GOMBAKI: Kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) diseru agar menjelaskan kepada masyarakat tentang perbezaan hubungan politik parti itu dengan Pakatan Rakyat sekarang berbanding Umno-Barisan Nasional (BN) 33 tahun dahulu.
Memetik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar ke 57 pagi tadi menyifatkan pendekatan politik Umno-BN tersasar daripada prinsip kepimpinan bersyiarkan Islam, justeru memperjudikan bangsa Melayu dan agama.
Ini kerana pengalaman yang dilalui sepanjang sembilan tahun (1969-1978) bersama Umno-BN mematangkan pendirian parti itu untuk tidak terus bersekongkol dalam membelakangi penghayatan pentadbiran Islam.
Justeru katanya pengenalan kepada pendekatan Tahaluf Siyasi (perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu bagi menghadapi pihak lawan) akan membantu gabungan PAS dalam Pakatan Rakyat menentang kezaliman Umno-BN.
"Supaya mereka memahami perbezaaan kerajasama PAS dalam Pakatan Rakyat, dengan kerjasama antara Umno dalam BN yang mengorbankan prinsip dan menghilangkan jati diri Islam.
"Kita tidak akan mengubah matlamat perjuangan kita, walau apa pun gelombang," tegas beliau.
Tragedi 13 Mei 1969 merupakan tarikh di mana PAS menerima cadangan Umno untuk bergabung dalam perikatan yang baru dinamakan Barisan Nasional.
PAS yang ketika itu merupakan antara parti pengasas BN kemudian mengakhiri penglibatan setelah dilanda krisis darurat di Kelantan pada 1978.
Hadi kemudian menyentuh prinsip Maqasid Syariah yang dijadikan panduan dalam aspek pentadbiran Pakatan Rakyat di mana kaedah Islam diangkat untuk membentuk kuasa pemerintahan sebenar.
Justeru jelas beliau lagi, PAS mengamalkan sikap terbuka menerusi pengambilan ruang kebebasan yang ada dalam sistem bukan Islam (Muwajahah Silmiyyah) iaitu demokrasi yang diyakini mampu menjauhi pendekatan semangat perkauman sempit sehingga membawa kemusnahan.
Muktamar PAS kali ini mengumpulkan kesemua para perwakilan parti itu dari seluruh negara yang berlangsung di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkefli Mohamad di Taman Melewar, Gombak

Tiada ulasan:
Catat Ulasan