tidak lagi mampu menyerap kenaikan kos kandungan,” katanya.
2 tahun lepas, harga bagi pakej sukan ASTRO telahpun diselaraskan atas sebab ASTRO membuat pelaburan bagi mendapatkan hak penyiaran eksklusif yang bernilai RM 800 juta kepada FA Premier League selama 3 tahun yang berakhir tahun 2012.Dan kali ini pula, ASTRo membuat sekali lagi pelarasan akibat kenaikan harga kandungan pakejnya.
Nak marah ASTRO pun tak boleh, sebab dah mereka satu-satunya syarikat kabel TV berbayar yang boleh kami katakan telah memonopoli terus pasaran kabel TV berbayar ini di Malaysia.Mungkin ada yang berkata, kenapa hanya ASTRO sahaja yang diberikan lesen untuk menjadi stesyen TV berbayar, tapi ada tujuh lagi syarikat yang telah diberikan lesen tersebut.
Pemegang lesen berkenaan adalah :
- U Television Sdn Bhd
- Asiaspace Digital Network Sdn Bhd
- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
- Fine TV Network Sdn Bhd
- TM Net Sdn Bhd
- MOL Media Sdn Bhd
- De Multimedia Sdn Bhd
Siapa kata mudah nak lawan dengan Astro Malaysia?Dalam 7 syarikat tersebut, hanya Tmnet yang dah perkenalkan Hypp Tv.Yang lain kami tak tahu. Memang susah nak bersaing dengan Astro Malaysia lebih-lebih lagi jenamanya sudah mula terkenal.
Tetapi tidak mustahil. Dahulu MiTV pun boleh bungkus. MiTV menghentikan operasinya kerana capital investment untuk terrestrial pay tv infra sangat-sangat tinggi. Pada masa yang sama nak lawan dengan ASTRO Malaysia yang subscriber (pelanggan) mereka sudah pun ramai.
Kebanyakan rancangan TV popular, Astro Malaysia sudah ambil dahulu dan ekslusif untuk mereka. MiTV ingat boleh jual broadband juga mengguna infra yang sama dan eventually recoup investment mereka.
Sekarang ini pengguna mesti masih lagi mengimpikan yang mana Celcom, Digi mahupun Maxis berlumba-lumba menarik perhatian pelanggan dengan cuba memberikan yang terbaik kepada pengguna. Sama-sama kita nantikan nanti ye…
P/S : Kerajaan Malaysia mungkin boleh memberikan lebih banyak lagi lesen bagi mereka ini menyediakan stesen TV berbayar, tetapi tidak semua yang boleh bertahan lama.Susah-susah sangat, benarkan sahaja rakyat pakai piring satelit sendiri macam penduduk kat Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.