Halaman

Selasa, 14 Jun 2011

GPMS - Terapkan Asas Kepimpinan Bermula di Peringkat Sekolah.

Oleh : Radhi Razak


"Kepimpinan itu satu proses. Pelajar Sekolah mesti didedahkan proses kepimpinan itu dan seterusnya dapat ditonjolkan dalam diri untuk menjadi seorang Pemimpin pada masa kini dan masa hadapan."

Itu antara penjelasan Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pusat, En. Azham bin Abara Ahmad mengenai asas dalam membentuk seorang Pemimpin yang mampu memberi penyumbang positif terhadap Negara.

Beliau yang telah diberi peluang untuk menganjurkan Skuad Jelajah Motivasi Kepimpinan 1Malaysia anjuran GPMS Pusat tidak menafikan akan berdepan dengan cabaran besar bagi memastikan Program ini mencapai objektif yang disasarkan.

Program ini sedang berlangsung bermula semalam (Ahad) dan akan berakhir pada Jumaat ini. Ianya julung kali diadakan dan melibatkan 50 buah sekolah seluruh Malaysia yang merangkumi 10 000 pelajar. Peserta yang bakal terlibat dalam program ini adalah Pelajar Sekolah Menengah yang memegang jawatan-jawatan penting seperti Pengawas dan Ketua Kelas.

"Melalui Program ini satu pendedahan foundation akan diberikan kepada Pelajar-Pelajar Sekolah dalam membentuk strategi kepimpinan yang efektif dan ianya juga 1 persediaan sebelum menghadapi cabaran serta halangan kepimpinan selepas era Persekolahan."

En. Azham juga menangkis dakwaan beberapa pihak bahawa Program-Program yang dianjurkan GPMS hanya berbentuk politik. Malah beliau berkata program-program sebeginilah yang sebenarnya diterapkan dalam NGO ini sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1948.

Malah salah seorang penceramah untuk program ini iaitu Shamsury Mohd Salleh turut menjelaskan Program-Program utama di dalam GPMS tidak sama sekali terjerumus dalam mendedahkan mana-mana kepentingan parti-parti politik di Malaysia.

"Asas GPMS adalah pendedahan Kepimpinan. Akan tetapi kita tidak pernah menyentuh bagaimana pihak Pelajar perlu memilih mana-mana Badan Politik mahupun bukan Politik. Melalui asas inilah mereka sendiri akan mencorakkan kepimpinan itu sendiri. GPMS hanya memberikan elemen-elemen yang perlu ada dalam diri seorang yang bergelar Pemimpin."

En. Azham turut bersyukur atas sokongan dari beberapa badan terutamanya dari Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Lembaga Pembangunan dan Perancangan Keluarga dalam menganjurkan program ini. Program ini juga meletakkan penceramah-penceramah dan Jawatankuasa Program yang berpengalaman luas dalam bidang Kepimpinan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.