| Ismail Hashim |
| GOMBAK: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan kerajaan diktator di mana-mana sahaja di dunia mempunyai pemikiran dan tindakan sama. Menurutnya, mereka sangat suka rakyat berada di dalam miskin, lalai dan jahil kerana dengan tiga kelemahan itu, rakyat sentiasa bergantung pada kerajaan. Katanya, kerajaan boleh lakukan apa sahaja kepada rakyat yang memiliki tiga sifat lemah ini kerana hanya menurut dan tiada sikap menentang. Ustaz Nasrudin demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah isu antarabangsa sempena Muktamar Tahunan PAS ke 57 di sini. Turut berucap dalam majlis yang diadakan di padang Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia berhampiran Taman Melewar adalah AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan pimpinan antarabangsa. Nasrudin membuat perbandingan bagaimana rakyat di negara lain bangun menunjukkan penentangan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga roti sebanyak 15 sen. "Rakyat negara kita, naiklah berapa sen pun mereka tidak terasa apa-apa, sebagai contoh kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen. "Dalam keadaan kenaikan berbagai harga keperluan semasa, masih terdapat pujian daripada rakyat. "Ada yang berkata, kenaikan harga itu memang patut kerana boleh menambah pendapatan negara, saya tidak terasa apa-apa kerana saya tidak punyai kereta," tegasnya. Sedangkan, menurut Nasrudin, meskipun mereka tidak menggunakan minyak untuk kereta sendiri tetapi harga keperluan harian tetap meningkat dan menjerat leher rakyat. Namun kerana sikap rakyat yang memiliki jiwa hamba kepada kerajaan diktator, mereka tidak mampu bangun melakukan penentangan. Kerana itu, tegasnya, rakyat sewajarnya berani lakukan perubahan sikap agar kehidupan mereka menjadi lebih baik di masa hadapan. |
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 4 Jun 2011
Rakyat perlu bangkit, jangan terus ditindas
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan