Berikutan pendedahan oleh laman sesawang Sarawak Report yang mendakwa ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayar RM15 juta kepada sebuah firma perhubungan awam antarabangsa bagi membersihkan imejnya, badan penyiaran berita global CNBC telah menggugurkan rancangan World Business.
CNBC adalah antara badan penyiaran berita antarabangsa yang menyiarkan program berita TV yang diterbitkan oleh FBC Media Ltd, sebuah firma perhubungan awam yang berpangkalan di Britain yang didakwa menerima bayaran jutaan ringgit daripada ahli politik BN supaya imej mereka kelihatan hebat di luar negara.
Amalan itu, jika dibuktikan betul, adalah jelas bercanggah dengan peraturan penyiaran antarabangsa.
"Membenarkan slot berita dibeli dengan cara demikian - menipu jutaan penonton yang mempercayai mereka menyaksikan rancangan yang tidak memihak - adalah kesalahan serius mencabuli undang-undang penyiaran, di mana badan penyiaran seperti syarikat induk CNBC di Amerika, iaitu NBC akan dipertanggungjawabkan,” kata portal berita itu dalam laporan terbarunya.
"Bagaimanapun adalah dipercayai mereka juga telah melancarkan siasatan berhubung aktiviti FBC.”
Selain daripada CNBC dan BBC, CNN juga dilaporkan telah menyiarkan beberapa rancangan seumpama itu yang diterbitkan oleh FBC, termasuk beberapa wawancara dengan Najib oleh presiden syarikat itu John Defterios, dakwa portal itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan