SHAH ALAM : Kerajaan Barisan Nasional dilihat berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi mengelak daripada mendedahkan butir-butir jual beli dalam perjanjian yang diikat dengan Pembekal Tenaga Bebas (IPP).
Menteri Peter Chin baru-baru ini mendakwa perjanjian itu tidak boleh didedahkan kerana ia membabitkan Tenaga Nasional Berhad dan IPP yang menerima subsidi lebih RM19 bilion setahun daripada kerajaan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mukriz Mahathir pula mendakwa maklumat dalam perjanjian itu boleh diberi kepada Ahli Parlimen tetapi tidak boleh dihebahkan kepada masyrakat.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefli Ahmad membidas sikap dolak-dalih BN kerana cuba menyembunyikan terma-terma perjanjian itu yang memberi keuntungan lumayan kepada syarikat berkenaan.
Akibatnya TNB terpaksa menanggung kos yang besar membeli elektrik daripada IPP berkenaan pada harga jauh lebih tinggi berbanding kos TNB sendiri untuk menghasilkan tenaga itu.
Rakyat pula terpaksa menanggung kenaikan tariff letrik sebanyak 7.2 peratus manakala subsidi kerajaan untuk IPP dikekalkan.
"Inilah dia yang penah saya sebutkan dulu. Semua perjanjian konsesi memberi kelebihan kepada pihak penerima konsesi. Samada elektrik, mahupun air, mahupun Lebuhraya atau tol. Dua perkara yang beri kelebihan ialah ketentuan tarif dan kenaikan pampasan. Dan hal ini tidak boleh dipertahankan lagi," kata beliau ketika dihubungi TV Selangor.
Untuk tahun lalu, YTL Power yang diberi lesen IPP mendapat keuntungan lebih RM 1.6 Billion dengan perolehan RM 13 Billion. Syarikat IPP lain seperti Malakoff dan Powertek mencatat keuntungan antara RM380 juta dan RM1.34 billion.
Lebih 40.5 peratus daripada peruntukan kos operasi TNB dilapor digunakan untuk untuk membeli tenaga dari IPP ini sebagaimana yang diwajikan oleh kerajaan.
Menurut Dzulkefli, mantan Pengerusi TNB sendiri mendedahkan IPP diujudkan hanya untuk mengisi tembolok kroni pimpinan BN.
"PPA itu bukan satu rahsia militer yang perlu dijaga maka mengikut Tan Sri Ani Arope yang letak jawatan. Ini yang beliau bantah. Perjanjian dengan harga tak munasabah dan lobsided (berat sebelah),"
Justeru zulkifli menggesa SPRM sendiri tampil menyiasat perjanjian yang diikat dengan jika kerajaan pusat terus enggan mendedahkan maklumat mengenainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.