GOMBAK – Dewan Ulama PAS meminta kepimpinan parti itu supaya jangan terlalu mengikut kehendak parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) sehingga mengakibatkan parti Islam itu kehilangan identiti dan jati dirinya.
Ketuanya Datuk Harun Taib berkata, PAS sebagai sebuah gerakan Islam seharusnya memelihara “assawabit” iaitu pendirian tetap parti dan prinsip yang menjadi pegangan parti itu.
“PAS perlu dinamik dalam menangani perubahan tanpa mengorbankan assawabit. Tidak ada kompromi dalam hukum halal dan haram dan yang sudah dinyatakan secara jelas dan nyata dalam al-Quran dan sunnah,” kata beliau dipetik Bernama Online.
Harun berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan pada majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS 2011 di Taman Melewar dekat sini hari ini.
Sebagaimana tahun lalu, teks ucapan itu dibacakan oleh timbalannya Datuk Ahmad Yaakob membacakan teks ucapannya kerana beliau tidak sihat.
Bagaimanapun beliau tetap menghadiri majlis tersebut.
Dalam ucapannya, Harun memuji pendirian kerajaan negeri Kelantan yang tidak berganjak daripada keputusan mengharamkan judi walaupun mendapat kritikan yang hebat daripada pihak kawan dan lawan.
“Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan hukum memerlukan kepada ‘tadarruj’ (cara penerapan Islam secara berperingkat),” kata Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Beliau juga berkata perbezaan politik dengan parti bukan Islam tidak akan membuatkan PAS mengorbankan pendirian dan prinsipnya.
Dalam pada itu, pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mengisytiharkan keseluruhan barisan kepimpinan Dewan Ulama menang tanpa bertanding kali ini.
Barisan kepimpinan Dewan Ulama terdiri daripada:
Pengerusi Tetap
- Hamdan Mohamad
Timbalan Pengerusi Tetap
- Omar Hashim
Ketua Ulama PAS
- Datuk Harun Taib
Timbalan Ketua
- Datuk Ahmad Yaakob
Naib Ketua
- Datuk Mahfodz Mohamed
Ahli Jawatankuasa Kerja
- Abdullah Abd Razak
- Abdullah Hussin
- Abdul Ghani Shamsudin
- Abu Bakar Abdullah
- Dr Azhar Yaakob
- Datuk Hussien Awang
- Khairul Mumtanazir Ismail
- Kahirudin Aman Razali
- Lutfin Ariffin
- Datuk Mohamad Daud Iraqi
- Mokhtar Senik
- Nik Mohamad Zawawi Salleh
- Wan Abdul Halim Wan Che
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.