Selepas menunaikan solat Asar bersama penduduk AU5 di Surau At Taqwa, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ucapan dan bertekad untuk merampas kembali Parlimen Gombak dari pakatan pembangkang dihadapan 2,ooo hadirin.
Berucap dalam suatu majlis, Perdana Menteri memberikan kata-kata semangat kepada rakyat bahawa BN bertekad untuk menunaikan segala janji yang diberikan semasa PRU 12 sekalipun tidak memenangi kerusi parlimen tersebut.
Datuk Seri Najib turut menegaskan kerajaan telah membelanjakan RM 20 billion untuk subsidi sahaja demi menjaga kepentingan rakyat marhaen.
Perdana Menteri turut menyindir Ketua Umum Penbangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nada seloroh "Jika BN berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Gombak, esok kita akan turun serta merta harga minyak" dengan disambut gelak ketawa para hadirin.
Datuk Seri Najib turut menempelak parti PAS yang sudah lari dari perjuangan asal sehingga sanggup menukar perjuangan baru kepada negara berkebajikan. Sedangkan menurut beliau, BN telah lama menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat sejak memerintah.
Perdana Menteri kini sedang mengadakan lawatan dan program ramah mesra bersama penduduk setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.