HALAMAN SANTAI

Khamis, 9 Jun 2011

Khairy pertahan lawatan Najib ke Kazakhstan

TERKINI



KUALA LUMPUR — Khairy Jamaluddin mempertahankan lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan sambil menafikan perdana menteri menyalahgunakan dana awam untuk menghadiri majlis pertunangan anak perempuannya di negara itu.

Dalam akaun Twitternya, Ketua Pemuda Umno dan BN berkata (gambar), Najib berada di negara bekas Kesatuan Soveit itu untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia Ketujuh (WIEF), di mana beliau akan menyampaikan ucapan hari ini, dan untuk membalas lawatan diplomatik presiden Kazakh Nursultan Nazarbayev ketika Tun Abdullah Badawi merupakan perdana menteri.

“Lawatan PM ke Kazakh telah lama dirancang sebelum majlis pertunangan anak perempuannya.

“Malah, sebenarnya membalas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia ketika masa Pak Lah,” katanya pagi ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh Najib, yang juga presiden Umno, menggunakan dana awam untuk tujuan peribadi.

Hari ini, Khairy memberitahu The Malaysian Insider bahawa dakwaan-dakwaan yang dilemparkan mereka tidak berasas.

“WIEF sudah lama dirancang. Kazakhstan membuat tawaran untuk menganjurkannya tahun lalu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau menyerang mereka yang membuat dakwaan seumpama itu menerusi akaun Twitter dengan berkata masa WIEF dan pertunangan anak perdana menteri adalah secara kebetulan.

“Berapa lama anda rasa akan diambil untuk menganjurkan forum antarabangsa yang besar seperti WIEF? Adakah anda ingat ini dilakukan untuk tujuan itu?” katanya.

Khairy mendakwa Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad menyebarkan fitnah dan memutarbelitkan fakta.

Ia membawa kepada pertukaran pandangan peribadi antara dua AHli Parlimen, dengan wakil rakyat PAS memberitahu Khairy “tanya naluri anda KJ! Jika anda OK... tak apa!’

Bagaimanapun Khairy menyerang sambil mendakwa Dzulkefly tiada maklum lengkap mengenai WIEF.

Pejabat perdana menteri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu itu.

Tiada ulasan: