Halaman

Khamis, 9 Jun 2011

Perak pula cadang wujud zon larangan merokok

BERNAMA


Perak mungkin menjadi negeri kedua selepas Melaka yang mewartakan lima Zon Larangan Merokok membabitkan kawasan seluas 338 hektar di negeri itu berkuatkuasa 15 Jun ini.

mca youth agm 060310 mah hang soon 02Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kerajaan negeri bercadang memperkenalkan zon larangan itu sebagai tambahan kepada 24 tempat larangan merokok yang sedia ada.

"Kajian akan dibuat bagi mengenal pasti kawasan yang difikirkan sesuai untuk mewujudkan zon larangan merokok," katanya kepada pemberita, di Ipoh, hari ini.

Melaka menjadi negeri pertama memperkenalkan Zon Larangan Merokok di lima kawasan awam di negeri itu termasuk tempat tumpuan pelancong seperti sekitar kota peninggalalan penjajahan Portugis, A' Farmosa dan pesisiran Sungai Melaka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.