Halaman

Khamis, 4 Ogos 2011

Kosnpirasi : Pagi tadi PR, petang ini warganegara


SABAH DAILY


Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran pendaftarannya sebagai pengundi, direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum. -mk




PR didaftar sebagai pengundi

Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali menjamin bahawa tiada warga asing dibenar berdaftar sebagai pengundi, sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

NONESeorang pemegang status penduduk tetap (PR) diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahan dakwaan itu.

Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.