MALAYSIA KINI
Dakwaan Hindraf bahawa masyarakat India di Malaysia sedang mengalami pembersihan etnik oleh kerajaan BN "diperbesar-besarkan" dan boleh "menghakis simpati umum" terhadap NGO itu, kata kabel diplomatik Kedutaan Amerika Syarikat yang bocor bertarikh Disember 2007.
"Walau bagaimanapun, cara Hindraf memperjuangkan tuntutan mereka, seperti dibesar-besarkan dakwan berhubung 'penghapusan etnik', telah menimbulkan kebimbangan bahawa ketegangan kaum mungkin memuncak dan menghakis sokongan terhadap Hindraf oleh kumpulan masyarakat Malaysia yang mungkin bersimpati dengan perjuangan mereka,” petik kabel yang dikeluarkan oleh Wikileaks minggu ini.
Kabel yang dihantar ke Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 16 Disember, beberapa minggu selepas perhimpunan besar-besaran Hindraf di Kuala Lumpur pada 2007, membuat pengamatan bahawa ahli-ahli Hindraf tidak mempunyai strategi dan tindakan mereka dikatakan boleh 'memakan diri'.
Walaupun mengakui perhimpunan itu telah menimbulkan kemarahan di kalangan pihak tertentu masyarakat Melayu dengan desakan supaya mereka turut turun ke jalanan bagi memperkasakan 'Ketuanan Melayu' tetapi kesalahan diletakan di bahu kerajaan. BN dikatakan bertindak terlalu kasar terhadap Hindraf dan dikatakan boleh menjejaskan perikatan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan