Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob mempertahankan tindakan anggotanya yang merantai dan menconteng pelbagai tanda di muka, dada dan tangan beberapa wanita asing yang disyaki pelacur dalam serbuan anti-maksiat di Pulau Pinang malam semalam.
“Operasi seperti ini yang melibatkan masalah teknikal biasanya melibatkan Bukit Aman. Banyak operasi seperti ini dilakukan, seperti juga dalam kes culik. IPK (Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang) bergerak bersama Bukit Aman.
“Kita tak mau operasi diberi publisiti, ada kala kita tidak ada expertise (kepakaran) buat operasi seperti ini,” katanya.
Mengenai tindakan polis merantai dan menconteng wanita asing itu, Ayub berkata ia lazimnya bagi mengenalpasti mereka yang ditahan itu kerana jumlah yang ditangkap adalah ramai.
“Ini prosedur biasa, orang ramai di kelab. (Jadi) kena buat seperti itu untuk identify (kenalpasti mereka yang ditahan),” katanya sambil menambah pihak polis mendapat banyak aduan dan rungutan mengenai gejala maksiat di kawasan itu.
“Kami terpaksa bertindak atas aduan dari isteri-isteri mereka. Biasanya (mereka) buat aduan pada pukul 3 atau 4 pagi, di public phone (telefon awam), tak nak bagi tahu siapa mereka tetapi tidak tahan dengan sikap suami (yang) selalu kunjungi tempat-tempat seperti ini
“Ini bukan jenayah yang kita tumpu tetapi bila ada aduan kami mesti bertindak kalau tidak, (polis) akan dikata bersekongkol dengan pemilik nightclub,” katanya.
Bagaimanapun beberapa NGO berang dan tidak berpuas hati dengan tindakan yang dianggap tidak berkemanusiaan itu selepas didedahkan oleh akhbar berbahasa Cina.
Antaranya, akhbar berkenaan memaparkan wanita itu yang dirantai dan diconteng dengan pelbagai tanda dengan menggunakan pen.
“Bayangkan jika mereka suami awak, anak-anak ditinggalkan, tidak ada masa kualiti bersama bapa. Nanti (timbul) masalah lain pula - masalah sosial
“Jadi tolong ada sikit kesedaran sebelum soal pasal kerja kami,” kata Ayub.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.