Halaman

Selasa, 6 September 2011

Mat Sabu sedia debat dengan Muhyiddin

MALAYSIA KINI


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedia berdebat dengan Timbalan Perdana Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu pejuang kemerdekaan dan peristiwa Bukit Kepong.

pengukir nama johor mat sabu pas pc 060911Katanya, ia susulan banyak kenyataan Muhyiddin yang menyerangnya supaya "bertaubat dan bertakwa" selepas ucapannya
pada 21 Ogos lalu.

"Secara peribadi (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin tidak banyak mengecam saya.

"Yang suruh saya bertaubat, bertakwa (adalah) timbalan presiden Umno. (Jadi) elok saya bertemu dengan dia," kata Mohamad dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Bahkan, tambah Mohamad, Muhyiddin juga ahli parlimen Pagoh - kawasan yang berdekatan dengan Bukit Kepong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.