KUALA LUMPUR: Ahli dan pimpinan KEADILAN diarah untuk menggerakkan jentera parti dengan sasaran 60 ribu ahlinya hadir pada perhimpunan ‘Walk For Democracy’ yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan, kata Naib Presiden Tian Chua.
“Kita akan mengeluarkan arahan rasmi kepada Cabang-cabang dan Ranting KEADILAN di seluruh negara supaya ahli kita memberikan sokongan kepada perhimpunan ini,” katanya kepada Keadilandaily.
“Sasaran terbaik kita ialah separuh daripada keseluruhan ahli kita yang hadir,” katanya kepada Keadilandaily.
KEADILAN mempunyai 410,000 ahli di 209 buah Cabang di seluruh negara.
“Semua pimpinan KEADILAN yang diundang berceramah di mana-mana program anjuran Pakatan Rakyat mesti mengingatkan hadirin supaya memberi sokongan dan hadir pada himpunan tersebut,” kata Tian.
Menjelang hari Sabtu 9 Julai 2011, Bersih mempunyai baki 5 minggu untuk mempromosi himpunan itu melalui pentas-pentas ceramah politik dan sebaran media.
“Walaupun himpunan Bersih kali ini adalah anjuran pertubuhan bukan kerajaan dan masayarakat madani, namun setiap ahli KEADILAN mempunyai peranan untuk menyebarkan maklumat dan perkembangan
“Kita akan bertemu dengan jawatankuasa Bersih dan memaklumkan kepada ahli mengenai perkembangan dari masa ke semasa,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan