Halaman

Selasa, 7 Jun 2011

Pendedahan Wikileaks tak libat dasar, kata Mukhriz

Hazlan Zakaria

Pendedahan Wikileaks berhubung Model Ekonomi Baru dan perkhidmatan tinggi awam Malaysia hanyalah "pandangan peribadi" dan tidak melibatkan dasar, kata timbalan menteri perdagangan antarabangsa Datuk Mukhriz Mahathir.

NONE“Selagi itu bukan dari dasar utama, pada pendapat saya itu cuma pandangan peribadi,” katanya kepada pemberita di satu program untuk inovasi industri kecil di Kuala Lumpur hari ini.

Tegasnya, perkara yang perlu diberi keutamaan ialah dasar umum yang diterima oleh kerajaan dan bukannya pendapat bersahaja daripada beberapa orang pegawai.

Mukhriz juga berkata bahawa laman Wikileaks sendiri perlu mengesahkan perkara yang ditimbulkan itu sebelum ia boleh dipandang serius memandangkan asal usul 'kebocoran' itu juga dipersoalkan.

Semalam, beberapa portal berita memetik kabel yang dibocorkan oleh laman Wikileaks berhubung kegelisahan yang disuarakan oleh pegawai Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang bimbang sekiranya MEB hanya satu langkah perhubungan awam tanpa kesan jangka panjang.

Seorang pegawai Unit Perancang Ekonomi yang dipetik dalam laporan berkenaan mengkritik perkhidmatan awam Malaysia yang didakwa menjadi "terlalu Melayu, terlalu UMNO, terlalu angkuh."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.