Syarikat-syarikat IPP dikatakan mengaut keuntungan tinggi hasil pembekalan kuasa kepada TNB. — Foto Reuters
Dipetik Bernama Online, beliau berkata jawatankuasa tersebut melibatkan tiga Menteri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan beliau sendiri.
“Jawatankuasa ini akan berbincang mengenai pelbagai aspek dan bukan masalah IPP semata-mata... antaranya ialah mengenai kos dan soal masa depan kerana terdapat di antara konsesi IPP akan tamat pada 2014 dan 2015.
“Kita turut membincangkan bagaimana untuk berhadapan dengan masalah ini di masa depan,” katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat konsesi IPP.
Syarikat-syarikat IPP dikatakan mengaut keuntungan berpuluh kali ganda daripada hasil pembekalan kuasa kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ahmad Husni berkata jawatankuasa itu akan membentangkan laporan kepada kabinet sebaik sahaja disiapkan.
“Kami tidak diberikan sebarang tempoh untuk pembentangan itu tetapi apa yang ingin katakan di sini ia akan tetap mengambil kira keperluan rakyat dan ia akan diutamakan,” jelasnya.
“Kajian itu kelak akan mengambil kira soal pembangunan dan subsidi yang kian meningkat, jadi, saya minta semua pihak menunggu pembentangan laporan itu kepada kabinet,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan