"Sudah berpuluh tahun rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam pilihan raya. Dalam tempoh yang sangat panjang itu, pernahkah kita meneliti bahawa UNDI yang kita beri itu menjadi IBADAH atau BID'AH ?
Selama itu juga, masih ramai dikalangan mereka yang beriman bersikap gerun untuk menceburi lapangan politik. Itu haram, ini bukan sunnah menjadi mainan bibir mereka seharian.
Manakala pihak yang berpolitik siang dan malam juga kadangkala gagal meneliti semula dalil dan dasar perjuangan politik bagi orang beriman.
SOROTAN ( suluhan ) FIQH ISLAM TERHADAP REALITI
HUBUNGAN ANTARA PENGUNDI DAN CALON
Keterlibatan masyarakat di dalam dunia politik islam tidak boleh lari daripada status pengundi dan calon. Jika diteliti sejarah perlantikan Khulafa’ Ar Rasyidiin kedua pihak ini memang wujud. Mereka wajib bergerak di atas manhaj Fiqh Islam agar perjuangn politiknya benar-benar menjadi suatu ibadah yang makbul di sisi Allah.
Oleh hal yang demikian, fuqaha'-fuqaha' islam telah memperhalusi hubungan tersebut agar ia benar-benar kembali kepada Kaifiat Fiqh Islam.
Hubungan antara pengundi dan calon
termasuk di dalam perbahasan AKAD
Konsep " Akad "...........................................
Sekiranya pembaca meneliti perbahasan ini di mana sahaja sumber yang muktabar, anda akan mendapati seolah-olah sudah menjadi ijma' di kalangan fuqaha' bahawa hubungan antara pengundi dan calon tidak lari dari konsep AKAD yang terkandung di dalam khazanah ilmu Fiqh Islam.
Di dalam silibus Fiqh Perbandingan tahun dua Universiti al Azhar : Akad dari sudut bahasa bererti : ikatan... akad secara umum di sisi fuqaha' pula bererti :
seseorang melakukan perjanjian terhadap sesuatu perkara dan menentukan perkara itu mesti ditunaikan oleh dirinya….
atau melakukan perjanjian bersama orang lain terhadap sesuatu perkara yang mesti ditunaikan oleh setiap mereka.
Ia termasuk persoalan akad nikah jual beli dan apa jua yang berkaitan dengan persetujuan dua pihak atau lebih.
Inilah maksud ayat 1 surah al Maaidah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَوْفُواْ بِالْعُقُود..........
1 . Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian…..
Prof Dr Shodiq Saayif Nukman ( moga dikasihi Allah = MDA ) di dalam kitabnya " Khilafah Islamiah " menyatakan bahawa Dr Dhiauddin berpandangan sesungguhnya hubungan antara dua pihak yang berbai'ah ( pengundi dan calon ) tidak jauh beza dengan konsep :
1) AKAD WAKAALAH atau
2) AKAD WADII 'AH atau
3) AKAD QADHA'
Fuqaha' ulung masa kini, Dr Qhardhawi MDA di dalam kitab " Min Fiqh ad Daulah fil Islam" berkata :
" Seorang pengundi adalah saksi.Maka baginya syarat-syarat tertentu seperti syarat-syarat saksi ( saksi dalam kehakiman ) yang memerlukan sifat adil dan peribadi hidup yang baik "
Ayat 2 surah at Thalaaq 2 :
وَأَشْهِدُوا ذَوَي عدْلٍ مِّنكُم وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ……
ذَلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَن كَانَ.......
2 . …..bersaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. ….
" manakala seorang calon wajib memiliki ilmu, pandai mengurus,kuat dan amanah.Mengabaikan asas ini bererti menyegerakan kebinasaan ummah…."
Silibus Fiqh Mu'asirah / Kontemporari di Universiti al Azhar as Syarif melalui karangan Dr sa'ad ad Din Mas'ad Hilaali telah merumuskan bahawa Kaifiat Fiqh yang mendasari hubungan calon dan pengundi tersebut tidak lari daripada 5 bentuk perbahasan Fiqh Islami iaitu :
1) Tahkiim
2) Syahaadah
3) Tazkiyyah
4) Wala' / Munaa sharah
5) Nashii hah
APAKAH ITU :
1) WADII 'AH
2) WAKAALAH
3) QADHA' atau TAHKIIM
APAKAH ITU WADII’AH…………………….
Erti Wadii 'ah dari sudut bahasa ialah:
Meninggalkan ( menyerahkan ) sesuatu ( barang )
kepada pihak yang bukan pemilik ( pemilik asal barang tersebut )
agar sesuatu itu dapat dipelihara ( oleh pihak yang bukan pemilik asal )
Wadii 'ah di sisi fuqaha' pula bererti :
Pemilik barang mewakilkan pihak lain agar memelihara barang tersebut dengan cara yang tertentu………..
Kedua belah pihak akan melakukan perjanjian ( akad ) dengan syarat –syarat yang ditentukan oleh syara'.Antaranya, orang yang memelihara barang itu mesti amanah…..
= Maka seorang pengundi bertanggungjawab meyerahkan amanah kepemimpinan iaitu :
" penerus Risalah Baginda SAW melalui usaha menegakkan tuntutan Allah dan mengurus kehidupan dunia dengan undang-undang Allah "
kepada calon pemimpin yang benar-benar memahami dan beramal dengan segala tuntutan Penciptanya.
= Manakala calon pula bersetuju menerima amanah itu kerana dia juga bertanggungjawab untuk sama-sama memelihara dan menunaikan tuntutan Allah. . Ketika ini, calon tidak boleh dilabel sebagai gila pangkat atau jawatan keranan asas nawaitu dan maksudnya telah jelas iaitu kerana Allah dan Rasulnya.
= Pengundi yang menyerahkan amanah kepada perompak harta rakyat, perosak keadilan undang-undang dan sebagainya bererti dia merompak dan merosak hak-hak keluarganya sendiri bahkah hak seluruh ummah.
APAKAH ITU WAKAALAH………...
Erti Wakaalah dari sudut bahasa :
memelihara atau berserah….
Wakaalah di sisi fuqaha' pula bererti :
Menyerahkan sesuatu ( seperti wang) kepada orang lain
dengan tujuan orang itu dapat menguruskan wangnya seperti melabur dan sebagainya.
Semuanya dengan syarat-syarat syara' dan perjanjian yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.Antara syaratnya, sesuatu yang di taukil kan itu ( barang amanah ) mestilah perkara yang halal dan diizinkan syara'.
= Hari ini masih ramai pengundi yang menyerahkan amanah / membuang undi dengan tujuan untuk menjaga periuk nasi, mendapatkan projek, mengukuh pangkat, harta dan kuasa.
Ada juga yang mengundi pemimpin kerana termakan budi atau kerana tradisi turun temurun.Moral atau pegangan syariat calon pula tidak diambil endah. Inilah golongan manusia yang rosak sistem imannya. Mereka bertuhankan kebendaan semata-mata. Inilah wajah politik tidak bertuhan yang perlu di humban ke dalam longkang.
= Seseorang yang melantik pengurus yang zalim bererti meredhai dan menyanjung tinggi perangai zalimnya. Dia dimurkai Allah.
APA ITI TAHKIIM.................
Dalil :an Nisa' 35 :
وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُواْ حَكَماً مِّنْ أَهْلِهِ وَحَكَماً مِّنْ أَهْلِهَا
إِن يُرِيدَا إِصْلاَحاً يُوَفِّقِ اللّهُ بَيْنَهُمَا إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيماً خَبِيراً
35 . Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah seorang pendamai dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua pendamai itu menghendaki perdamaian, nescaya Allah berikan taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuan-Nya.
Ia terkandung di dalam Kitab Qadha' ( urusan kehakiman ).
Tahkim di sisi fuqaha' bererti :
menyerahkan urusan perbalahan kepada seseorang yang memiliki sifat adil agar dia dapat memberi alternatif penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku.
Apabila berlaku perbalahan dan masih tidak bertemu titik penyelesaian, Mereka yang terlibat dalam perbalahan itu boleh mencari pihak lain yang dipersetujui untuk memberi jalan penyelesaian alternatif terhadap masalah tersebut. Pihak itu mestilah jujur dan amanah.
= Dalam kemelut kepemimpinan ummah,berlaku secara berleluasa kecelakaan dahsyat pemimpin yang korupsi dan fasiq.Undang-undang islam di sekunder kan, maksiat media massa semakin semakin galak ditonjolkan, sistem demokrasi adil dirogol semahu-mahunya, harta rakyat dirompak dengan cara halus menggunakan istilah-istilah sistem kapitalis yang menjahanamkan.
= Semua ini memungkinkan masyarakat yang dizalimi menuntut penyelesain segera.Maka sistem demokrasi Islam ( SYURO) memberikan ruang Tahkiim untuk mereka.Mereka berhak memilih ( mengundi ) siapakah individu ( calon pemimpin ) yang berkelayakan untuk menyelesaikan kemelut ummah di atas dengan amanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan